You are currently viewing Amalan Mengekal Karbon Dalam Tanah

Amalan Mengekal Karbon Dalam Tanah

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Simple Farm Sdn Bhd
Tel : 011-10709708 / 012-7699702
E-mail : mrbanana@simple-farm.com

Website: www.mrbanana.com.my

Pengetahuan kita mengenai karbon sering terikat pada karbon dioksida (CO2) di udara. Gas ini sangat penting untuk tumbesaran dan pengeluaran hasil tumbuhan. Sebaliknya ia mendatangkan impak negatif terhadap manusia. Justeru itu, kandungan karbon seelok-eloknya dipendam ke dalam tanah untuk kegunaan tumbuhan serta mikroorganisma. Karbon merupakan salah satu sumber dalam pemeliharaan kesuburan tanah.

Pengurusan karbon menjadi topik penting berikutan isu peningkatan suhu global. Karbon dioksida dianggap sebagai punca utama kenaikan suhu tersebut. Maka itu, di bidang penanaman, karbon yang terpendam di dalam tanah hendaklah dipelihara supaya tidak terbebas ke udara. Amalan mengusik dan membajak tanah akan melepaskan karbon ke udara. Penebangan hutan akan mendedahkan tanah di situ dan selanjutnya meningkatkan kadar pelepasan karbon dari tanah. Sebab itu, penebangan hutan dianggap satu pencerobohan alam sekitar.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
No. 11, Jalan Teknologi 3/6, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my

Website: www.aarsb.com.my

Walaupun demikian, langkah tertentu bagi mengekal karbon di dalam tanah tetap boleh diambil. MPOB pernah menjalankan satu kajian di Pusat Penyelidikan Sessang dengan menanam 35 hektar tumbuhan kekacang penutup bumi. Hasil kajian itu menunjukkan kadar pelepasan karbon telah dapat diturunkan. Keadaan ini menyatakan kita boleh menjalankan sesuatu untuk mengelak pelepasan karbon ke udara walaupun tanah tersebut dikultur dengan tanaman komersial.

Dengan kata lain, penanaman boleh dijalankan dengan cara lebih mesra alam. Karbon hendaklah dikekalkan di dalam tanah. Karbon didapati sangat baik untuk memelihara kesuburan tanah termasuk menjadi sumber makanan kepada mikroorganisma tanah.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Sila kongsi kepada kawan :