Palm King Marketing Sdn Bhd
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd
Website: www.klspalmking.com
Kedah-Kelantan (KK) adalah baka lembu tempatan yang paling banyak diternak oleh penternak dalam negara. Kepentingan satu-satu baka terletak pada daya adaptasinya yang tinggi terhadap persekitaran, daya ketahanan yang baik terhadap penyakit, kadar beranak dan kadar hidup yang tinggi serta mempunyai kadar pertukaran daging yang tinggi. Dengan kata lain, daya tumbesaran lembu serta kadar pertukaran daging memainkan peranan terpenting. Lembu KK memiliki ciri-ciri tersebut di atas.
Namun begitu, peningkatan berat lembu KK adalah kurang memuaskan dan keadaan ini telah menjadikan MARDI mengadakan kajian pada tahun 2006 untuk mengatasi masalah tersebut. Akhirnya pada 14 April 2018, baka elit lembu KK dilancarkan menandakan ia adalah baka baru lembu KK.
Baka baru ini membawa harapan baru kepada mereka yang minat untuk menceburi industri ternakan lembu. Ini kerana baka baru ini dapat meningkatkan berat badan sehingga 450gram sehari, iaitu lebih tinggi daripada baka lembu KK lama setakat pada 300 gram. Sifatnya ini kononnya setanding dengan lembu import dan berpotensi menjana jutawan dalam industri ternakan.
Pada hakikat, MARDI pernah mengimport lembu baka Hereford, Charolais, Brahman dan Droughtmaster pada tahun 1970-an tetapi akibat daya adaptasi yang lemah menyebabkan kegagalan telah berlaku. Baka baru lembu KK dijangka akan mengisi kekosongan tersebut.
Baka baru lembu KK dilancarkan di Kemaman oleh bekas Menteri Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Beliau berkata baka baru lembu KK bukan sahaja mempunyai daya adaptasi yang tinggi, malah kadar kematian yang rendah daripada 2% serta kemampuan mengambil bahan makanan sederhana merupakan ciri-ciri uniknya. Kini Kemaman memiliki jumlah lembu KK yang paling banyak dalam negara iaitu 18,000 ekor.
Katanya, berikutan pelancaran baka baru ini yang melebihi 90% kadar beranak serta kadar kematian di bawah 2%, ia akan menarik lebih ramai penternak menceburi industri tersebut. Dengan harga pasaran RM6,000 – RM7,000 bagi seekor lembu KK yang beratnya 400kg, maka penternakan 200 ekor untuk selama 3-4 tahun akan berjaya menjana pendapatan melebihi satu juta ringgit.