You are currently viewing Memilih Lokasi Pembajaan Optimum Bagi Mencapai Hasil Sawit Yang Lumayan

Memilih Lokasi Pembajaan Optimum Bagi Mencapai Hasil Sawit Yang Lumayan

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Yi Nong (M) Sdn. Bhd.
No 102, Jalan Kampung Raja, 39010 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Tel: +605-4981333
Fax: +605-4983199
Email: yinong.sdn.bhd@hotmail.com

Kesan pembajaan lebih penting daripada pembajaan yang tanpa mengira risiko kehilangan baja melalui larut resap, larian air permukaan tanah serta penyejatan. Dengan kata lain, aplikasi baja supaya diambil sepenuhnya oleh pokok sawit adalah perkara terpenting. Di ladang sawit yang luas, lokasi paling rendah kadar larut resapnya merupakan lokasi terbaik untuk menabur baja.

Beberapa laporan telah menunjukkan lokasi timbunan pelepah mengalami kehilangan baja yang paling rendah mencatatkan N 2.0%, P 0.6%, K 0.8%, Mg 2.7%, Ca 0.8% dan B 3.3% berbanding lorong menuai sawit yang terdedah dengan kadar kehilangan baja tertinggi iaitu N 15.6%, P 3.4%, K 7.3%, Mg 4.5%, Ca 6.2% dan B 33.8%. Julat perbezaan adalah besar di antara kedua-dua lokasi ini. Tanah di bawah timbunan pelepah kaya dengan bahan organik justeru kadar pemeliharaan baja dan air juga lebih baik. Maka itu, lokasi ini adalah optimum untuk ditaburi baja.

Di lorong menuai sawit terdedah, kadar kehilangan baja N dan B adalah tinggi. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh kadar larut air yang lebih tinggi bagi kedua-dua nutrien ini. Kee dan Chee (1996) pernah membuat satu kajian dan mendapati air hujan mudah mengalirkan N sekiranya air hujan itu berlaku selepas pembajaan N. Sebaliknya jika selepas 5 hari menabur baja N, kadar kehilangan N oleh air hujan yang datang selepas itu sudah berkurangan secara ketara, bermakna N sudah mengalir ke dalam tanah dengan baik. Baja P, K dan Mg juga bercorak serupa. Adakah situasi ini bermaksud baja harus ditabur beberapa hari sebelum hari hujan bagi mengurangkan kehilangan?

Di kawasan bercerun serta tidak disungkupi tumbuhan kekacang, kehilangan baja P amnya tinggi. Baja P amnya hilang secara berkelompok kerana ia mudah terikat oleh ketulan tanah. Justeru itu ia sering hilang bersama bahan organik yang terkandung dalam tanah permukaan. Keadaan ini menerangkan kenapa pokok sawit di tanah berbukit sering mengalami simptom kekurangan nutrien termasuk P yang menyebabkan tumbesarannya kurang menggalakkan. Penanaman tumbuhan kekacang sebagai sungkupan tanah akan mengurangkan kehilangan baja dari 22% kepada 1%. Inilah salah satu kebaikan tumbuhan kekacang.

Pembajaan tidak harus dilakukan di lorong menuai sawit kerana kadar penyerapan air yang rendah akibat tanah telah dimampatkan oleh alat pengangkutan ladang. Menurut laporan Tan dan Ooi (2002), sebuah alat pengangkutan 2.3 tan yang membawa buah tandan segar 1 tan akan memampatkan tanah sehingga air langsung tidak dapat menyerap masuk selepas berlalu 24 kali. Kesan pembajaan adalah sifar di lokasi tersebut kerana nutrien tidak dapat meresap masuk ke dalam tanah untuk diambil oleh akar pokok. Begitu juga lokasi dalam bulatan merumput yang sering dipijak oleh pekerja akan mengalami tanah yang lebih mampat justeru bukanlah lokasi pembajaan yang baik sekiranya tanah sudah keras di situ.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Samudra SMS Sdn Bhd
RM22 & 23, Jalan Rembia Hub Utama, Taman IKS Rembia Hub, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia.
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
    016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com

Website : www.chanhockseng.com

Akhir sekali, Kadar penyejatan baja khususnya urea (sumber N) di kawasan bermusim kering hendaklah digantikan dengan baja amonia sulfat kerana urea mudah tersejat dalam keadaan tanpa hujan atau tanpa kelembapan. Penyejatan bermakna kehilangan baja N dan membazir. Sudah ada laporan menunjukkan bahawa 70% baja N yang berasaskan urea akan hilang selepas satu minggu ditaburi di ladang. Hasil kajian tersebut seterusnya menerangkan keberkesanan urea hanya setakat 80 – 85% berbanding baja amonia sulfat.

Malahan dalam 12 kajian, hanya 3 menunjukkan urea mendatangkan hasil lebih tinggi berbanding aplikasi baja amonia sulfat. Namun, memandangkan harga urea adalah lebih murah serta kandungan N juga lebih tinggi (N 46%), maka kadar penyejatannya walaupun lebih tinggi tetapi masih diterima oleh ramai pengguna. Pada hakikat, penyejatan urea boleh dikurangkan dengan mencampurnya dengan larutan kalsium atau baja kieserite. Pengurangan kadar sejatan urea juga boleh dilakukan secara manual iaitu menutupnya dengan tanah selepas aplikasi.

Sumber maklumat :

Kah-Joo Goh, Rolf Hardter and Thomas Fairhurst, “Fertilizing for Maximum Return”, Oil Palm-Management for Large and Sustainable Yields, PPI, PPIC and IPI, 2003, page 282-286.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

Sila kongsi kepada kawan :