All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com
Website: www.allcosmos.com
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia telah melancarkan dua varieti nanas baru iaitu Nanas Cobek (AC 13) dan Nanas Crystal Honey (AC 14) sempena Expo MAHA 2022 yang berlangsung di MAEPS, Serdang pada bulan lalu. Kedua-dua varieti ini kini mencapai harga ladang antara RM3.00 hingga RM4.00 sekg manakala harga runcit mencapai RM10/kg dan ke atas bergantung kepada gred dan kualiti buah.
Nanas Cobek sudah mula ditanami di Kelantan sejak tahun 2019 dan hasil pertama telah diperolehi. Menurut penanam tersebut yang bernama Mohd Alida’em Ibrahim, 47, Nanas Cobek ini adalah unik kerana tidak perlu mengupas kulitnya untuk dimakan, sebaliknya hanya perlu dipotong bahagian depan buah kemudian mencubit mata dan ruasnya menggunakan jari ekoran tekstur buahnya sangat rapuh selain mempunyai rasa yang sangat manis serta berjus.
Beliau mengatakan percubaan penanaman kali pertama di Tumpat, kelantan pada hujung tahun 2019 dengan 20,000 benih di tanah seluas 2 hektar telah mendatangkan hasil pertama sebanyak 2 tan dengan nilai mencecah puluhan ribu ringgit. Nanas Cobek kini dijual pada harga lebih tinggi daripada nanas biasa oleh kerana pembekalan di pasaran belum banyak.
Samudra SMS Sdn Bhd
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com
Website : www.chanhockseng.com
“Nanas Cobek kini dijual secara runcit dengan harga mencecah RM10/kg bergantung kepada gred berbanding nanas biasa yang hanya dijjual di antara RM4 hingga RM5.00/kg. Nanas Cobek mengambil 12 hingga 18 bulan untuk matang iaitu sama seperti nanas MD2 dan Madu Kaca. Dari segi pengurusan tanaman ini, ia tidak cerewet memandangkan karekternya tahan lasak, tidak memerlukan air yang banyak serta pembajaan sekali sekala sahaja sudah memadai.” katanya.
Nanas Cobek dijangka akan mendapat sambutan baik di kalangan penanam ekoran mudah untuk memakannya serta berperisa sangat manis dan berjus. Selain itu sifatnya tidak mencerewetkan semasa penanaman juga salah satu kelebihan nanas ini untuk mendapat sambutan tinggi di kalangan pemain industri pada masa akan datang.
Nanas Cobek berasal dari baka Thailand dan telah dibawa masuk untuk ditanami di Kelantan. Varieti nanas ini dari keluarga Queen dan dibiak dengan menggunakan sulur. Kemanisan Nanas Cobek mencapai 16 – 18 brix dan dikategorikan sebagai salah satu jenis nanas paling manis dalam negara. Setakat ini hanya dua hanya dua kebun yang mengusahakan varieti nanas ini secara komersial iaitu satu di Tumpat dan satu lagi di Kolej Vokasional Bachok, Kelantan. Kolej ini juga menawarkan anak benih sulur dengan harga RM1.50 sepokok kepada mereka yang berminat menanaminya. Malahan mereka ini juga boleh berdaftar dengan LPNM untuk mendapat bantuan tertentu sekiranya berminat mengusahakan tanaman ini.