You are currently viewing Sambutan Tetap Tinggi Terhadap Durian D24

Sambutan Tetap Tinggi Terhadap Durian D24

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Sebelum durian Musang King (D197) meneraju di pasaran, masyarakat secara rata menerima durian D24 sebagai juara’ durian. D24 bukan sahaja disambut baik dari segi kualitinya, malahan ia juga adalah baka paling popular serta ditanami secara meluas di Malaysia. D24 didaftarkan di Jabatan Pertanian pada tahun 1937. Tarikh pendaftarannya berkedudukan no. 11. Jika dibandingkan dengan baka pendaftaran no. 1 yang membawa kod D1, hanya 3 tahun perbezaan masa. Daripada sini, dapat difahamkan D24 sudah didaftarkan selama 85 tahun dan merupakan salah satu baka paling kuno yang masih banyak ditemui di pasaran buat masa ini. D24 juga dikenali durian Bukit Merah. Ia berasal dari negeri Perak. la kini juga banyak ditanami di Pahang dan Johor serta beberapa kawasan di Pulau Pinang.

Gelaran Durian “Sultan”

Terdapat dua nama lain berpecah daripada D24 iaitu durian Sultan dan XO yang membawa cita rasa tersendiri.

Penamaannya sebagai durian Sultan dipercayai berkaitan dengan kualiti buahnya yang sangat tinggi justeru sesuai untuk penikmatan golongan Diraja. Keduannya ialah D24 berkedudukan paling tinggi di pasaran durian dan penamaan ini cocok dengan status buah pada masa tersebut. Didapati pokok tua D24 memberi cita rasa yang sangat unik dan pahit, buahnya justeru digelar sebagai durian Sultan. Keadaan ini barangkali dapat menerangkan kenapa D24 kadang-kadang juga digelar sebagai durian Sultan.

Gelaran XO

D24 yang berbau alkohol serta pahit pula digelar sebagai durian XO. Amnya XO hanya merujuk kepada D24 tanah tinggi kerana hanya tanah tinggi yang menghasilkan durian sebegini perisa. Namun, XO kini juga dilaporkan boleh didapati di tanah rendah.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


TK Tani Enterprise Sdn Bhd
No. 6, Jalan SS2/39, 47300 Petaling Jaya, Selangor. Malaysia.
Tel : +603-7877 7366 / +603-7877 7466
    +6019-337 5570 / +6017-640 8982
Email : tktuntan@gmail.com
          inaiutamasb@gmail.com

Perbezaan durian Sultan dan XO berbeza dari segi cita rasanya. D24 tanah tinggi yang berperisa pahit digelar sebagai durian Sultan manakala D24 dari tanah tinggi yang berbau alkohol serta harum digelar sebagai XO.

Bentuk durian D24 umumnya bulat. Buah bersaiz di antara 1.2 – 1.4kg, inilah saiz buah yang amnya mempunyai kualiti isi lebih tinggi termasuk isi masak serentak berbanding buah bersaiz lebih besar. Kulit buah umumnya berwarna hijau dan hujung durinya berwarna kuning. Hujung buah pula ada satu lekukan kecil serta berbentuk bintang tetapi kurang jelas. Perbezaan yang jelas antara D24 biasa dan XO ialah susunan duri XO biasannya lebih renggang.

D24 biasanya berisi kuning cetek, tetapi bagi durian Sultan, warna isi lebih kuning pekat serta bertekstur lembut dan melekit. Kedua-duanya mempunyai saiz biji benih yang sederhana besar manakala cita rasa adalah berlainan mengikut kawasan penanaman. D24 yang dihasilkan dalam musim baik mempunyai perisa yang susah ditandingi oleh baka durian lain.

D24 boleh dikatakan durian paling tipikal di pasaran sehingga masa kini. Durian Sultan dan XO yang tetap dalam kategori D24 diberi penamaan berlainan atas sebab perisanya yang berbeza. Spektrum cita rasa D24 yang agak besar ini menjadikan ramai penanam kini masih menyanjunginya dan mengekalkan pokoknya di kebun masing-masing walaupun harga pasarannya lebih rendah 1 – 3 kali ganda berbanding Musang King. Namun, bagi baka D24 berkualiti biasa seperti yang berisi kuning cetek dan berbiji benih besar, ia telah banyak digantikan dengan Musang King melalui cantuman dewasa.

 

Sumber maklumat :

1. Lindsay Gasik, The Durian Tourist’s Guide to Penang, 2018.
2. durianed.com
3. sixthseal.com

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Fertiliser Sdn Bhd
Lot 115, Johor Port Authority Area, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-251 2801/2802/2803
Fax : +607-251 1810
E-mail : fertmarketing@fgvholdings.com

Website: www.fgvfertiliser.com.my

Sila kongsi kepada kawan :