You are currently viewing Penentuan dan Penyulaman Pokok Sawit Muda Yang Kurang Berpotensi (Bahagian 1/2)

Penentuan dan Penyulaman Pokok Sawit Muda Yang Kurang Berpotensi (Bahagian 1/2)

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


TK Tani Enterprise Sdn Bhd
No. 6, Jalan SS2/39, 47300 Petaling Jaya, Selangor. Malaysia.
Tel : +603-7877 7366 / +603-7877 7466
    +6019-337 5570 / +6017-640 8982
Email : tktuntan@gmail.com
          inaiutamasb@gmail.com

Corak pertumbuhan dan penghasilan buah pokok kelapa sawit muda di peringkat awal berkaitan rapat dengan pengeluaran hasil di peringkat matangnya. Ini bermakna pokok dengan pembuahan awalan yang baik pada kebiasaan akan melanjutkan corak tersebut di sepanjang tempoh kematangan. Begitulah keadaan sebaliknya, pokok muda yang gagal memaparkan gaya pembuahan sewajarnya di peringkat pembuahan awal memberi implikasi negatif terhadap potensi pembuahannya kelak.

Sedangkan pokok-pokok sebaya di sekitaran sudah ghairah berbunga dan berbuah, pokok muda kurang berpotensi itu mungkin turut berbunga dan berbuah, tetapi hasilnya tetap lebih rendah daripada yang lain. Potensi pokok muda seumpama ini adalah rendah dan tidak ekonomi dalam jangka masa panjang. Penentuan selanjutnya harus dijalankan untuk mengenal pasti potensinya sebelum langkah penyulaman diambil.

Bagaimanakah menentu pokok sawit muda kurang berpotensi dan apakah yang harus dilakukan terhadap pokok tersebut adalah tujuan pembentangan artikel ini. Bahan-bahan dalam artikel ini berasal daripada kajian ke atas corak penghasilan buah tandan segar pokok sawit tunggal (individual palm) termasuk kajian ke atas julat hasil buah sawit di antara pokok berhasil tinggi dengan pokok berhasil rendah. Pokok sawit muda yang tidak lulus dalam penilaian ini merupakan pokok kurang berpotensi dan sulaman boleh dijalankan bagi mengelakkan kerugian lebih besar dalam jangka masa panjang.

Kajian atau ujian tersebut melibatkan tujuh plot terdiri daripada baka DxD, DxT dan DxP. Jenis tanah di situ merangkumi tanah pesisir pantai, tanah liat pesisir pantai, tanah pedalaman dan tanah gambut mendalam melebihi 3m. Pokok-pokok dalam kajian kebanyakan ditanam pada tahun 60-an kecuali dua plot yang masing-masing ditanam pada tahun 1953 dan 1971. Kepadatan tanaman pula adalah di antara 111 – 371 pokok/ha. Statistik kajian dikumpul buat selama 2 – 9 tahun untuk dianalisis dan dinilai. Keputusan kajiannya adalah seperti berikut :

Prestasi Pokok Tunggal Mempengaruhi Prestasi Hasil keseluruhan

Ujian untuk tempoh yang panjang ini bertujuan menentukan faktor-faktor yang mencorak perbezaan hasil di antara pokok tunggal. Daripadanya, didapati julat hasil buah tandan segar tahunan antara pokok tunggal adalah dalam lingkungan 9.9% 41% manakala julat bilangan buah tandan antara pokok tunggal berada di antara 15% – 31.9%. Penemuan ini menyatakan wujudnya pokok-pokok berhasil rendah dalam plot dan pokok-pokok ini telah merendahkan prestasi hasil keseluruhan. Penggunaan baja pada kadar berbeza dalam empat plot kajian itu menunjukkan dos baja aplikasi tiada kaitan dengan julat besar yang wujud di antara pokok-pokok sawit tunggal dalam plot.

Dalam plot berkepadatan 111 pokok/ha, perbezaan hasil purata antara pokok tunggal adalah 20.7% dan perbezaan ini meningkat kepada 39.7% apabila kepadatan tanaman menjadi 371 pokok/ha, iaitu menyatakan bahawa kepadatan yang tinggi telah membesarkan julat hasil antara pokok dalam plot.

Gambarajah 1 menunjukkan taburan hasil sawit berkumpul selama lapan tahun dalam plot-plot kajian. Dari situ, suatu jurang perbezaan yang agak besar jelas kelihatan. Menurut kiraan, lebih kurang 9% pokok tergolong sebagai pokok berhasil rendah. Dalam plot yang terdiri daripada 968 pokok, julat hasil adalah lebih tinggi kerana jumlah pokok berhasil rendah telah bertambah banyak. Pada masa yang sama, peningkatan pokok-pokok berhasil rendah daripada 6% kepada 30% selanjutnya membesarkan jurang perbezaan hasil ke tahap 50%.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
No. 11, Jalan Teknologi 3/6, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my

Website: www.aarsb.com.my

Corak Hasil Awalan Yang Rendah Akan Berterusan Ke Peringkat Matang

Nampaknya, 15% pokok berhasil rendah hanya menghasilkan buah tandan segar sebanyak 1.53 tan/ha/tahun, iaitu sekadar meliputi 6.2% daripada hasil purata sebanyak sebanyak 24.76 tan/ha/tahun. Sumbangan hasil setakat 6.2% daripada jumlah hasil oleh 15% pokok adalah prestasi yang tidak ekonomi dan pokok-pokok muda tersebut boleh dipertimbangkan untuk disulam. (Gambarajah 1). Padahal hasil sepatut diperolehi ialah 29.13 tan/ha/tahun sekiranya tiada pokok-pokok berhasil rendah wujud di situ. Kewujudan pokok-pokok berhasil rendah sebanyak 15% telah menyebabkan kerugian hasil purata 2.84 tan/ha/tahun.

 

 

Sambungan ke : Penentuan dan Penyulaman Pokok Sawit Muda Yang Kurang Berpotensi (Bahagian 2/2)

 

 

Sumber maklumat :

K. H. Yeow, T.K. Tam, Y.C. Poon and P.Y. Toh, “Recent Innovation in Agronomic Practice: Palm replacement During Immaturity”, The Oil Palm In Agriculture In The Eighties, Vol. II, Editors E. Pushparajah and Chew Poh Soon, ISP, 1982.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Palm King Marketing Sdn Bhd
No 40, Jalan Hasta 1, Kawasan Perusahaan Batu 12, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd

Website: www.klspalmking.com

Sila kongsi kepada kawan :