Stigma bunga durian akan menjulur keluar daripada kelopak bunga antara jam 1.00pm – 2.00pm. Mulai masa ini stigma tersebut adalah reseptif terhadap debunga. Malangnya cepu debunga hanya pecah pada jam 4.00pm. Ketidaksamaan masa pengembangan stigma dan debunga ini mungkin memberi isyarat bahawa pendebungaan diri (pendebungaan antara bunga betina dan debunga sama pokok) bukanlah sifat semula jadinya. Pendebungaan durian amnya mengambil tempat di antara jam 6.00pm 7.00pm. Kelihatan masa pengembangan bunga jantan dan betina tidak secocok dari segi masa wujud secara semula jadi. Apa akan terjadi jika pendebungaan diri ini tetap berlaku?
Menurut sumber, D24 memperolehi kurang daripada 5% kejayaan pendebungaan diri manakala pendebungaan silang antara bunga betina dengan debunga dari pokok lain tidak kira sama baka atau lain baka memperolehi 54 – 60% kejayaan pendebungaan. Monthong pula memperolehi kadar kejayaan rendah antara 6.9 – 23.6% jika pendebungaan diri berlaku.
Kadar kejayaan yang amat rendah ini tidak kena-mengena dengan viabiliti atau kebernasan debunga pada masa tersebut kerana kajian menunjukkan debunga Monthong, Kradum, Chanee, kanyao masing-masing memiliki viabiliti debunga pada tahap yang tinggi iaitu 90, 83, 94 dan 96%. Dua hari selepas cepu debunga pecah, viabilitinya masing-masing tetap tinggi pada 75, 72, 92 dan 91%. Justeru itu, ketidakserasian antara bunga betina dan debunga daripada pokok yang sama adalah disebabkan oleh faktor genetik sebagaimana dapat dilihat apabila debunga melekat di atas stigma pada bunga dari pokok sama, percambahannya dalam tiub ovari juga tidak memuaskan malahan akhirnya menyebabkan putik buah gugur awal.
Samudra SMS Sdn Bhd
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com
Website : www.chanhockseng.com
Sumber maklumat :
Saichol Ketsa et al., The Durian : Botany, Horticulture and Utilization, Horticultural Reviews, John Wiley & Sons, Inc. 2020
Kimagri Corporation Sdn Bhd
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com