You are currently viewing 3 Serangga Perosak Dan 4 Penyakit Tanaman Timun Boleh Dikawal Dengan Racun Kimia

3 Serangga Perosak Dan 4 Penyakit Tanaman Timun Boleh Dikawal Dengan Racun Kimia

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Palm King Marketing Sdn Bhd
No 40, Jalan Hasta 1, Kawasan Perusahaan Batu 12, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd

Website: www.klspalmking.com

Serangga Perosak

1. Kutu Afid

Kutu afid muncul di bahagian daun, bunga dan putik buah timun serta menjalankan kerosakan di setiap peringkat tumbesarannya. Serangan serius akan menyebabkan daun cacat, bunga gugur dan pembesaran buah terjejas. Racun kimia yang boleh digunakan untuk mengawal serangan ini adalah malathion, dimethoate, profenfos atau bendiocarb (0.1% a.i).

2. Kumbang Daun

Kumbang ini ini (Aulacophora sp.) sering menyerang daun dan akar pokok timun di pelbagai peringkat pertumbuhannya menyebabkan bahagian tersebut rosak. Racun kimia yang disyorkan ialah malathion atau carbaryl (0.1% a.i).

3. Lalat Buah (Bactrocera sp.)

Lalat buah menyerang buah timun khasnya buah mentah menyebabkan buah cacat, tidak dapat membesar malah reput. Buah yang diserang dicadangkan dibuang. Jika kadar serangan melebihi 10%, maka racun kimia boleh digunakan seperti fenthion 0.05% a.i. Jika kadar serangan rendah daripada 10%, maka bahan kimia umpan seperti methyl eugenol boleh digunakan.

Penyakit Timun

1. Kulapuk Berdebu

Penyakit ini diakibatkan oleh serangan kulat Erysiphe chicoracearum. Ia menyebar melalui angin dan air.

Kebiasaan daun dan dahan muda menjadi sasaran serangan dengan simptom wujudnya selapisan debu putih di permukaan tersebut. Jika tidak dikawal, penyakit ini akan menyebabkan bahagian diserangi itu layu dan mati.

Pokok yang sudah diserang hendaklah dicabut dan dibakar. Tanaman ditanam secara bergilir-gilir dapat mengurangkan kadar serangan. Racun kimia boleh digunakan sebagai langkah kawalan, seperti mancozeb, propineb atau tebuconazole (Fungo 40 SC).

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
No.5, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350

Website: www.behnmeyer.com

 

2. Kulapuk Downi

Kulat Pseudoperonospora cubensis mengakibatkan penyakit ini. Ia juga disebar melalui angin dan air. Pokok diserang harus dicabut dan dibuang. Selain itu amalkan penanaman bergilir-gilir juga berbantu. Racun kulat yang sesuai digunakan untuk mengawalnya ialah propineb, mancozeb, chlorothalonil atau propamocarb (Movy 660).

3. Reput Akar Pythium

Jika mengesan tompok hitam di pangkal anak benih timun, kemungkinan besar sudah diserangi kulat Pythium yang disebar melalui angin dan air. Tanah terlalu basah mudah membangkitkan masalah penyakit ini. Merawat biji benih sebelum disemai dengan propamocarb dan fosetyl juga dapat mengurangkan serangan. Tompokan yang wujud di pangkal batang itu akhirnya akan menyebabkannya patah dan layu.

4. Antraknos

Penyakit antraknos wujud di bahagian daun dan buah timun. Umumnya kulat yang menyebabkan penyakit ini sudah sedia wujud dalam biji benih justeru kaedah kawalan melalui rawatan biji benih sebelum disemai membawa kesan positif. Racun kulat seperti captan (3g/1,000g biji benih) boleh digunakan untuk menghapuskan kulat dalam biji benih. Racun kimia lain termasuk maneb atau mancozeb (0.1% a.i) juga boleh digunakan. Penyakit ini menunjukkan simptom tompokan hitam di bahagian diserang kemudian reput.

Racun serangga dan racun kulat adalah dibuat daripada bahan kimia. Keselamatan para pengguna ke atas hasil pertanian yang dibeli dan dimakan hendaklah dijaga. Justeru itu pihak berkuasa sudah menentukan tempoh hasil pertanian tidak boleh dikutip selepas aplikasi seperti berikut :

Dimethoate – 14 hari
Profenfos – 3 hari
Bendiacarb – 7 hari
Malathion – 3 hari
Carbaryl – 3 hari
Fenthion – 14 hari
Carbendazin – 3 hari
Tridemorph – 14 hari
Benomyl – 3 hari
Maneb – 3 hari
Captan – 7 hari
Mancozeb – 3 hari

 

Bahan rujukan :

1. M.N. Mohamad Roff et al., Penyakit Utama Sayur-Sayuran Di Malaysia, MARDI, 2011.
2. Pakej Teknologi Timun, Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia, 1997.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Sila kongsi kepada kawan :