Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia. Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com
Ulat bungkus (bagworm) selain menyerang pokok sawit, ia juga menyerang beberapa jenis pokok buah-buahan termasuk jambu air, rambutan, belimbing dan jambu batu. Serangan yang serius akan menyebabkan pokok jambu batu kehilangan daun sepenuhnya dan pokok mungkin akan mati.
Ulat bungkus ketika di peringkat larva akan membina kelongsong di bawah daun. Kelongsong ini mempunyai bukaan bagi larva keluar masuk. Larva akan memakan daun ketika keluar daripada kelongsong sehingga daun berlubang-lubang. Serangan yang tinggi akan menyebabkan kesemua daun pokok habis dimakan. Pertumbuhan pokok tentu terjejas dalam keadaan ini.
Kaedah kawalan termasuk semburan racun. Racun yang mengandungi bahan aktif seperti fenvalerate (contoh: Sumicidin, 15 ml/10 liter air), methidation (contoh: Ultracide 4030 EC, 10 ml/4.5 liter air), lambda-cyhalothrin (contoh: Karate, 5-10 ml/10 liter air), chlorpyrifos cypermethrin (contoh: Nurelle-D505 EC, 5-12 ml/10 liter air) boleh digunakan secara menyembur pada bahagian daun pokok bergilir-gilir selang 7-10 hari.
Racun bio-pestisid yang mengandungi bakteria Bacillus thuringiensis juga berkesan untuk mengawal perosak ini. Racun ini termasuk Dipel WP, 3-17 g/10 liter air dan Bactospeine, 15 g/10 liter air).
FGV Fertiliser Sdn Bhd
Lot 115, Johor Port Authority Area, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia. Tel : +607-251 2801/2802/2803
Fax : +607-251 1810
E-mail : fertmarketing@fgvholdings.com
Website: www.fgvfertiliser.com.my
Kawalan kultur juga boleh diambil seperti memungut dan memusnahkan kepompong yang terdapat pada daun bagi mengurangkan populasi ulat bungkus di kebun.
Sumber maklumat :
Ithinin Badri et al., Serangga Perosak Buah-Buahan Tropika Malaysia, MARDI, 2008, hal. 108-109.
Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia. Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com










