Kimagri Corporation Sdn Bhd
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com
Website: www.kimagri.com
Berbagai-bagai nama telah diberikan kepada diversiti baka durian di Malaysia termasuk baka yang dikenali sebagai Xiao Hong atau “Little Red” dalam bahasa Inggeris. Baka ini juga berasal dari Pulau Pinang dan kononnya belum didaftarkan di Pejabat Pertanian Malaysia. Namun begitu, namanya telah menyebar agak luas ekoran cirinya yang unik di kalangan peminat durian.
50 tahun yang lepas, seorang pemuda bernama Liew Yu Chai telah mendapatkan satu biji benih durian daripada atuknya untuk ditanam di kebun beliau. Mula-mula beliau menganggap biji benih ini adalah baka Kum Poh. Ketika itu Encik Liew baharu berusia 20 tahun. Apabila anak benih itu sudah membesar, anehnya terhasil pula baka durian yang agak berbeza daripada baka Kum Poh lantas diberikan nama Xiao Hong berdasarkan warna isinya. Perbezaan antara baka Xiao Hong dan Kum Poh mungkin telah berlaku ekoran suasana sekitaran penanaman yang berbeza.
Kualiti baka Xiao Hong agak setanding dengan pokok induk asalnya, isinya berwarna kuning oren dan kini mendapat sambutan baik di kawasan sekitaran. Menurut sumber, pokok induk Xiao Hong kini masih hidup serta telah menghasilkan generasi berikut. Seorang saudara Encik Liew menjual Xiao Hong di sebuah warung yang dikenali dengan nama 1818. Sekiranya anda bernasib baik, kemungkinan besar boleh bertemu buah Xiao Hong yang dihasilkan dari pokok induk.
Warna isi Xiao Hong menyerupai isi Kum Poh. Menurut peminat yang pernah mencuba kedua-dua baka durian ini berkata, Kum Poh boleh diibaratkan sebagai ‘bapa’ manakala Xiao Hong sebagai ‘anak’. Pengibaratan ini secara langsung mengaitkan ciri-ciri yang ada dalam kedua-dua baka durian tersebut. Sejarah durian Kum Poh sudah merempuhi masa yang panjang, maka itu isinya pahit sedikit serta beraroma. Sejarah Xiao Hong lebih cetek, lantaran itu ia tidak berperisa pahit tetapi isinya tetap harum, manis, halus dan berlemak. Kerongkong akan terasa melekit dan padat rasanya ketika menikmati baka Xiao Hong.
Nama baka Xiao Hong kononnya diberikan atas sebab warna isinya yang kadang-kadang kuning kemerahan atau kuning oren. Buahnya tidak besar, berkulit tebal, namun perisanya yang unik menjadi punca sambutan baik daripada peminat durian. Penduduk di sekitar kawasan berasalnya sudah agak biasa dengan baka ini. Mereka yang mempunyai dusun amnya akan menanam dua tiga batang pokok ini. Xiao Hong dihebahkan sebagai baka yang kurang peka terhadap perubahan cuaca dan ini adalah salah satu ciri penting dalam penanaman. Warna isi Xiao Hong berada di antara baka 101 dan Duri Hitam, hujung buah bercorak bintang kecil dan tangkai buah juga pendek.
Sumber maklumat :
Lindsay Gasik, The Durian Tourist’s Guide to Penang, 2018, pp. 195.
Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350