You are currently viewing Beberapa Model Sistem Hidroponik Moden Untuk Penghiasan Dan Pengeluaran Sayuran Di Rumah

Beberapa Model Sistem Hidroponik Moden Untuk Penghiasan Dan Pengeluaran Sayuran Di Rumah

Sistem hidroponik kini digemari oleh penghuni bandar khususnya yang berminat untuk bercucuk tanam di ruang rumah masing-masing. Sistem ini menggunakan air, nutrien dan cahaya untuk membolehkan tanaman hidup dan membesar. Sistem ini tidak menggunakan tanah sebagai media. Bagaimanapun, di dalam air hidroponik, beberapa jenis bahan bukan tanah juga boleh digunakan untuk menyokong kehidupan tanaman. Bahan-bahan ini seperti batu kelikir dan sebagainya yang juga membolehkan akar tanaman hidroponik memegang dan menjalar di dalam air.

Terdapat banyak sekali produk hidroponik di pasaran untuk memenuhi kehendak pengguna masing-masing. Di sini disediakan beberapa model produk hidroponik yang digunakan dalam rumah. Tentu sekali produk ini bukan sahaja bertujuan hiasan, malahan ia juga produktif iaitu pengeluaran sayuran atau herba mengikut kesukaan masing-masing.

1. Kit Herba Berbentuk Balang

Balang berwarna-warni digunakan dalam sistem ini. Balang mengandungi air dan tanaman diusahakan di atas balang tersebut. Dalam sistem ini, herba boleh ditanam dan bekalan air diambil terus oleh tanaman herba melalui sistem air yang berada di bahagian bawah. Nutrien perlu ditokok tambah ke dalam air memandangkan sistem ini tiada kemudahan automatik untuk penyaluran nutrien.

 

2. Kit Aero Kebun (Saiz 17.25 inci x 11.25 inci x 15-34 inci)

Kit ini dilengkapi dengan cahaya untuk tujuan fotosintesis. Di bahagian bawah kit ini terkandung air dan nutrien untuk kegunaan tanaman. Keseluruhan kit ini kelihatan canggih dan boleh digunakan untuk menghiasi apa jua sudut dalam rumah atau pejabat sambil memperolehi kutipan hasil tanaman sama ada sayuran ataupun herba. Tanaman dikatakan tumbuh 5 kali ganda lebih cepat daripada tanaman di tanah.

3. Kit Tanam & Bela Ikan (Saiz 13.4 inci x 13.4 inci x 9.5 inci)

Seperti dilihat, kit ini boleh digunakan untuk menanam tanaman di bahagaian atas manakala bahagian bawah yang mengandungi air boleh dibela ikan hiasan. Sistem kitaran nutrien automatik yang dibekal oleh bahan buangan ikan digunakan sebagai baja kepada tanaman manakala akar tanaman akan membantu membersihkan air.

4. Kit Hidroponik Berbentuk Tong

Ssitem ini terdiri daripada 4 tong 5 galen air untuk menanam 4 jenis tanaman sayuran pada masa yang sama. Keempat-empat tong ini digerakkan oleh sistem DWC hidropnik berbuih yang terdiri daripada pam air, saluran air, batu kelikir dan lampu dengan teknologi terkini. Sistemn ini menarik ramai pengguna kerana teknologi yang ada di sebaliknya.

5. Sistem Mega Kebun (Saiz 22 inci x 22 inci x 10 inci)

Dalam sistem ini, terdapat 15 trey untuk penanaman 15 jenis sayuran. Di bawahnya terdapat bekas yang mengandungi 7.5 galen air dan ia dilengkapi dengan petunjuk aras air serta dilengkapi dengan pam dan timer untuk tujuan pengairan secara automatik.

6. Kit Hidroponik Vertikal (Saiz 18.5 inci x 18.5 inci x 49 inci)

Sistem ini mempunyai 6 tingkat dan menjimat ruang. Sistem ini dilengkapi dengan mekanisme pengairan secara automatik. Timer juga boleh dipasang sekiranya ingin bebas sepenuhnya daripada pengurusan. Untuk tanaman apa ? Ini bergantung kepada kesukaan masing-masing.

Hantar blog ini kepada :