You are currently viewing Kapasiti Pengembangan Akar Tanaman Sawit Memberi Kesan Ketara Ke atas Prestasi Tumbesaran Dan Hasil

Kapasiti Pengembangan Akar Tanaman Sawit Memberi Kesan Ketara Ke atas Prestasi Tumbesaran Dan Hasil

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Tanaman sawit akan menunjukkan prestasi yang baik jika ditanam di atas tanah gembur yang mempunyai kapasiti saliran yang baik. Di Malaysia, pelbagai gred tanah sama ada yang subur, kurang subur atau bermasalah sudah digunakan untuk menanam sawit. Keadaan ini mengakibatkan pelbagai prestasi. Tanah baik hanyalah salah satu kayu ukur pengeluaran hasil lumayan, keupayaan sistem akar mengembang dalam tanah tersebut barulah faktor terpenting bagi merealisasikan pengeluaran hasil lumayan.

Dilihat dari segi ini, maka tidak sukar untuk memahami kenapa tanah liat tidak dapat memupuk tumbesaran pokok dan pengeluaran hasil yang canggih. Umumnya tanaman sawit di atas jenis tanah ini adalah kerdil, pertumbuhan daun dan pelepah juga kurang optimum, justeru boleh dikatakan prestasi pertumbuhan dan penghasilan buah sawit amat dipengaruhi oleh jenis tanah untuk penanaman.

Apabila sistem akar tidak dapat mengembang dengan baik, bermaksud pengambilan nutrien menjadi lemah dan menjejaskan tumbesaran serta hasil. Tanah seumpama ini amnya terdiri daripada jenis tanah berstruktur keras, tanah masam, tanah berpasir dan tanah gambut yang sama-sama menyukarkan pengambilan nutrien oleh pokok. Pokok ini akan menampil gejala seperti kekuningan daun, jangkitan penyakit, bunga jantan yang banyak malahan buah mereput dan gugur sebelum matang. Di Riau, Indonesia, dilaporkan satu kawasan seluas melebihi satu juta ha telah diputuskan tidak digunakan untuk tanaman sawit kerana didapati di bawah tanahnya ada satu lapisan bahan besi dan organik setebal 40 – 80 cm yang akan menjejaskan tumbesaran dan pengeluaran hasil sawit. Keadaan ini menyatakan tanah tidak sesuai untuk tanaman sawit hendaklah diketepikan secara langsung supaya tidak membangkitkan masalah lebih rumit kelak.

Justeru itu rawatan ke atas tanah berstruktur keras adalah langkah pertama dalam penanaman sawit. Tanah jika digembur dengan traktor dapat memastikan sistem akar tanaman sawit akan mengembang dengan baik dan lancar. Tanaman sawit adalah tumbuhan monocot, kebanyakan akarnya mengembang secara melintang di bawah tanah sehingga sejauh 21 meter dari pangkal pokok. Kebanyakan akar juga wujud di bawah permukaan tanah sahaja iaitu di zon 30 cm dari permukaan tanah. Keadaan ini bermaksud kerja pengemburan hanya perlu dilakukan setakat satu kaki dari permukaan tanah sudah memadai walaupun pengemburan lebih mendalam adalah satu kredit tambahan.

Salah satu kaedah lain dalam memperbaiki kesesuaian tanah terhadap tanaman sawit ialah melalui penggunaan lubang tanaman besar seperti pernah dilakukan oleh Golden Hope sebelum ini di beberapa ladang di kawasan pedalaman. Teknik ini menggunakan lubang tanaman besar 1.2m x 1.2m x 0.9m. Kos tambahan untuk penggalian lubang sebesar ini adalah RM2.50/lubang atau bersamaan dengan RM370/ha pada kepadatan 148 pokok/ha. Didapati teknik penanaman dengan lubang besar meningkatkan prestasi tanaman untuk 3 tahun pertama kutipan hasil dengan pendapatan tambahan 15% atau bersamaan 3.5 tan/ha hasil sawit. Keadaan ini berlaku ekoran tanah adalah lebih gembur membolehkan akar tanaman sawit mengembang dengan lancar, tambahan tanah gembur juga lebih baik kapasiti salirannya serta dapat memelihara kelembapan tanah dengan lebih baik justeru mengurangkan kesan kejutan semasa menanam anak benih ke dalam lubang tanaman. Walau bagaimanapun, teknik ini tidak disyorkan ke atas tanah pesisir pantai kerana kononnya hasil tidak meningkat secara ketara berikutan penerapan teknik ini.

 

Bahan rujukan :

R.H.V Corley dan P.B. Tinker, The Oil Palm, Blackwell Publishing, 2003.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Samudra SMS Sdn Bhd
RM22 & 23, Jalan Rembia Hub Utama, Taman IKS Rembia Hub, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia.
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
    016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com

Website : www.chanhockseng.com

Sila kongsi kepada kawan :