You are currently viewing Sisa Umpan Tikus Meningkatkan Kadar kematian Anak Burung Pungguk

Sisa Umpan Tikus Meningkatkan Kadar kematian Anak Burung Pungguk

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
No. 11, Jalan Teknologi 3/6, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my

Website: www.aarsb.com.my

Umpan tikus kimia merupakan bahan bertoksik dan menyebabkan kematian tikus selepas memakannya. Tikus akan diburu oleh burung pungguk jelapang (Tyto alba javanica) dan dijadikan sumber makanan utama. Umpan tikus meninggalkan sisa di dalam perut tikus dan apabila diburu, dimakan serta dikongsi sebagai bahan makanan kepada anak-anak burung, keadaan ini dijangka mendatangkan kesan tertentu ke atas anak burung. Apakah kesan tersebut?

Sisa umpan tikus pernah dilaporkan memberi kesan negatif terhadap burung pungguk dewasa (Ericson dan Urban, 2004). Namun kajian mengenai kesannya ke atas anak burung pungguk jarang-jarang dilakukan. Memandangkan anak-anak burung pungguk akan membesar di ladang sawit dan merupakan agen kawalan biologi terpenting dalam mengawal populasi tikus, maka kajian berkenaan adalah penting supaya pengusaha tanaman sawit dimaklumkan mengenai aplikasi umpan pada masa yang sesuai. Kajian berkenaan telah dijalankan di 3 buah ladang sawit di negeri Pahang.

Setiap ladang itu berjarak di antara 10 – 15 km justeru dapat mengelakkan gangguan berlaku ke atas keputusan kajian. 14 sarang burung buatan dipacak 7 meter dari permukaan tanah dalam setiap ladang. Ini bermakna setiap sarang diperuntukkan untuk keluasan 15 ha. Dengan kata lain, keluasan setiap ladang ialah 210 ha bersamaan 630 ha keseluruhan. Ladang pertama adalah plot kawalan yang tidak dirawati dengan mana-mana umpan tikus. Ladang kedua dirawati dengan umpan tikus generasi pertama (chlorophacinone 0.005% a.i) manakala ladang ketiga menggunakan umpan tikus generasi kedua (bromadiolone 0.005% a.i). Umpan diberikan dua kali setahun (bulan Mac dan bulan September) bersempena musim pembiakan genting burung pungguk dewasa. Sebutir umpan di tabur di bawah pokok pada setiap kali. Kadar hidup dan tumbesaran anak pungguk kemudian dinilai.

• Hasil Kajian

Hasil kajian menyatakan di plot kawalan, 52 hari selepas anak burung menetas dan mengeluarkan bulu, kadar hidup tertinggi sehingga 71.4% dicatatkan. Ladang yang menggunakan umpan generasi pertama pula memperlihatkan antara 16 ekor anak burung, hanya 6 ekor (42.85%) berjaya membesar dalam tempoh yang sama. Dalam perut 8 ekor anak burung yang telah mati itu, 3 ekor mengandungi sisa umpan tikus.

Di ladang ketiga, umpan tikus generasi kedua telah digunakan dan menjana kadar hidup anak burung pada kadar 35.75%. 9 ekor anak burung telah mati di ladang ini, dalam perut 2 ekor didapati mengandungi sisa umpan tikus tersebut. Parameter tumbesaran anak-anak burung pungguk menunjukkan bahawa ladang yang tidak dirawati umpan tikus berada dalam keadaan terbaik.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Yi Nong (M) Sdn. Bhd.
No 102, Jalan Kampung Raja, 39010 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Tel: +605-4981333
Fax: +605-4983199
Email: yinong.sdn.bhd@hotmail.com

• Kesimpulan

Umpan tikus kimia, seperti dinyatakan dalam keputusan kajian ini, jelas menunjukkan kesan negatif terhadap kadar hidup dan tumbesaran. Oleh yang demikian, Aplikasi umpan tikus seelok-eloknya diberhentikan dalam musim pembiakan burung pungguk supaya mencegah kesan negatif berlaku.

Rumusan umpan tikus yang wujud di pasaran bermula tahun 80-an memberi kesan kawalan tikus di ladang sawit dengan baik. Kaedah mengawal populasi tikus dengan burung pungguk juga mendatangkan kesan positif. Gabungan kedua-duanya menjadi kaedah kawalan paling optimum dan berpotensi menurunkan populasi tikus ke aras paling rendah sekali. Namun, aplikasi umpan itu hendaklah dilakukan pada masa yang sesuai supaya kesan negatif dapat dielakkan.

Tanpa kawalan sama ada dengan umpan atau burung pungguk, hasil sawit akan teruk dijejaskan oleh tikus.

 

Sumber maklumat :

Hasber Salim et al., “Effects of Rodenticide on Growth of Nestlings Barn Owl, Tyto alba javanica in Oil Palm Plantations”, Journal of Oil Palm Research Vo. 28 (1) March 2016, pp. 16-25.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

Sila kongsi kepada kawan :