You are currently viewing Kebernasan Debunga Dan Kaitannya Dengan Prestasi Pembentukan Buah

Kebernasan Debunga Dan Kaitannya Dengan Prestasi Pembentukan Buah

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Untuk meninjau prestasi pembentukan buah di atas pokok durian, terlebih dahulu perlu memahami keberkesanan pendebungaan. Aspek pendebungaan durian selama ini âš« dianggap tidak mungkin dilakukan oleh angin. Apabila bunga mengorak, debunga jika melekat pada stigma bunga betina baru persenyawaan itu dianggap berjaya. Dalam aspek ini, sekiranya pendebungaan hanya bergantung kepada agen pendebunga, maka kadar kejayaan tersebut menjadi tidak menentu kerana ketidakpastian Cagen pendebunga akan hadir atau tidak serta kurang tahu mengenai jumlahnya.

Umpamanya di kawasan tanaman durian yang banyak ditumbuhi bunga-bungaan, populasi serangga pendebunga seperti lebah madu atau lebah tualang tentu bertambah banyak dan keadaan ini sedikit sebanyak akan membantu proses pendebungaan kerana lebah tualang sudah terbukti masih aktif di waktu senja atau waktu malam yang berbulan. Keadaan yang sama berlaku di kawasan tanaman durian berdekatan dengan gua yang mana populasi kelawar yang banyak akan meningkatkan kadar pendebungaan. Pada hakikat, burung ini sudah terbukti memberi manfaat terbesar terhadap kejayaan pendebungaan pokok durian.

Pendebungaan berbantu juga wujud sebagai kaedah pendebungaan yang paling berkesan. Pekerja hanya perlu menyapu debunga yang dikutip sebelumnya ke atas setiap bunga betina dan menjayakan pendebungaan tersebut. Kaedah ini biasa diamalkan di Thailand bagi meningkatkan kadar pembentukan buah. Namun, kaedah ini walaupun mampu meningkatkan kadar pembentukan buah, tetapi dari segi amalan, ia tidak mudah dilakukan kerana pekerja terpaksa memanjat pokok di waktu malam, langkah ini agak merbahaya. Oleh itu, amalan ini jarang-jarang dipraktikkan di Malaysia.

Debunga hanya berkesan pada waktu senja sehingga larut malam. Di Thailand, keempat-empat baka durian utama di negaranya mencapai keberkesanan 83-96% dalam tempoh masa itu. Selagi debunga dapat dilekatkan pada stigma bunga betina, pendebungaan tersebut akan berjaya. Viabiliti debunga ini akan menurun selepas lanjutan masa. Menjelang subuh, semua debunga sudah kehilangan kesannya. Selain itu, hari berhujan atau berkabut atau suhu udara menurun ke bawah 18°C, kesan debunga juga menjadi amat lemah.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Samudra SMS Sdn Bhd
RM22 & 23, Jalan Rembia Hub Utama, Taman IKS Rembia Hub, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia.
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
    016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com

Website : www.chanhockseng.com

Pada hakikat, keberkesanan debunga adalah faktor penting untuk menjayakan pendebungaan. Sebagai contoh, hasil kajian daripada pakar durian di Thailand mendapati dalam keempat-empat debunga baka durian utama, pokok yang dibekal pengairan secara kurang kerap, debunganya memerlukan 25% sukros baru boleh bercambah. Pokok yang selalu dibekal air pula memerlukan 35% sukros untuk membolehkan debunganya bercambah. Bahan rembesan pada stigma hendaklah berkadar 20-25%. Sekiranya hari berhujan atau berkabut, kandungan tersebut akan terhakis dan selanjutnya menyebabkan kehilangan fungsi debunga serta tidak boleh disenyawakan lagi. Dalam keadaan ini, pembentukan buah tidak akan berlaku.

Justeru itu, keadaan seumpama ini menerangkan dalam tempoh musim pembungaan, hari berhujan atau berkabut akan menghancurkan harapan petani untuk memperolehi hasil buah yang lumayan kerana keberkesanan debunga sudah menurun dan persenyawaan tidak mungkin berlaku. Apabila terjadi keadaan ini, pembentukan buah juga lenyap sama sekali.

 

Bahan rujukan :

Surmsuk Salakpetch, “Durian (Durio zibethinus L.), Flowering, Fruit Set and Pruning”, Chanthaburi Research Center, Chanthaburi, Thailand.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Palm King Marketing Sdn Bhd
No 40, Jalan Hasta 1, Kawasan Perusahaan Batu 12, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd

Website: www.klspalmking.com

Sila kongsi kepada kawan :