You are currently viewing 4 Cara Elak Baja Tiruan – Kenali Baja Tiruan

4 Cara Elak Baja Tiruan – Kenali Baja Tiruan

Kandungan baja tiruan biasanya jauh lebih rendah berbanding baja asli kerana dicampur dengan bahan lengai yang banyak seperti pasir atau batu hancur.

Cara untuk kenali baja tiruan

1. Butiran Baja NPK yang hancur dan banyak serbuk

2. Pembungkusan Guni yang kurang sempurna (warna pudar)

3. Cetakan pada guni yang pudar atau tidak lurus.

4. Baja yang berbau ammonia yang kuat (berbanding baja tulen)

Cara untuk pastikan baja adalah tulen dan bukan tiruan

1. Pastikan kedai yang menjual baja adalah pengedar berdaftar yang sah. Pengeluar baja hanya membekal baja mereka kepada pengedar berdaftar. Boleh minta surat lantikan pengedar sah bagi mana-mana pengeluar baja.

2. Beli baja di kedai atau pengedar yang besar. Biasanya barangan di kedai/pengedar besar tidak menjual baja tiruan supaya bekalan baja tulen sentiasa ada. Pengedar lazimnya menjaga hubungan baik dengan pengeluar baja dan tidak akan jual baja tiruan.

3. Jangan beli baja dari pengedar yang memberi harga jauh lebih murah berbanding pasaran. Jika harga pasaran baja tersebut adalah RM120, jangan percaya orang yang menjual baja yang sama pada harga RM40. Harap tuan tidak terperangkap dengan harga yang murah ini.

4. Sebelum beli kuantiti baja yang banyak, beli satu beg dahulu dan hantar sampel baja tersebut ke Jabatan Pertanian untuk ujian kimia baja. Setelah baja tersebut mengikut piawaian, boleh terus beli dengan berat yang banyak

Antara sampel baja tiruan dari FGV Analytical Laboratory

Baja tiruan hanya dapat dikenal pasti melalui laporan makmal. Jangan memberi tuduhan tanpa laporan makmal yang sah.

Laporan Analisa Baja

Laporan makmal merupakan bukti bahawa baja adalah tulen.

Jika beli terus dari pembekal baja, sila minta laporan analisa baja makmal.

 

Sumber maklumat :

Logo

Hantar blog ini kepada :