Jangkitan penyakit Ganoderma terhadap pokok-pokok kelapa sawit kini dapat dikesan pada tahap awalnya sebelum gejala jangkitan luaran wujud. Pendekatan ini membolehkan langkah-langkah susulan diambil supaya mengurangkan kematian pokok sakit serta meminimumkan kerugian kelak. Beberapa kaedah pengesanan saintifik yang berkenaan adalah seperti disenaraikan di bawah :
Ganoderma Selective Medium (GSM)
Kaedah ini menggunakan medium untuk mengasingkan patogen dengan bahagian jangkitan lain di ladang sama ada dengan sterilisasi/pembasmian kuman permukaan tanah atau tidak. GSM akan dapat mengesan kehadiran kulat Ganoderma pada tahap awal biarpun gejala luaran belum kelihatan. Kajian berkenaan sebenarnya telah menunjukkan bahawa sebanyak 5% – 16% pokok sihat telah dijangkiti. Namun begitu, teknik ini yang dibangunkan pada tahun 90-an mengambil masa pengesanan yang lebih panjang serta kurang tepat. Lantaran itu, teknik-teknik lain yang lebih maju telah dibangunkan seperti disyorkan berikut :
Teknik Polymerase Chain Reaction- DNA (PCR-DNA)
Kaedah ini merupakan satu pendekatan molekular DNA yang mana bahagian internal transcribed spacer (ITS) akan menghasilkan primer yang membolehkan spesis patogen dibezakan. Bahagian ITS yang sepesifik kepada G. boninense akan dibesarkan untuk menguji sensitiviti DNA sasaran. Bahan PCR kemudian dicairkan dalam 1% agarose gel dan dilihat di bawah cahaya ultra ungu (ultraviolet) selepas ethidium bromide staining (sejenis proses pewarnaan).
Keputusan menyatakan bahawa spora basidiomata (basidiospores) DNA boleh dibesarkan dengan PCR untuk menghasilkan produk yang boleh dikesan atas ethidium bromise staining. Dengan cara ini, sampel seperti spora basidiomata (basidiospores), bahagian batang dan pangkal pelepah pokok jangkitan dapat diuji sama ada mempunyai kehadiran kulat Ganoderma atau tidak.
Teknik Enzyme-Linked Immunosorbent Assay-Polyclonal Antibody (ELISA-PAb)
Selain teknik molekular PCR-DNA, cara immunologi dengan menggunakan antibodi monoklonal dan poliklonal juga digunakan bagi mengesan kehadiran kulat Ganoderma. Pembangunan poliklonal antibodi (PAB) terhadap crude mycelia protein G. boninense adalah untuk mengesan Ganoderma dengan menggunakan Enzyme-Linked Immunosorbent Assay (ELISA) secara tidak langsung.
ELISA merupakan satu teknik yang pantas untuk mengetahui kewujudan dan kuantiti sesuatu protein khusus dalam campuran protein dengan menggunakan antibodi khas. Maka itu, ia telah digunakan sebagai kaedah pengesan kulat Ganoderma. Dengan teknik ini, kehadiran kulat G. boninense, G. zonatum dan G. miniatocinctum telah dapat dikesan sebagai patogen manakala G. tornatum yang bukan patogen itu tidak dapat dikesan.

Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my
Website: www.aarsb.com.my
Untuk menguji keberkesanan teknik ini, sampel batang dan daun pokok sihat dan sakit (dijangkiti Ganoderma) Ganoderma) daripada daripada pokok matang yang hidup diambil dari Teluk Intan, Perak. Teknik ELISA-PAb telah dapat mengesan kehadiran kulat Ganoderma dalam pokok sihat dan sakit melalui sampel batang dan daun pokok, manakala teknik GSM walaupun juga mengesahkan kehadiran kulat tersebut tetapi hanya melalui sampel batang pokok, tidak pula dengan sampel daun pokoknya.
Teknik PODITOO TM Tomography
Teknik ini berdasarkan tomografi sonik (suara) atau gelombang sonik yang mana pengesan suara dipasangkan pada pokok sekali dengan paku-paku yang mengelilingi batang pokok. Gelombang suara yang dihasilkan daripada paku-paku (penghantar, emitor) akan merentas ke paku lain (penerima, receptor) melalui batang pokok. Kelajuan suara ini akan dikira berdasarkan masa rentasan gelombang suara dan jarak di antara penghantar (emitor) dengan penerima (receptor).
Pendekata, teknik ini berlandaskan data-data gelombang suara yang dikumpul bagi mendapatkan peta/imej pengesanan supaya mengetahui keadaan dalaman pokok sama ada kuat (sihat) atau lembut dan reput (sakit). Gelombang suara bagi struktur dalaman pokok sihat dan sakit adalah berbeza kerana patogen yang wujud di dalamnya (bagi pokok sakit)telah mengubah struktur tersebut sama ada dengan merosak atau mereputkannya. Imej yang diperolehi daripada kaedah ini mampu menunjukkan bahagian jangkitan dan saiznya yang telah diserangi kulat berkenaan.
Teknik ini telah dapat mengesan serangan kulat Ganoderma pada pokok kelapa sawit yang kelihatan sihat. Justeru, ia telah menunjukkan kemampuan untuk mengesan serangan kulat Ganoderma di tahap awal semasa gejala luaran serangan belum kelihatan lagi.
Sumber Maklumat :
Idris A. S. et al, “Current Technologies For Detection Of Ganoderma In Oil Palm”, PROCEEDINGS OF Agriculture, Biotechnology & Sustainability Conference, Vol. 1, PIPOC 2009, MPOB.