You are currently viewing MPOB Menggesa Pemain Industri Minyak Sawit Mengeksport Produk Tokotrienol Ke China

MPOB Menggesa Pemain Industri Minyak Sawit Mengeksport Produk Tokotrienol Ke China


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menggesa pemain industri minyak sawit mengambil peluang keemasan untuk mengeksport produk tokotrienol sawit ke China selepas mendapat kelulusan untuk mendaftarkan produk itu di republik itu baru-baru ini.

Berikutan kelulusan yang diterima pada 13 Mac, tokotrienol sawit (Vitamin E) kini dibenarkan untuk dieksport dan digunakan dalam aplikasi makanan di China.

Ketua Pengarah MPOB Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata kelulusan itu juga memberi peluang kepada pemain industri untuk memanfaatkan potensi bagi mengukuhkan kehadiran dan hasil pasaran mereka dengan ketara dalam salah satu pasaran terbesar dunia.

“Kelulusan ini adalah antara hadiah terbaik yang dianugerahkan oleh Kerajaan China kepada industri kelapa sawit Malaysia sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China, melambangkan persahabatan yang kukuh dan berkekalan serta saling menghormati dan bekerjasama,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, kelulusan tersebut menekankan komitmen dan usaha berterusan untuk mencapai kecemerlangan oleh sektor minyak sawit Malaysia dalam mematuhi piawaian kesihatan dan keselamatan antarabangsa.

la juga menunjukkan kerjasama strategik antara badan kerajaan dan pemain industri dalam mengemudi kerumitan akses pasaran global dan kelulusan kawal selia.


Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
No. 11, Jalan Teknologi 3/6, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my

Website: www.aarsb.com.my

Kelulusan pendaftaran produk tokotrienol sawit bukan sahaja membuka ruang baru kepada industri minyak sawit Malaysia untuk menembusi pasaran China tetapi juga berpotensi membawa impak positif yang ketara kepada ekonomi Malaysia, kata MPOB.

“Peningkatan eksport tokotrienol ke China boleh membawa kepada peningkatan yang besar dalam hasil negara, menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan kemampanan dalam sektor pertanian.”

MPOB menambah bahawa pihaknya bersama pemain industri kekal komited untuk memanfaatkan peluang untuk meningkatkan keterlihatan dan penerimaan produk minyak sawit Malaysia di China dan seterusnya memastikan pertumbuhan dan kemampanan industri yang berterusan.

 

Sumber maklumat :

Bernama, 4/4/2024


FGV Fertiliser Sdn Bhd
Lot 115, Johor Port Authority Area, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-251 2801/2802/2803
Fax : +607-251 1810
E-mail : fertmarketing@fgvholdings.com
Website: www.fgvfertiliser.com.my