You are currently viewing Kutipan Hasil Sawit Virescens Lebih Mudah Kerana Warna Menonjol

Kutipan Hasil Sawit Virescens Lebih Mudah Kerana Warna Menonjol

- - iklan - -


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

Kelapa sawit (Elaeis guineensis Jacq.) yang umum ditanam di Malaysia serta kebanyakan negara pengeluar sawit di dunia merangkumi dua jenis iaitu Nigrescens dan Virescens. Kedua-dua jenis sawit ini berasal dari Afrika. Sawit Virescens mudah dikenali dari warna buahnya berwarna hijau semasa mengkal dan berwarna oren kemerahan semasa matang. Sawit ini sesekali boleh ternampak di ladang sawit dan menimbulkan perasaan aneh kepada pengusaha tanaman. Sawit Nigrescens adalah jenis sawit yang umum ditanami di seluruh dunia. Buah tandannya berwana ungu gelap kemerahan semasa matang. Malangnya warna ini tidak banyak berbeza dengan buah mengkal yang berwarna ungu gelap kehitaman.

Menurut sumber, kualiti buah Virescens adalah sama dengan buah Nigrescens. Oleh itu ia tetap diterima oleh pengilang minyak sawit tanpa sebarang masalah. Malahan sawit Virescens disebabkan oleh warna kulit buah yang mudah dibezakan dengan buah Nigrescens semasa masak, maka ia maka ia semakin semakin disambut oleh penanam. Ini kerana masa yang diambil oleh pemotong buah untuk menentukan buah sawit Nigrescens sama ada masak atau tidak itu mengambil masa dan sering mengelirukan sehingga terpotong buah mengkal. Jika menanam sawit Virescens, maka masalah tersebut boleh diselesaikan serta meningkatkan produktiviti pengutipan hasil.

Daripada sumber juga diketahui bahawa sawit Virescens juga mempunyai beberapa kategori dari segi ketebalan tempurung biji benihnya, iaitu satu fenomena yang sama dengan sawit Nigrescens yang wujud dalam bentuk dura, tenera atau pisifera. Sawit dura mempunyai tempurung biji benih yang tebal manakala tenera bertempurung nipis sedangkan pisifera tiada tempurung langsung.

Di kawasan perkampungan Nigeria, Afrika, dalam 10,000 buah tandan sawit yang dikutip akan terdapat 50 buah tandan sawit Virescens. Di Angola, Afrika pula, dalam 10,000 buah tandan akan terdapat 72 buah tandan sawit Virescens. Di Cameroon, 6% hasil sawitnya adalah daripada jenis Virescens.

Sawit Virescens bukan baka sawit baru, sebaliknya sudah digunakan di Nigeria untuk pembiakan sejak tahun 1912-1916. Oleh kerana jumlah pokok ini tidak sebanyak sawit Nigrescens, maka dipercayai genetiknya mengandungi sifat kelainan (heterogeneous). Di Congo, Afrika, kacukan diri sawit menghasilkan 75% sawit Virescens manakala kacukan bersilang menghasilkan 50% sawit Virescens. Di ladang Nigeria, pendebungaan terbuka telah menghasilkan 46% sawit Virescens dan 54% sawit Nigrescens.

Kini Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sudah berjaya memiliki teknologi untuk mengenal pasti sawit Virescens daripada Nigrescens melalui kaedah bio-teknologi moden. Kedua-dua jenis sawit ini mempunyai morfologi pokok yang sama dan hanya dapat dibezakan melalui warna buah. Di Malaysia kini sudah ada pengeluar biji benih sawit yang membekal sawit Virescens sebagai bahan tanaman untuk diusahakan di ladang.

Sumber maklumat :

R.H.V. Corley and P.B. Tinker, The Oil Palm, Blackwell Science Ltd, 2003.

Hantar blog ini kepada :