All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com
Website: www.allcosmos.com
Kedua-dua penyakit ini iaitu mati rosot anak benih dan hawar daun pokok durian adalah disebabkan oleh kulat Phytophthora palmivora dalam tanah. Kejadian mati rosot anak benih durian di tapak semaian boleh melebihi 50% menyebabkan kerugian besar kepada pengusaha tapak semaian. Punca utama mati rosot adalah disebabkan oleh penanaman anak benih terlalu rapat serta penyiraman air berlebihan.
Walaupun kulat ini sering memulakan serangan daripada batang pokok, tetapi serangan juga berlaku pada akar anak benih menyebabkan mati rosot manakala serangan jika berlaku ke atas daun, maka kejadian hawar daun akan berlaku. Simptom mati rosot pada akar menampilkan kereputan akar tunjang dan akar pembekal manakala serangan pada daun akan menyebabkan kejadian bintik-bintik daun yang akhirnya bercantum menjadi tompokan nekrotik yang besar kemudian layu dan gugur sebelum matang. Serangan yang teruk menjadikan seluruh pokok mati rosot di bahagian atas serta seluruh daun menjadi hawar.
Untuk mengawal kedua-dua penyakit ini, tanah media di dalam polibeg hendaklah daripada sumber tanah yang bebas penyakit serta penanaman dilakukan pada jarak tidak terlalu dekat serta amalan penyiraman air yang baik iaitu tidak berlebihan. Bagi anak benih yang sudah dijangkiti penyakit, penanam hendaklah mencabut dan membuang pokok tersebut supaya mengurangkan sumber inokulum.
Demi mengawal penyakit ini merebak di tapak semaian, amalan semburan dengan racun kulat sistemik seperti metalasil, milfuran, ofuras, siprofuram, oksadisil atau fosetil aluminium adalah disyorkan. Penggunaan racun kulat secara kombinasi seperti metalasil-mankozeb atau ofuras-mankozeb meruapakan pilihan yang bijak bagi mengelakkan kepekaan anak benih terhadap racun kulat. Racun-racun tersebut ini juga boleh digunakan secara siraman pada akar tanaman. Semburan hendaklah dijalankan secara menyeluruh pada satu-satu tanaman.
All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com
Website: www.allcosmos.com
Sumber maklumat :
Lim Tong Kwee dan Kamaruzaman Sijam, Penyakit Durian, DBP, 2015 (cetakan kedua), hal. 19-21.
Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336










