All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com
Website: www.allcosmos.com
Dilihat daripada bahagian luaran, pisang susu hampir serupa pisang mas besar. Panjang buahnya berpurata 5.2 inci dengan lebar 1.4 inci. Berat tandan berada di antara 10 14kg iaitu lebih kurang sama dengan pisang mas. Warna buah adalah hijau kekuningan sebelum masak. Apabila masak menjadi warna kuning iaitu satu lagi ciri persamaan dengan pisang mas. Kulitnya senang dikopek dan merupakan kultivar sesuai untuk dimakan segar. Kultivar ini agak popular ditanami di dusun secara kecil-kecilan. Potensi komersial bagi kultivar ini agak cerah kerana isi buah yang manis, tiada biji serta menyelerakan. Ciri ini juga penting dalam pemilihan kultivar komersial walaupun buat masa ini pisang susu kelihatan belum luas ditanami oleh pekebun di Malaysia.
Perbezaan terbesar bagi kultivar ini dengan pisang mas ialah penghasilan sulur yang amat kurang, setakat 4 sulur sahaja bagi setipa rumpun pokok induk. Bagi pisang mas, jumlah sulur sebanyak 10 – 15 akan dihasilkan oleh serumpun pokok. Sulur yang kurang juga satu kelebihan kerana memudahkan pengurusan sulur. Kekurangan sulur juga bermaksud pertumbuhan vegetatif dapat ditumpukan kepada pengeluaran buah. Sisir pisang susu juga lebih rendah daripada pisang mas, iaitu setakat 5 – 6 berbanding 6 – 9 sisir bagi pisang mas.
Walaupun pokok pisang susu sama tinggi dengan pisang mas di sekitar 2.0 – 2.5m, namun pembungaan pokok mengambil masa lebih panjang iaitu di antara 7 – 9 bulan sedangkan pisang mas hanya 6 – 7 bulan. Tambahan peringkat bunga hingga buah masak mengambil masa 70 – 80 hari iaitu kelihatan lebih lambat daripada pisang mas yang setakat 50 – 60 hari. Memandangkan berat tandan dan cita rasa buah adalah setanding dengan pisang mas, kultivar ini menunjukkan potensi komersial untuk dikembangkan lagi di masa hadapan.
Kultivar ini juga didapati di Indonesia dan merupakan kultivar diminati oleh penanam. Nama pisang ini dikaitkan dengan ‘susu’ barangkali kerana tekstur isi buah bersifat krim dan putih serta tidak berbiji. Penikmatan terhadap buahnya ibarat sehalus seperti susu. Kebiasaan, ada dua jenis pisang susu iaitu pisang susu putih dan pisang susu hitam, perbezaan ini dapat dikenali di bahagian kulit yang ada bintik-bintik hitam bagi pisang susu hitam. Namun begitu, kedua-dua kultivar ini sama-sama manis dan enak. Pisang susu biasa juga digunakan untuk membuat cekodok pisang, hidangan ini sangat enak terutama daripada kultivar manis seperti pisang susu.
Bahan rujukan :
Suhana Omar et al., Collection of Bananas in Malaysia, MARDI, 2012, hal. 33.
Simple Farm Sdn Bhd
E-mail : mrbanana@simple-farm.com