You are currently viewing Anggaran kos pengeluaran dan pulangan tanaman durian

Anggaran kos pengeluaran dan pulangan tanaman durian

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

Berdasarkan sumber, satu gambaran kasar mengenai anggaran kos pengeluaran dan kadar pulangan bagi tanaman durian secara umumnya boleh diperolehi. Anggaran tersebut yang berdasarkan kawasan seluas satu ekar itu merangkumi segala kos termasuk penyediaan tanah, pembelian anak benih, penanaman, pengairan, pembajaan dan perkara lain yang berkaitan sehingga pokok durian mencapai umur 10 tahun. Kos pembelian tanah tidak dikira kerana ia lebih merupakan harta yang nilainya akan meningkat dari semasa ke semasa.

Pada dasarnya apabila pokok durian semakin besar iaitu 10 tahun dan ke atas, ia sepatutnya memberi hasil yang menggalakkan kerana kanopi pokok yang telah besar itu tentu dapat mengeluarkan buah durian yang lebih banyak daripada pokok muda yang dahan serta ranting belum cukup banyak dan besar. Begitu juga pokok durian kebiasaan akan mula mengeluarkan buah apabila mencapai umur 5 tahun selepas ditanam di ladang.

Maka itu dianggarkan pokok baru matang iaitu berumur 5 tahun secara purata dapat berbuah lebih kurang 20 biji/pokok/tahun. Apabila pokok berumur lebih kurang 8 tahun, hasil buah dianggarkan 80 biji/pokok/tahun. Bagi pokok berumur 10 tahun dan ke atas, potensi pengeluaran buah amnya dalam lingkungan 100 biji dan ke atas untuk sepohon pokok/tahun bergantung pada kesempurnaan amalan agronomi dan juga keadaan agro-iklim.

Bagi kawasan penanaman beralun dengan tanah yang sesuai, kos penyediaan tanah termasuk pembangunan jalan kecil dan jalan besar serta kos pembelian anak benih, penanaman serta kelengkapan pengairan adalah dianggakan lebih kurang RM10,000/ekar untuk ditanami dengan 35 pokok/ekar.

Mulai tahun pertama sehingga tahun ke-5, pokok durian berada di peringkat pembesaran yang mana input pertanian khususnya baja, racun serangga, racun kulat dan racun rumpai serta pengurusan ladang diberikan untuk melestarikan tumbesaran tanaman. Anggaran kos dalam tempoh 5 tahun ini lebih kurang RM1,500/ekar pada tahun pertama sehingga lebih kurang RM8,500/ekar pada tahun ke-5.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Yi Nong (M) Sdn. Bhd.
No 102, Jalan Kampung Raja, 39010 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Tel: +605-4981333
Fax: +605-4983199
Email: yinong.sdn.bhd@hotmail.com

Mulai tahun ke-6 sehingga tahun ke-10, semua kos input ini meningkat daripada RM10,000/ekar kepada RM15,000/ekar pada tahun ke-10. Peningkatan kos saban tahun adalah disebabkan oleh peningkatan kos input khususnya baja yang perlu digunakan pada kuantiti lebih banyak ekoran pokok durian semakin membesar dan berbuah memerlukan nutrien yang lebih tinggi. Tambahan, kos pengurusan ladang juga turut meningkat kerana membabitkan kos kutipan buah durian dan kos pengangkutan hasil.

Dengan mengetahui kos pengeluaran maka kadar pulangan tanaman durian dapat diperolehi. Baka durian yang ditanami itu jika terdiri daripada baka bernilai tinggi dengan memperolehi harga pasaran yang tinggi melebihi RM50/kg maka kadar pulangan tersebut tentulah lebih tinggi berbanding baka kurang bernilai. Begitu juga baka pokok sama ada dari warisan genetik berhasil tinggi dan berdaya rintangan tinggi terhadap serangan penyakit akan menentukan juga kadar pulangan.

Pada masa yang sama, penjagaan pokok sebelum matang sama ada menggunakan baja secukupnya serta amalan kawalan perosak dan penyakit turut akan dibayangkan dalam kadar pulangan yang akan diperolehi itu. Ini kerana keturunan baka, nilai buah durian di pasaran serta kesuburan pokok adalah faktor utama dalam penentuan kadar pulangan itu. Oleh yang demikian, bagi pengusaha tanaman yang bertekad untuk mendapat hasil durian yang lumayan maka usaha sewajarnya hendaklah diberikan dalam tempoh pembesaran pokok di peringkat belum matang.

Secara ringkasnya dalam menganggarkan kadar pulangan serta dengan andaian berat purata buah durian ialah 1.5kg/biji dan mendapat harga kebun RM45/kg, maka bagi pokok berumur 5 tahun dengan hasil 20 biji/tahun, sejumlah 35 pokok akan menghasilkan pendapatan kasar sebanyak RM47,250/ekar/tahun. Apabila pokok berumur 8 tahun, pengeluaran 80 biji buah/pokok/tahun memberi pendapatan kasar RM189,000/ekar/tahun. Bagi pokok berumur 10 tahun, pulangan kasar itu ialah RM236,250/ekar/tahun. Kadar anggaran ini akan meningkat bagi pokok lebih berusia kerana pengeluaran hasil yang tentu lebih banyak.

Pendapatan atau pulangan bersih dapat diperolehi melalui penolakan anggaran kos pengeluaran tersebut di atas. Daripada sini, jelas bahawa kadar pulangan untuk tanaman durian amat memuaskan. Oleh sebab itu, ia telah menjadi tanaman pilihan utama bagi ramai pengusaha tanaman.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Palm King Marketing Sdn Bhd
No 40, Jalan Hasta 1, Kawasan Perusahaan Batu 12, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd

Website: www.klspalmking.com

Sila kongsi kepada kawan :