You are currently viewing Penanaman Nanas Mampu Meningkatkan Pendapatan Petani

Penanaman Nanas Mampu Meningkatkan Pendapatan Petani

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Tanaman nanas berpotensi cerah untuk diusahakan. Tanaman kuno ini tidak dipinggiri dalam arus sejarah, sebaliknya semakin perkasa dalam menandingi pelbagai buah-buahan tropika. Akhirnya terbukti tanaman ini mendapat sambutan orang ramai baik penanam ataupun pengguna. Penanam mampu memperolehi pulangan berbaloi dalam penanaman manakala pengguna berpeluang merasai kesedapannya semasa memakannya sama ada secara segar ataupun dalam bentuk proses.

Kini semakin banyak baka nanas berkualiti tinggi dihasilkan ditambah dengan kesediaan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) memberi bantuan kepada penanam, keadaan ini menjadikan kerjaya di bidang ini mampu membasmi kemiskinan petani malahan mengeluarkan mereka daripada kategori isi rumah berpendapatan rendah (B40). Beginilah menurut kata Ketua Pengarah LPNM Mohd Khairuzamri M Salleh awal tahun ini yang mendapati 90% pengusaha nanas di bawah program LPNM berjaya memperolehi purata pendapatan RM5,000 sebulan justeru keluar daripada kategori B40.

Katanya, hasil kajian Lembaga ini diperolehi daripada hasil kajian impak yang membabitkan 1,500 pengusaha nanas di seluruh negara. Dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) yang berlangsung 5 tahun, LPNM berjaya membangunkan 5,000 pengusaha tanaman nanas iaitu 1,000 pengusaha setiap tahun.

“Kami menyasarkan peningkatan purata pendapatan pengusaha nanas daripada RM5,000 ke RM8,000 sebulan dan meletakkan mereka dalam kategori kumpulan M40 dalam tempoh pelaksanaan RMK12.” Sambungnya.

Dalam pada itu, satu program yang dikenali sebagai insentif Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Prihatin Pengusaha Nanas telah pun disempurnakan dalam satu majlis penyampaian oleh pihak Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Makanan Perladangan Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar sebagai peruntukan tambahan kepada LPNM daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) untuk disalurkan kepada pengusaha nanas dalam tempoh berlakunya Covid-19 yang telah mempengaruhi sara hidup mereka. Insentif ini sudah dimulakan sejak pertengahan tahun 2020. Sebanyak RM 13 juta telah disalurkan dan memanfaatkan 5,000 pengusaha dalam pemain dalam rantaian nanas termasuk pekebun, penjual, pengangkut, pengeksport, usahawan pemasar serta usahawan asas tani. Insentif ini juga termasuk bantuan peralatan untuk kegunaan di ladang seperti mesin pam semburan serta insentif lori pengangkut.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Samudra SMS Sdn Bhd
RM22 & 23, Jalan Rembia Hub Utama, Taman IKS Rembia Hub, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia.
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
    016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com

Website : www.chanhockseng.com

Sehubungan itu, beberapa laporan di media sosial telah mengongsikan kejayaan pengusaha nanas di bawah pantauan dan bimbingan LPNM sehingga memperolehi RM80,000/ekar dalam pengusahaan nanas mereka yang membabitkan varieti MD2. Varieti ini berpotensi besar dalam pasaran tempatan dan luar negara kerana ia kurang mendapat saingan dari luar negara manakala permintaan luar negara juga sangat tinggi. Umpamanya negara China sahaja sudah mahu 100 kotena sebulan, ini belum kira permintaan dari negara lain di Timur Tengah, Jepun, Singapura dan Eropah.

Sambutan baik terhadap nanas juga disebabkan oleh banyak produk hiliran boleh dihasilkan seperti kerepek nanas, SOS nanas, kopi nanas, jus/minuman nanas, jem dan tart nanas di samping juga produk bukan nanas seperti kertas, silaj, komestik dan benang serat nanas daripada biojisim tanaman ini. Kandungan khasiatnya seperti Vitamin B, C dan enzim bromelin jugalah tarikan besar kepada pengguna. Nanas MD2 mempunyai 4 kali lebih banyak vitamin C berbanding nanas lain.

Beberapa bantuan dari LPNM telah disediakan termasuklah Program Pengukuhan Tanaman Nanas Bernilai Tinggi yang menyalurkan bantuan berupa 42,000 sulur nanas – mencukupi untuk sehektar serta bantuan input pertanian seperti baja NPK mengikut keluasan ladang. Syarat permohonan jalah warganegara Malaysia, mempunyai pemilikan tanah yang sah dan keluasan tanah minimum ialah satu ekar. Tanaman nanas adalah tanaman tunggal untuk diusahakan.

Bagi program integrasi pula, mereka akan menerima bantuan berupa 8,000 – 10,000 sulur nanas untuk setiap ekar, manakala untuk peserta Program Agropreneur Muda, bantuan geran akan diberikan dalam bentuk barangan dengan nilai maksimum RM20,000 bagi setiap individu. Kelayakan untuk menyertai program ini termasuklah umur 18 – umur 18 – 40 tahun serta baru menceburi projek tanaman. Mereka ini wajib mengikuti segala latihan teknikal termasuk teori dan amali yang disediakan oleh LPNM atau Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Malaysia.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Sila kongsi kepada kawan :