Hextar Fert Sdn. Bhd.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com
Tanaman sawit boleh diintegrasikan dengan banyak jenis tanaman khasnya tanaman jangka pendek. Dalam kaedah penanaman konvensional bercorak segi tiga sama, tanaman integrasi boleh dijalankan di peringkat umur sawit belum matang. Selepas itu integrasi itu hendaklah dihentikan bagi memberi ruang kepada pokok sawit membesar. Dalam kaedah penanaman dua baris kembar, oleh sebab ruang selebar 15.2m telah disediakan di antara setiap dua baris sawit justeru membolehkan tanaman jangka pendek dijalankan sepanjang masa tanpa banyak mengganggu pertumbuhan sawit. Bagaimanakah integrasi sawit dengan pokok balak yang amnya bersaiz lebih besar ? Adakah amalan ini berdaya maju?
Mengikut kajian MPOB di Pusat Penyelidikannya di Keratong, pokok balak jati yang diintegrasikan dengan sawit dalam kaedah dua baris kembar sawit memperolehi garis pusat batang lebih besar selepas 11.5 tahun ditanam berbanding dengan kaedah integrasi menggunakan kaedah segi tiga sama. Keadaan ini menyatakan tumbesaran pokok balak lebih baik di situ serta memperolehi kadar hidup pokok balak sehingga 39.95%.
Kajian di Pusat penyelidikan Hulu Paka MPOB ke atas integrasi pokok jati dengan kaedah dua baris kembar sawit mendapati menanam sebaris pokok jati di perantaraan dua baris sawit kembar memperolehi garis pusat batang yang lebih besar berbanding menanam dua baris pokok jati dengan ukuran lebihan 28.15cm selepas 12 tahun ditanam. Tumbesaran pokok jati tetap lebih banyak sebanyak 35.57cm dalam kajian di Pusat Penyelidikan MPOB Lahad Datu selepas 10.5 tahun ditanam.
Samudra SMS Sdn Bhd
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com
Website : www.chanhockseng.com
Walaupun pokok balak tetap boleh membesar dalam amalan integrasi ini, tetapi pengeluaran hasil sawit mulai menurun di peringkat kutipan hasil tahun kelima dan keenam berbanding pokok sawit di kawasan tanpa integrasi. Mulai kutipan hasil sawit ke-8 dan ke-9, pengeluaran hasil sawit sudah dipengaruhi. Keadaan ini dipercayai berpunca daripada naungan cahaya matahari telah berlaku serta saingan nutrien dan air di antara kedua-dua jenis tanaman.
Pokok balak seperti jati dan sentang berharga di pasaran. Sama ada nilai pokok balak itu dapat menampung kerugian pengurangan hasil sawit itu kelihatan menjadi satu persoalan renungan yang menarik.
Hextar Fert Sdn. Bhd.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336