You are currently viewing Anak Benih Sawit Berkembar (Doubleton) Boleh Diguna Selepas Pemisahan

Anak Benih Sawit Berkembar (Doubleton) Boleh Diguna Selepas Pemisahan


All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com
Website: www.allcosmos.com

Satu biji benih sawit kadangkala menghasilkan dua, tiga atau empat anak pokok. Gejala berkembar ini hendaklah dibelah dan dipisahkan menggunakan pisau tajam dengan mengekalkan tanah pada setiap bahagian anak anak benih tersebut. Biasanya anak benih berkembar yang telah dipisahkan akan dialih tanam ke plot berasingan supaya rawatan dan perhatian khas dapat dijalankan.

Umumnya kadar pertumbuhan peringkat awal anak benih berkembar lebih perlahan daripada anak benih biasa. Kadar penyiraman perlu diberi dua kali ganda pada peringkat awal selepas alih tanam untuk membantu perkembangan anak benih sehingga pertumbuhan mencapai tahap normal seperti anak benih biasa.

Pemisahan anak benih berkembar umumnya dijalankan di peringkat umur 2 – 2 1/2 bulan kemudian dikekal di tapak semaian kecil (pre-nursery) selama 2 – 3 minggu bagi pertumbuhan akar. Selepas itu baru dialih tanam ke tapak semaian besar (main nursery). Kadar hidup untuk anak benih berkembar yang sudah dipisahkan adalah tinggi sehingga 99% serta dapat tumbuh dengan normal.

Justeru itu, anak benih berkembar adalah pokok normal selepas dibelah dan dijaga baik.


All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com
Website: www.allcosmos.com

Selepas dialih tanam, sungkupan menggunakan sabut/tempurung boleh diletak setebal 1.5cm dengan meninggalkan ruang sebanyak 0.5cm dari paras permukaan polibeg.

 

Bahan rujukan :

1. Manual Pengurusan Dan Amalan Baik Tapak Semaian Sawit, FASSB, 2007.
2. Remi Rasidi, youtube.


Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
No. 11, Jalan Teknologi 3/6, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my

Website: www.aarsb.com.my