Palm King Marketing Sdn Bhd
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd
Website: www.klspalmking.com
Buah nadir di Malaysia termasuk buah sentul semakin jauh daripada ingatan kerana kurang ditanam melainkan di kawasan kampung atau dusun yang masih boleh nampak pokok sentul yang telah lama matang.
Pokok sentul atau kecapi berasal di hutan dan tergolong dalam kategori pokok buah-buahan nadir di Malaysia. Sentul atau nama saintifiknya Sandoricum koetjape tergolong dalam famili Meliaceae iaitu sama famili dengan pokok rambai, langsat dan sentang. Pokok sentul boleh mencapai ketinggian 30 m dengan garis pusat batang pokok sehingga 90 cm.
Pokok sentul bertaburan di negara-negara Vietnam, Laos, Kemboja, Thailand, Malaysia, Filipina dan Indonesia. Ia sejenis tumbuhan tropika yang mana habitat panas dan basah sangat sesuai untuk tumbesaran. Selain itu, pokok sentul juga tahan lasak kerana boleh hidup dalam suasana panas berpanjangan.
Buah nadir seperti sentul tetap boleh dimakan. Inilah nilai buah nadir. Buahnya berbentuk bebola, gais pusat buah di antara 5-7 cm, berwarna kuning keemas-emasan dan berbulu lembut. Kulit buahnya tebal dan agak liat. Isi buah sentul berulas-ulas, lembut dan berwarna putih seakan-akan isi buah manggis. Rasanya masam-masam manis dan tidak mudah lekang daripada bijinya.
Selain boleh dimakan segar, buah sentul juga dibuat acar dan jeruk. Kulit buahnya juga boleh dimakan mentah atau dimasak sebagai sayur lemak dan dijadikan lauk. Pokok sentul mempunyai banyak khasiat perubatan tradisional. Buahnya mengandungi vitamin B, C, kalium dan fosforus. Air rebusan akarnya diminum untuk merawat cirit-birit, bengkak usus, kekejangan dan melegakan kembung dan sakit perut.

Kimagri Corporation Sdn Bhd
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com
Website: www.kimagri.com
Akar dan kulit kayunya juga digunakan dalam merawat ibu-ibu selepas bersalin. Daun pokok sentul pula diletakkan pada kulit untuk merangsang peluh dan merawat gatal-gatal kulit. Air rebusan daunnya juga digunakan dalam mandian bagi meredakan demam panas. Kulit batang sentul pula biasa dibuat serbuk untuk merawat penyakit kurap. Selain itu, kayu pokok sentul turut digunakan dalam pertukangan, pembinaan ringan dan pembuatan perkakas rumah. Untuk melihat pokok sentul, ia boleh ditemui di FRIM, Malaysia.
Untuk menanam pokok sentul, bahan tanaman dari biji benih, tut atau keratan batang boleh digunakan. Pembiakan melalui biji benih mengambil masa kira-kira 7 tahun untuk berbuah manakala pembiakan tut atau keratan batang akan menghasilkan pokok yang boleh berbuah dalam 3-4 tahun. Anak benih cantuman sentul juga boleh terdapat di pasaran untuk menampung minat penanaman segelintir pekebun.
Buah sentul masih bernilai kerana boleh dimakan segar atau dibuat jeruk. Namun begitu, hanya penanam yang berminat sahaja yang akan menanamnya di dusun sama ada sebagai hobi ataupun untuk penggunaan diri apabila matang dan berbuah nanti.
Bahan rujukan :
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia.
Simple Farm Sdn Bhd
E-mail : mrbanana@simple-farm.com