You are currently viewing Tanaman Betik Di Malaysia Kurang Luas Ditanam Tetapi Masih Mampu Untuk Eksport

Tanaman Betik Di Malaysia Kurang Luas Ditanam Tetapi Masih Mampu Untuk Eksport

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com

Website: www.allcosmos.com

Setakat tahun 2017, betik menduduki tempat ke-12 dalam kesemua buah-buahan di Malaysia. Keluasan tanaman ini mencatatkan 4,399 hektar iaitu melebihi keluasan jambu batu sebanyak seribu lebih hektar. Jika dilihat selanjutnya, keluasan betik berada di antara langsat (5,112 hektar) dan manggis (3,842 hektar). Keadaan ini menunjukkan minat petani menanam buah-buahan ini setakat di peringkat sederhana sahaja. Barangkali disebabkan oleh pergerakan harga yang lebih besar di pasaran bagi betik menyebabkan petani curiga untuk menceburi ke bidang penanaman ini. Namun begitu, betik tetap sejenis buah-buahan penting dalam dagangan domestik dan global. Pada tahun 2017,Malaysia menghasilkan sejumlah 72,564 tan betik. Jumlah ini kelihatan lebih tinggi daripada tahun-tahun lepas ekoran peningkatan keluasan penanaman pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Pada hakikat, harga pasaran betik berganjak dengan agak ketara. Kami masih ingat, duat tahun lalu semasa kami melawati sebuah kebun betik di Johor, pekebunnya mengatakan musim betik beliau kali ini hanya setakat mampu balik modal sahaja kerana harga pasaran runtuh ke aras RM0.80/kg. Menurutnya, pernah beliau menjual betiknya di pasaran dengan harga lebih RM2.00/kg. Melalui sini, boleh dikatakan potensi tanaman betik tetap cerah apatah lagi buah-bauahn ini diterima baik oleh dagangan global. Eksport betik Malaysia juga agak ketara dalam kedudukan negara pengeksport buah-buahan ini di dunia.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


PPP Agricare Sdn Bhd
01-09, Block B, Permas City, Jalan Permas Utara, Kws. Perdagangan Permas Utara, Permas Jaya, 81750 Masai, Johor, Malaysia.
Tel : +6 012 237 6790 & +6 012 720 3301
E-mail :pppagricare@gmail.com

Website: www.pppagrotech.com

Menurut sumber, keluasan tanaman betik tertinggi di Malaysia terletak di Batu Pahat, Johor dengan keluasan 16,251 hektar diikuti oleh Raub, Pahang dengan keluasan 4,824 hektar kemduian Kinta, Perak pada keluasan 3,542 hektar. Jumlah pengeluaran betik bagi ketiga-tiga kawasan ini sudah merangkumi 34% daripada jumlah pengeluaran betik Malaysia.

Betik pada hakikatnya adalah buah-buahan berhasil tinggi jika baja dan air diberikan secukupnya. Kawalan penyakit dan perosak juga perlu diberatkan dalam penanaman betik. Betik mudah ditanam, mudah hidup, berhasil tinggi serta tempoh matang yang awal menjadikan industri penanaman ini tetap berdaya maju di sektor pertanian.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com