You are currently viewing Hati Merundung Melihat Putik Buah Gugur Tidak Terhenti-henti

Hati Merundung Melihat Putik Buah Gugur Tidak Terhenti-henti

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
No.5, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350

Website: www.behnmeyer.com

Perasaan gembira biasanya akan wujud dalam hati pekebun apabila melihat bunga durian sudah berjaya didebungakan serta banyak mengeluarkan putik buah. Namun, kejayaan pendebungaan ini didapati tiada kaitan terus dengan kadar pembuahan. Dengan kata lain, kadar pembungaan serta kadar pendebungaan yang tinggi tidak bermaksud kadar pembuahan akan bertambah baik. Ini kerana banyak bunga dan putik buah akan gugur atas sebab-sebab tertentu. Ada penyelidik menganggap gejala ini berkaitan dengan fisiologi pokok malahan ada yang mengaitkannya dengan patologi pokok. Dilihat secara lebih teliti, aspek patologi kelihatan tidak membentuk hujah menyakinkan.

Kadar pembuahan pokok durian jika dibandingkan dengan tanaman buah-buahan lain, kadarnya agak rendah. Misalnya satu kajian yang pernah dijalankan telah menunjukkan 3 pokok D8 dan D24 yang didebungakan secara silang serta secara berbantu (manual) hanya menghasilkan 5.4% buah ke peringkat matang. Sebiji buah matang adalah seberat di antara 1 – 3kg. Andai kata setiap kuntum bunga diwajibkan berbuah sehingga ke peringkat matang, pokoknya tidak mungkin mampu menanggung keperluan sumber makanan ke setiap buah. Menggugurkan sebahagian putik buah adalah cara penyelesaian pokok. Polprasid (1969) pernah melaporkan bahawa semakin tinggi kadar pembungaan maka semakin kurang buah yang dapat dikekalkan ke peringkat kutipan hasil. Inilah salah satu sebab kenapa putik buah durian mirip gugur. Malahan ada juga buah berumur 9 minggu tetap gugur secara pramatang.

Corak taburan bunga di atas pokok juga memainkan peranan dalam menentukan daya pengekalannya. Memandangkan sebiji buah berkehandakkan 150 lai daun untuk memastikan penjanaan dan penyaluran makanan secukupnya bagi menampung pembesaran buah, maka jika taburan bunga wujud terlalu banyak di satu-satu bahagian pokok, jumlah daun di situ tidak mencukupi untuk menjalankan fotosintesis bagi menjana makanan bagi menampung pembesaran buah. Dalam keadaan ini, putik buah juga akan gugur pramatang.

Kebiasaannya, kurang daripada 3% bunga akan berjaya membentuk buah ke peringkat matang. Justeru itu, pendebungaan berbantu atau manual kadangkala dianggap tidak memberi manfaat dalam peningkatan hasil kerana sumber makanan pokok adalah terbatas jika hendak diagihkan kepada setiap biji buah. Penyemburan gibberellins ke atas tangkai putik buah di peringkat umur 6 minggu pernah menunjukkan kejayaan dalam mengurangkan kadar guguran putik buah kerana bahan kimia ini berfungsi memupuk dan menyelaras aspek tumbesaran pokok dan bahagian-bahagian lain pokok.

Sehubungan itu, satu pandangan yang bangkit di kalangan pekebun durian mengenai pemucukan daun baru semasa pembentukan putik buah akan meningkatkan guguran putik buah kini telah diterima umum. Pokok durian mempunyai satu tabiat dalam proses tumbesarannya iaitu 3 – 8 minggu selepas pembungaan ia akan berlaku satu pusingan pemucukan daun baru. Gejala ini akan menjejaskan kadar pembuahan.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Oleh yang demikian, tempoh pemucukan tersebut jika dapat diawalkan atau ditangguhkan supaya tidak berlaku serentak dengan pembentukan putik buah, maka ia dapat mengurangkan guguran putik buah. Cara untuk mengawal pemucukan daun baru ialah melalui semburan racun kimia 2500 ppm mepiquat chloride (300g/20 liter air) dan 2500 ppm daminozide serta pembajaan foliar dengan KNO3 dan rumusan baja foliar 0-52-34 (500g/20 liter air).

Selepas semburan KNO3 (potassium nitrate), putik buah berjaya dikekalkan di atas pokok sehingga ke peringkat matang. Malah isi buah juga lebih tebal dan padat. Rumusan baja foliar 0-52-34 walaupun mampu mengawal pemucukan daun baru, tetapi ia juga membentuk lebih banyak buah yang bentuknya tidak canggih. Bahan lain turut digunakan untuk meningkatkan hasil kutipan buah seperti
glucose-humid acid.

Paclobutrazol juga salah satu bahan kimia yang berpotensi mengawal pemucukan daun baru durian serta buah-buahan lain termasuk mangga. Kadar yang disyorkan ialah 250 ppm dan 500 ppm. Voon dan rakan-rakan (1992) pernah menyatakan aplikasi 1,000 ppm paclobutrazol di awal musim durian berjaya menghasilkan jumlah buah durian yang paling optimum tetapi jika aplikasi pada kadar 250 ppm di penghujung musim, hasil buah hanya meningkat sedikit sahaja. Jika dos aplikasi bertambah di waktu itu, hasil buah pula akan berkurangan.

Maka daripada sini, jelas bahawa pembuahan durian adalah dipengaruhi oleh beberapa faktor termasuk faktor semula jadi seperti tabiat pertumbuhan pokok serta faktor luaran yang mana pekebun boleh menggunakan cara-cara bersesuaian untuk memupuk pembuahan lebih banyak ke peringkat matang.

Bahan rujukan :

Michael J. Brown, Durio- Bibliography review, International Plant Genetic Resources Institute, 1997, pp. 63-68.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
No.5, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350

Website: www.behnmeyer.com

Sila kongsi kepada kawan :