You are currently viewing Dua Penyakit Serius Bagi Tanaman Pisang, Panama & Sigatoka, Simptom Penyakit dan Kaedah Kawalan

Dua Penyakit Serius Bagi Tanaman Pisang, Panama & Sigatoka, Simptom Penyakit dan Kaedah Kawalan

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Simple Farm Sdn Bhd
Tel : 011-10709708 / 012-7699702
E-mail : mrbanana@simple-farm.com

Website: www.mrbanana.com.my

Tanaman pisang banyak diusahakan di kawasan tropika. Kawasan penanamannya amat luas di seluruh dunia. Dua penyakit yang sering membelenggui tanaman pisang ialah penyakit Panama dan penyakit Sigatoka. Kedua-dua penyakit ini sering mengelirukan kerana mempunyai persamaan dari segi simptom tetapi jika dilihat dengan teliti, ia sebenarnya bebeza dengan agak ketara.

Penyakit Panama juga dikenali sebagai penyakit Fusarium wilt atau banana wilt disebabkan oleh sejenis kulat tanah yang dikenali sebagai Fusarium oxysporum Forma specialis cubense. Simptom kejadian ialah pada pokok muda, daun yang belum kembang menjadi kuning dan mati. Bagi pokok tua, serangan bermula dari tepi daun yang mula menguning ke tulang daun. Kemudian tangkai daun menjadi lembik, layu dan pelepah akan patah. Daun kemudian mati terkulai di keliling batang. Bahagian yang diserang akan reput dan berbau busuk. Jika keratan dibuat pada batang, terdapat garis-garis perang atau hitam di sepanjang batang.

Penyakit Panama biasanya bermula dengan bahan tanaman yang sudah dijangkiti. Kulat jangkitan boleh bertahan bertahun-tahun di dalam tanah. Penyakit ini dianggap penyakit yang serius dan tiada bahan kimia yang berkesan untuk menyembuhkan tanaman yang dijangkiti. Pisang Cavendish dianggap sebagai kaltivar yang dapat merintangi penyakit ini. Namun, sejak tahun 1990-an, pisang Cavendish pula mula diserangi sejenis penyakit bernama Tropical Race (TR) 4.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
No.5, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350

Website: www.behnmeyer.com

Penyakit Sigatoka pula mempunyai dua jenis iaitu Sigatoka Kuning dan Sigatoka Hitam. Bagi Sigatoka Kuning, ia disebabkan oleh patogen Pseudocercospora musicola. Pada musim berbunga, daun ketiga atau keempat di pertengahan pokok akan kelihatan berjalur-jalur kuning muda atau hijau-perang selari dengan urat daun. Daun kelima dan keenam berbintik perang atau hitam sehingga 100 mm panjang. Pada daun lebih tua, bintik-bintik berwarna kelabu muda dengan sisi bintik berwarna perang tua atau hitam dan dikelilingi oleh jalur kuning akan kelihatan. Kumpulan spora kulat akan kelihatan pada bintik kelabu yang kecil terutama dalam keadaan cuaca yang lembab. Pada keadaan yang teruk, buah akan berkurangan melebihi 50%, tidak akan matang serentak dan kurang berisi.

Bagi penyakit Sigatoka Hitam, kejadian diakibatkan oleh serangan patogen Mycosphaerella fijiensis. Di peringkat awal, kelihatan jangkitan jalur-jalur kuning kehijauan atau kuning pucat seperti lika-luka kecil. Panjangnya lebih kurang 1.0 – 10.0 mm dan lebarnya 0.5 – 1.0 mm selari dengan urat daun dan lebih jelas pada bahagian atas daun. Luka-luka ini akan membesar dan berwarna perang gelap dan di tengah bintik menjadi kering berwarna kelabu. Pelepah daun akan kering dan kelihatan seperti terbakar sebelum daun sempat matang. Kulat ini boleh merebak jika keadaan cuaca sangat lembab dan berangin.


Kaedah kawalan penyakit Sigatoka Kuning dan Hitam dijalankan secara kultur, umpamanya mengadakan sistem peparitan yang baik, menggunakan jarak tanaman yang munasabah serta memangkas segala daun yang dijangkiti kemudian dibakar. Semburan racun kulat benomyl juga dikatakan berkesan.

Kesimpulan, penyakit Panama pada tanaman pisang adalah disebabkan oleh kulat yang mampu mencerobohi keseluruhan pokok pisang sehingga pokok mati. Penyakit Sigatoka Kuning dan Hitam pula disebabkan oleh kulat yang menyerang daun pokok pisang. Daun yang dijangkiti akan layu dan akhirnya menyebabkan kadar fotosintesis berkurangan. Kejadian ini selanjutnya akan menyebabkan hasil buah pisang di atas pokok merosost. Serangan ke atas semua daun akan menyebabkan pokok kehilangan nilai komersial kerana pembuahan sudah terencat.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Simple Farm Sdn Bhd
Tel : 011-10709708 / 012-7699702
E-mail : mrbanana@simple-farm.com

Website: www.mrbanana.com.my

Sila kongsi kepada kawan :