You are currently viewing Kaedah Menangani Gejala Daun Lama Sawit Layu Di Tanah Gambut

Kaedah Menangani Gejala Daun Lama Sawit Layu Di Tanah Gambut

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

Tanaman sawit di kawasan tanah gambut sering menghadapi gejala daun lama layu. Gejala ini menyebabkan kadar fotosintesis menurun selanjutnya mempengaruhi prestasi tanaman. Di Riau, Indonesia, gejala serupa ini juga berlaku dan ia telah memacu penyelidik untuk mengenal pasti puncanya. Hala kajian termasuk melihat masalah ini dari sudut sifat tanah dan kandungan nutrien dalam pokok dan mendapati kedua-dua faktor ini berkaitan dengan kewujudan gejala daun lama layu. Ini kerana gejala ini sering wujud di kawasan tanah yang nilai pH lebih rendah. Ia juga berlaku ke atas pokok sawit yang mana kandungan P, N dan K dalam daun adalah lebih tinggi tetapi kandungan Cu dan Zn adalah rendah.

Penemuan ini selanjutnya mendorong mereka untuk meninjau sama ada tahap kandungan P adalah puncanya. Hasilnya ialah penaburan P sebaliknya menyebabkan gejala ini bertambah serius. Oleh itu, masalah ini boleh dikatakan berpunca daripada tanah masam yang mengandungi P berlebihan serta juga berkaitan dengan Zn yang kurang. Apabila P ditambah di kawasan tanah masam, ia akan menyebabkan kandungannya dalam tanah meningkat selanjutnya menyekat pengambilan dan penyaluran nutrien surih seperti Cu dan Zn dalam pokok.

Akhirnya, gejala ini semakin pulih dalam masa dua tahun selepas penaburan CaCO3. Bahan ini mampu meningkatkan nilai pH tanah.

Sumber :

Totok Suswanto, Arif Sugandi and Goh Kah Joo, “Lower Frond Desiccation of Oil Palm Grown in Deep Peat in Riau, Indonesia”, PIPOC 2011,MPOB, pp.95-99.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


TK Tani Enterprise Sdn Bhd
No. 6, Jalan SS2/39, 47300 Petaling Jaya, Selangor. Malaysia.
Tel : +603-7877 7366 / +603-7877 7466
    +6019-337 5570 / +6017-640 8982
Email : tktuntan@gmail.com
          inaiutamasb@gmail.com

Sila kongsi kepada kawan :