Satu eksperimen telah dijalankan di Cuba, Amerika Utara pada tahun 2016 ke atas nanas MD2 untuk menilai perbezaan kesan antara kalium klorida (potassium chloride) dan kalium sulfat (potassium sulphate, SOP) ke atas pengeluaran hasil dan kualitinya. Jumlah pokok ditanami pada kepadatan 72,000 pokok/ha menjelama menjadi 12,384 pokok per plot dalam eksperimen itu. Semasa kutipan hasil, 10 biji sampel buah diambil dari setiap plot untuk penilaian.
Hasil kajian
Penggantian kalium klorida dengan kalium sulfat telah mengurangkan kuantiti K tetapi berjaya menghasilkan buah yang lebih berat, jambul lebih besar, buah lebih panjang, mata buah lebih besar (15.9g vs 13.9g) serta kulit lebih tebal dengan ketara. Buah lebih berat ini berpunca daripada mata nanas yang lebih besar dan berat. Parameter lain dalam buah tidak banyak berbeza di antara satu sama lain. Hasil eksperimen ini merumuskan bahawa kalium sulfat boleh digunakan sebagai pengganti kepada kalium klorida kerana amalan ini dapat mengurangkan penggunaan kuantiti K.
Kelemahan kalium klorida dalam penanaman nanas muncul daripada kandungan klorin berlebihan kerana ia wujud dalam kalium klorida. Walaupun kalium sulfat menghasilkan buah yang lebih panjang, tetapi ukuran garis pusat di kelapa dan hujung buah tiada perbezaan besar dengan aplikasi kalium klorida justeru tidak menghalang buah diterima baik di pasaran.
Sungguhpun demikian, jumlah kandungan pepejal boleh larut (TSS) dan asid arsobik adalah lebih tinggi dalam nanas yang dibajakan dengan kalium klorida manakala kandungan asid, tempoh matang dan nilai pH sama-sama tidak jauh berbeza. Keseluruhan, bacaan mengenai kualiti nanas MD2 ini masih berada dalam lingkungan boleh diterima oleh pengguna serta menghasilkan rasa manis serta kandungan asid yang ideal semasa penikmatan.
Kalium dan nitrogen adalah nutrien paling penting untuk tanaman nanas. Kalium penting untuk perolehan kualiti dan hasil nanas manakala nitrogen adalah penting untuk pertumbuhannya. Secara relatif, permintaan fosforus tidak begitu tinggi untuk tanaman nanas dan nutrien ini hanya penting semasa pembungaan dan pembentukan buah. Dalam turutan kepentingan nutrien, ia mengikut susunan K, N, Ca, Mg, S dan P manakala nutrien surih pula ialah Mn, Fe, Zn, B,Cu dan Mo.
Sumber K boleh dipilih untuk tanaman nanas atau tanaman buah-buahan lain ialah sama ada memilih kalium klorida mengandungi 58% K2O, kalium sulfat mengandungi 48% K2O, kalium nitrat mengandungi 44% K2O atau n Kalium + magnesium sulfat mengandungi 20% K2O. Dua unsur di akhir ini lebih jarang ditemui di pasaran serta juga lebih mahal. Kalium klorida paling lumrah digunakan kerana harganya lebih murah serta kandungan K2O yang lebih tinggi. Kelemahannya ialah kandungan klorin di dalam yang kadangkala sensitif terhadap tanaman yang peka terhadap klorin. Ia juga dianggap bertoksik terhadap tanah sekiranya sisanya banyak terkumpul di dalam tanah. Dari segi ini, kalium sulfat lebih selamat serta sesuai digunakan.
Hextar Fert Sdn. Bhd.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com
Kesan negatif klorin terhadap nanas juga diperhatikan dalam penurunan kandungan kanji dan gula dalam buah-buahan ini. Kandungan klorin berlebihan dipercayai menyekat pembesaran buah serta mengganggu penyerapan kalium, mengurangkan saiz buah serta meningkatkan kandungan asid di dalam. Keadaan ini menghasilkan gejala seperti kekurangan K. Secara umumnya, membaja K dengan Kalium klorida, oleh sebab kandungan K yang lebih tinggi, ia memberi kesan lebih tinggi di sisi kualiti buah termasuk buah menjadi lebih besar serta komponen buah yang lain yang lebih baik sedikit berbanding peningkatan hasil.
Salah satu kepentingan kalium terhadap tanaman nanas ialah kalium mampu meningkatkan warna kulit buah dari warna kuning ke kuning emas ketika matang serta meningkatkan kandungan pepejal boleh larut dan ciri organik buah menjadikan ia lebih bernilai di pasaran.
Apa kata jika kekurangan kalium berlaku terhadap tanaman nanas? Penemuan diperolehi di sisi ini mendapati buah menjadi kurang manis, warna kulit lebih cetek dan kurang menarik, kurang beraroma serta bunga kurang rintangan terhadap kelecuran cahaya matahari. Kualiti isi buah juga merosot jika kekurangan kalium berlaku.
Sumber maklumat :
1. Romelio Rodriguez et al., “Effects of potassium chloride and potassium sulphate on MD 2 pineapple fruit yield and quality”, International Society for Horticultual Science.
2. Sarita Leonel and Luis Lessi Dos Reis, Potassium Fertilization on fruits orchards : A Study Case from Brazil, 2012.
Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com