Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350
Website: www.behnmeyer.com
Kelihatan lebih banyak syarikat perladangan kelapa sawit menceburi penanaman durian, namun penanaman durian dalam skala yang jauh lebih kecil tidak mungkin mengancam sektor sawit memandangkan durian ditanam pada skala yang lebih kecil dan hanya dianggap sebagai sumber pendapatan sekunder.
Bagi menjadikan usaha penanaman durian menguntungkan, pertimbangan perlu dibuat dengan menjalankan penanaman berskala lebih besar, dan ia memerlukan banyak tenaga buruh serta menghadapi kadar kegagalan yang tinggi, menurut UOB Kay Hian Research.
“Pada ketika ini, FGV Holdings Bhd telah memperuntukkan 1,398 hektar untuk durian dan ini merupakan projek terbesarnya. Sementara itu, IOI Corp Bhd telah menanam kira-kira 3 hektar di Ladang Sagilnya pada tahun 1995 dan merancang untuk meningkat kepada 200 hektar menjelang 2025,” kata penganalisis Leow Huey Chuen dan Jacquelyn Yow dalam kertas pengemaskinian sektor perladangan.
“Gelombang besar penanaman durian berlaku pada 2017 apabila harga durian melonjak berikutan permintaan China yang tinggi dan harga MSM (minyak sawit mentah) yang rendah.”
Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com
Pada masa yang sama, syarikat minyak sawit sedang mengkaji tanaman kontan alternatif sebagai sumber pendapatan sampingan dan untuk mengurangkan turun naik pendapatan akibat anjakan harga minyak sawit.
“Durian dan nanas adalah dua tanaman kontan utama yang diceburi oleh kebanyakan syarikat. Tanaman kontan alternatif ini kebanyakannya ditanam di kawasan pinggir/berbukit yang bukan tapak optimum untuk kelapa sawit yang ditanam semula,” jelas pusat penyelidikan itu.
Pada 2020, daripada 76,895 hektar tanah yang ditanam dengan pokok durian, kira-kira 40% merangkumi varieti Musang King. Ini merangkumi hanya 1.3% daripada jumlah kawasan tanaman kelapa sawit yang seluas 5.74 juta hektar pada akhir 2021. Ladang durian terbesar adalah kira-kira 2,500 ekar (1,011ha).
Secara umumnya, pokok durian akan mula berbuah pada tahun kelima (berbanding kelapa sawit pada tahun tiga) sebelum mencapai kemuncaknya pada tahun kelapan. Pada ketika ini, penanaman durian masih intensif buruh yang memerlukan seorang pekerja bagi setiap 6ha – 8ha bagi tanah rata atau seorang bagi setiap 2ha-3ha bagi kawasan berbukit.
“Kadar kejayaan mungkin rendah jika penanaman tidak dirancang dengan betul. Oleh itu, tidak semua pelaburan dalam durian akan menghasilkan pulangan. Hanya 50% daripada pokok durian kekal selepas enam tahun dan ini boleh turun serendah 25% sahaja,” amaran UOB Kay Hian Research.
Palm King Marketing Sdn Bhd
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd