Dr. Songpol Somsri kini berumur 65 tahun. Kini beliau telah bersara tetapi masih memegang jawatan sebagai penasihat di Chanthaburi Horticulture Research Center, Thailand. Sepanjang masa perkhidmatan beliau sebagai pakar durian, banyak sumbangan telah diberikan oleh beliau terhadap industri durian di negara itu.
Pada tahun 1986-1990, Dr. Songpol dan rakan-rakan menilai sebanyak 7,600 anak benih durian yang dihasilkan melalui kacukan di antara 55 baka. Setiap kacukan mengambil masa 10 tahun baru dapat menilai segala aspek baka tersebut termasuk hasil, kualiti, jumlah bunga, jumlah putik dan sebagainya. Dalam masa yang sama, beliau dan rakan-rakan juga telah berjaya menghasilkan 10 baka yang dikenali Chanthaburi 1 Chanthaburi 10. Chanthaburi 1-3 adalah baka durian yang cepat berhasil kemudian diikuti oleh Chanthaburi 4 – 6 berhasil dalam tempoh sederhana dan akhirnya Chanthaburi 7-9 yang berhasil paling lewat.
Dalam kesemua baka ini, Chanthaburi 1 dikategorikan sebagai baka yang tidak mengandungi atau tidak menghamburkan bau wangi. Baka ini diperolehi dari kacukan 4 baka durian yang membentuk 90 gabungan dan menghasilkan sejumlah 7,000 anak benih yang berlainan komposisi kacukan. Di antara semua anak benih ini, hanya satu pokok sahaja yang didapati tidak mengeluarkan bau wangi iaitu Chanthaburi 1.
Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com
Beliau mengambil masa sekurang-kurangnya 8 tahun baru dapat menikmati baka durian ini yang kononnya berisi manis dan enak. Menurut sumber, baka ini kini sedang menjalankan ujian oleh para pengguna di USA, Eropah dan Australia untuk menilai potensi pasaran. Dipercayai baka ini akan mendapat sambutan baik dari golongan pengguna yang tidak gemar terhadap durian berbau wangi.
Pada hakikat, kajian yang dijalankan oleh beliau dan rakan-rakan telah bermula lebih awal sehingga tarikh pesaraannya. Menurut kata beliau, kajian yang dibuat sepanjang masa ini bertujuan mempelbagaikan baka-baka durian dari segi tempoh kematangan buah supaya kutipn hasil yang tidak serentak itu dapat memanjangkan tempoh pemasaran bagi menampung kehidupan penanam durian. Pada satu ketika lalu, kehidupan penanam durian di negara itu berada di paras rendah iaitu sebelum masa pelambungan harga durian pada 5 tahun lalu.
Walaupun sudah bersara, Dr. Songpol masih ada 2 impian yang masih dikejar iaitu penerokaan baka Monthong yang dapat merintangi penyakit cerana serta baka durian yang tidak berduri agar memudahkan kutipan hasil dan pengangkutan. Semoga kajian beliau seterusnya ini akan berjaya.
All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com