Durian adalah buah-buahan tropikal. Kawasan pengeluaran utama di dunia ialah Thailand dan Malaysia. Durian di Vietnam kini juga berkembang, keadaan ini disebabkan oleh permintaan di pasaran global semakin meningkat khususnya negara China yang mempunyai populasi penduduk yang tinggi.
Setakat tahun 2012, keluasan tanaman durian di Vietnam sudah mencapai 24,573 hektar dan ia bertumpu di 3 kawasan utama iaitu dataran tinggi, Timur Selatan dan delta Mekong di negara tersebut. Di antara 3 kawasan ini, penanaman di delta Mekong merangkumi keluasan 50% bersamaan 11,873 hektar dengan jumlah pengeluaran 136,657 tan, iaitu merangkumi 63% jumlah pengeluaran durian di negara itu.
Selanjutnya jika dilihat pada produktiviti di delta Mekong, didapati pengeluaran durian adalah 15.39 tan/ha iaitu lebih tinggi daripada 9.08 tan/ha di dataran tinggi serta 6.39 tan/ha di Timur Selatan di negara itu. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh amalan agronomi yang lebih baik oleh penanam di delta Mekong. Penanam durian di kawasan ini mahir menggunakan teknik pemupukan bunga untuk menghasilkan buah durian di luar musim. Pengeluaran durian di luar musim tentu akan membanyakkan hasil dalam setahun kerana lebih banyak durian akan dihasilkan.
Seperti diketahui umum, pembungaan pokok durian akan berlaku jika adanya cuaca kering 10 – 14 hari. Di Malaysia, oleh kerana cuaca seperti ini kurang jelas malah tidak menentu menyebabkan ada pokok durian tidak dapat berbunga selama 1 – 2 tahun. Penggunaan bahan kimia paclobutrazol dapat merangsang pokok durian berbunga dengan tempoh cuaca kering antara 3 – 7 hari sehaja berbanding keadaan cuaca kering biasa pada 10 – 14 hari. Di Malaysia, ada penanam yang telah menggunakan bahan kimia ini dengan kadar 5 – 10 gram bahan aktif untuk merangsang pokok durian D8 berbunga dan mencapai hasil di luar musim. Keadaan ini menyatakan teknik aruhan bunga pokok durian ini semakin popular di kalangan penanam.
Di delta Mekong, baka durian utama ialah R1 6, iaitu satu baka yang merangkumi keluasan 83% di kawasan tersebut kemudian diikuti oleh baka Kho qua xanh (KQX), Sua hat lep (SHL) dan Monthong. Tempoh aruhan bunga bagi kesemua baka ini adalah berbeza, ada yang cepat dan ada yang lambat. Misalnya KQX lebih mudah diaruh bunga di luar musim tetapi baka SHL lebih sukar untuk mencapai kesan aruhan bunga.
Dalam keadaan biasa, pokok durian di delta Mekong akan berbunga dalam bulan Disember Januari dan hasil dapat dikutip antara bulan Mei Jun. Di kawasan Timur Selatan Vietnam, kawasan ini menghadapi kekurangan air dalam musim kering sedangkan dataran tinggi pula bersuhu lebih rendah. Topografi kedua-dua kawasan ini kelihatan lebih tinggi serta kekurangan peparit untuk mengalirkan air hujan yang terperangkap. Justeru itu aruhan bunga bagi kawasan ini di luar musim kelihatan lebih sukar. Di kawasan Timur Selatan, musim pembuahan durian jatuh pada bulan Jun September, oleh itu jika menggunakan 0.1% bahan aktif paclobutrazol juga dapat menghasilkan buah durian 1 bulan lebih awal.
Di delta Mekong, kebun durian disungkupi dengan kain plastik, pembinaan peparit serta penyemburan paclobutrazol untuk memupuk pembungaan. Apabila warna daun pokok menukar dari hijau muda ke hijau tua iaitu selepas 2 -3 bulan daun bercambah, kerja aruhan bunga boleh dimulakan. Sungkupan kain plastik dapat mengelakkan air hujan masuk ke dalam tanah dan mencipta gejala cuaca kering tidak kira tanah berada di tanah rata atau batas. Tahap kelembapan di permukaan tanah mencatatkan 30% semasa pembungaan kali pertama diikuti oleh tahap kelembapan permukaan tanah pada 28.6% pada pembungaan kali kedua. Kali ini bunga berkembang dengan lebih banyak lagi menyatakan tanah yang lebih kering mencapai kadar pembungaan yang lebih tinggi.
Untuk baka durian KQX, penggunaan sungkupan kain plastik dan peparit berjaya mengaruh bunga dalam masa 26 hari manakala R1 6 dan Monthong memerlukan 30-35 hari baru berbunga. Kejadian ini menunjukkan aruhan bunga secara manual mengambil masa yang lebih panjang berbanding pembungaan semula jadi yang hanya memerlukan 10 -1 4 hari cuaca kering sahaja. Walau bagaimanapun, teknik aruhan bunga secara manual telah digunakan oleh penanam untuk mendapatkan bunga dan buah di luar musim. Namun dari segi kesannya ia bergantung pada baka, keadaan cuaca dan tahap kawalan air bawahan tanah.
Hextar Fert Sdn. Bhd.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com
Seperti diterangkan tadi, bahan kimia paclobutrazol boleh digunakan untuk memberi kesan kepada aruhan bunga yang memerlukan 3 – 7 hari hari kering berbanding keadaan cuaca kering biasa pada 10 -14 hari. Di Malaysia, Hasan dan Karim (1990) pernah melaporkan paclobutrazol hanya berfungsi untuk merangsang lebih banyak bunga tetapi tidak berfungsi dalam apa jua kejadian selepas pembungaan berlaku. Di Vietnam, baka KQX menggunakan 1000 – 1500 ppm ditambah dengan sungkupan kain plastik dan pembinaan peparit berjaya memupuk pembungaan 7 hari lebih awal dengan erti kata lain jika hanya menggunakan sungkupan kain plastik maka pembungaan akan berlaku 7 hari lebih lewat.
Bagi baka durian SHL, semburan paclobutrazol berjaya merangsang pembungaan 4 – 22 hari lebih awal tetapi musim pembungaan tersebut kurang bertumpu dan sebaliknya berlanjut ke musim pembungaan biasa. Maka itu amalan kain plastik sebagai sungkupan adalah satu praktik yang boleh mempuk pembungaan lebih awal, misalnya baka SHL berjaya berbunga 15 – 17 hari lebih awal justeru turut mendapat hasil buah 19 – 21 hari lebih awal.
Perangsangan bunga dengan paclobutrazol juga meningkat kadar bunga sebanyak 1.5 – 2 kali ganda. Keadaan ini tentu meningkatkan hasil buah. Kedua-dua teknik ini tidak mempengaruhi kualiti buah yang dihasilkan iaitu dalam erti kata lain, penggunaan teknik ini mampu merangsang pembungaan lebih awal serta kadar bunga yang lebih banyak tanpa menurunkan kualiti buah.
Dalam kajian yang sama ini, beberapa perkara seperti buah separa masak, warna isi buah tidak sekata, isi buah berair dan isi buah lecur juga diperhatikan. Umpamanya, kejadian isi separa masak dan isi buah berwarna krim lebih biasa berlaku pada baka Monthong. Baka lain juga mempunyai masalah masing-masing. Selepas kajian, didapati banyak masalah ini berlaku semasa buah matang dan jatuh di musim hujan serta pembuahan di tahun permulaan awal (kutipan hasil tahun pertama dan kedua).
Untuk menyelesaikan masalah ini, maka semasa 20 – 25 hari sebelum kutipan hasil, tanah disungkupi dengan kain plastik dan langkah ini telah berjaya menyelesaikan gejala isi buah lecur dan isi berair pada baka SHL. Ini kerana kualiti isi buah amnya berkaitan rapat dengan kelembapan berlebihan. Oleh itu apabila tanah disungkupi kain plastik maka kelembapan tanah dapat dikurangkan dan secara langsung akan menyelesaikan masalah yang wujud. Kandungan kalium yang rendah dalam tanah juga dianggap sebagai punca gejala isi buah berair.
Namun begitu, isi buah bermasalah bagi baka Monthong kurang berkesan melalui pengambilan langkah tersebut di atas, tetapi pula berkesan dengan semburan baja foliar sebelum kutipan hasil serta disungkupi kain plastik 15 hari sebelum kutipan hasil. Langkah ini berkesan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh baka Monthong.
Sumber maklumat :
T.V. Hau dan T.S. Hieu, “Off-season production of durian in the Mekong delta Vietnam”, Proc. Int. Symp. On Durian and Other Humid Tropical Fruits, 2017.
Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com