You are currently viewing Kebaikan Penanaman Baka Durian Secara Campuran

Kebaikan Penanaman Baka Durian Secara Campuran

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com

Website: www.allcosmos.com

Di kawasan tanaman durian yang sama, mengamalkan penanaman baka durian secara campuran adalah diperlukan kerana amalan ini membawa beberapa kebaikan. Antara kebaikan itu ialah ia dapat mengurangkan risiko serangan penyakit dan perosak memandangkan setiap baka durian mempunyai daya rintangan yang berbeza terhadap serangan tersebut.

Dalam keadaan penanaman baka durian tunggal, serangan satu-satu penyakit berupaya mematikan banyak pokok di situ kerana pokok sesama baka mempunyai latar genetik yang lebih kurang sama. Gejala ini kelihatan berlaku pada tanaman lain seperti papaya, pisang, buah naga dan lain-lain lagi yang mana tanaman telah terhapus sekali gus oleh satu-satu penyakit yang merebak.

Membawa Implikasi Lebih Penting

Pada hakikat, menanam baka durian secara campuran di satu-satu kawasan yang sama membawa implikasi lebih signifikan lagi daripada masalah risiko serangan penyakit kerana ia adalah amalah diperlukan untuk menangani masalah yang disebabkan oleh sifat semula jadi pokok durian yang memerlukan pendebungaan silang. Biarpun Sesekali buah durian juga boleh terbentuk melalui pendebungaan sesama baka atau sesama pokok, tetapi buah yang dihasilkan itu kebanyakan akan gugur sebelum matang.

Andai kata buah itu berjaya mencapai kematangan pada akhirnya, namun bentuk buah berkemungkinan besar akan cacat dan tidak cantik, lagipun biji benihnya juga tidak normal malahan isi buah juga akan berkurangan sehingga 50%. Oleh yang demikian, penanaaman dengan baka campuran adalah untuk tujuan menjana suasana sewajarnya demi mendapat hasil dan kualiti buah durian sepatutnya.

Selain itu, pemilihan baka durian yang dapat berserasi dengan baik untuk penanaman campuran juga penting kerana keadaan ini akan meningkatkan kadar pembentukan buah. Sebaliknya jika baka-baka itu tidak dapat berserasi dengan baik, buah agak sukar untuk membentuk dengan jayanya ke peringkat matang. Penanaman baka campuran mampu melanjutkan tempoh kutipan hasil buah adalah satu lagi kelebihan yang dibawakan.

Musang King Ditanam Secara Sistem Campuran

Dalam usaha ini, Timbalan Ketua Pengarah (Hortikultur) MARDI Encik Mohd Auzaie Kamarudin semasa di temu ramah oleh wartawan BERNAMA telah memberi pandangan bahawa penanaman durian khususnya Musang King yang hangat dikejari di kalangan pekebun dalam negara buat masa ini seelok-eloknya ditanam secara campuran bersama-sama dengan dua baka berlainan. Misalnya jika ingin menanam 100 pokok durian, maka Musang King 60 pokok, baka lain seperti D24 20 pokok dan baka D168 (101) 20 pokok dengan jarak antara pokok tidak kurang daripada 10 meter. Dengan cara ini, pendebungaan dapat berlangsung dengan lebih lancar selanjutnya memberi hasil buah yang lebih lumayan.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Simple Farm Sdn Bhd
Tel : 011-10709708 / 012-7699702
E-mail : mrbanana@simple-farm.com

Website: www.mrbanana.com.my

“Di peringkat penanaman pokok di kebun, kawalan serangga perosak seperti anai-anai, ulat daun dan ulat penggorek batang perlu dilaksanakan di samping memberi baja secukupnya. Begitu juga dengan kawalan pancaran cahaya matahari supaya pokok yang masih kecil tidak terjejas oleh cahaya matahari yang terik. Dengan amalan ini, maka pokok dijangka akan memberi hasil buah sebanyak 20 biji buat pertama kali selepas 5 tahun dipindah tanam di kebun, kemudian meningkat kepada 50 biji atau lebih semasa pokok berumur 10 tahun.” Katanya.

Pihak MARDI pernah menjalankan kajian mengenai kesan baka durian ditanam secara campuran yang turut menunjukkan kesan positif untuk amalan ini. Didapatinya bahwa durian D24 (50%), D99 (30%) dan D98 (20%) atau D114 (20%) adalah gabungan baka campuran yang boleh dilangsungkan. Di bawah amalan ini, D24 telah menunjukkan pengeluaran hasil dan kualiti buah yang lebih tinggi.

Sistem Tanaman Campuran Melanjutkan Tempoh Kutipan Hasil

Selain itu, Baka D99 membawa ciri pengeluaran hasil di luar musim serta tempoh matang buah yang lebih awal (90-100 hari) iaitu lebih awal daripada buah D24 yang memerlukan 105-115 hari manakala buah D98 dan D114 matang lebih lewat iaitu di antara 120 130 hari. Perbezaan tempoh matang buah durian untuk baka berlainan yang ditanam bersama justeru itu akan melanjutkan
tempoh kutipan hasil buah sehingga lebih kurang 3 minggu. Umumnya bekalan durian di pasaran pada hujung musim telah berkurangan dan sesiapa yang dapat membekal durian pada masa tersebut tentu boleh mendapat harga pasaran lebih baik dan pulangan yang lebih tinggi. Inilah salah satu kebaikan penanaman baka campuran.

Penanam durian di negara Thailand juga menerapkan amalan ini dengan menanam bersama 4 baka durian yang berlainan tempoh kematangan buah. Untuk memupuk pembentukan buah yang lebih tinggi, pendebungaan silang secara manual turut dijalankan selain juga bergantung pada pendebungaan terbuka oleh kelawar dan serangga.

Dalam usaha ini, debunga daripada baka durian Gra-doom-tawng telah digunakan untuk dikacukkan dengan bunga betina baka Monthong (D 159) dan baka Chanee (D123) dengan masing-masing menghasilkan kadar kejayaan pembentukan buah 27.2% dan 16.3%, iaitu satu prestasi yang menggalakkan. Buah untuk Baka Gra-doom-tawng matang lebih awal sedangkan buah baka Chanee dan buah baka Kan Yau (D158) bertempoh matang sederhana diikuti oleh buah Monthong yang paling lambat matang.

Gabungan ini telah berjaya melanjutkan tempoh kutipan hasil serta meningkatkan pulangan pekebun. Oleh itu, selain memahami kepentingan serta pelaksanaan amalan penanaman baka durian secara campuran, pemahaman tempoh matang buah durian yang ingin ditanam bersama jugalah idea berbaloi utnuk direalisasikan kerana ini akan memanfaatkan pengusaha tanaman durian.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
No.5, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350

Website: www.behnmeyer.com

Sila kongsi kepada kawan :