All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com
Website: www.allcosmos.com
Di Malaysia, selain beberapa negeri di utara dan pedalaman mempunyai musim kering yang lebih ketara, negeri-negeri lain tidak menempuhi situasi yang sama. Dengan kata lain, negeri-negeri ini mempunyai musim kering yang tidak ketara dan keadaan ini adalah kurang memadai untuk penanaman durian. Di Thailand, oleh sebab musim keringnya adalah ketara serta penanamnya memasang sistem pengairan automatik di kebun mereka, maka industri tanaman durian di negara itu telah berkembang dengan pesat.
Di Malaysia, musim kering dianggap sebagai faktor penting untuk memupuk pembungaan pokok durian. Melalui banyak kajian, pendapat ini telah diakui sebagai faktor utama pembungaan pokok durian. Di Australia, suhu rendah pada waktu malam didapati juga memupuk pembungaan durian.
Umumnya, sebulan selepas musim kering, bunga sudah boleh nampak tumbuh pada pokok. Musim kering selanjutnya akan memanfaatkan pembentukan buah. Sekiranya hujan datang pada masa ini, ia akan mengganggu kadar pembentukan buah kerana hujan akan menyebabkan pucuk baru tumbuh pada pokok yang akan bersaing dengan putik buah untuk mendapatkan makanan. Putik buah akan gugur. Dengan kata lain, hujan semasa pembungaan dan pembentukan buah durian adalah berita tidak baik kerana debunga juga akan dirosakkan selanjutnya mengurangkan keberkesanan pendebungaan.
Oleh itu, jika pembungaan dapat diawalkan sehingga sebelum ketibaan musim kering, maka keadaan ini akan menjamin kadar pembungaan dan pembentukan buah yang baik seterusnya meningkatkan hasil buah. Aspek ini sebenarnya telah dikaji oleh para penyelidik dan didapati sememangnya terdapat bahan pemupuk untuk mengawalkan pembungaan durian. Bahan ini adalah paclobutrazol.
Paclobutrazol (2RS,3RS)-1-(4-chlorophenyl)-4-4-dimethyl-2-(1,2,4-triazol-1-yl) pentan-3-01) adalah sejenis penyekat pertumbuhan vegetatif tanaman yang berkesan secara umum. Malah pernah ada satu kajian mendapati bahan ini mampu memupuk pembungaan pada pokok durian seawal umur 3 tahun. MARDI juga pernah menjalankan kajian terhadap keberkesanan paclobutrazol dalam aspek ini.
Kajian tersebut bermula di Pusat Penyelidikannya di Jerangau, Terengganu. Pokok D24 yang berumur 6 tahun dijadikan kajian. Hanya pokok yang mempunyai ukur lilit batang antara 45 – 55 cm dipilih supaya mendapat hasil kajian yang lebih tepat. Tahun kajian ialah 1996-97 dan tujuan kajian ialah untuk meninjau keberkesanan paclobutrazol terhadap pembungaan pokok di samping juga meninjau kesan-kesan sampingan terhadap pembentukan buah dan kualiti buah.
Kajian itu dibahagikan kepada 8 kumpulan termasuk plot kawalan yang tidak dirawat dengan bahan ini. Paclobutrazol 22.9% w/w digunakan pada kadar 4g dibancuh dengan air 10 liter kemudian disiram di bawah kanopi pokok. Masa penyiraman dibahagikan kepada 7 kali, iaitu bermula pada 4 bulan sebelum pembungaan semula jadi pokok (hujung bulan Februari pertengahan bulan Mac) dengan selangan 10 hari supaya mengetahui masa paling berkesan untuk penggunaan bahan ini. Kadar 4g paclobutrazol digunakan kerana dos ini didapati paling berkesan.
Hasil Kajian
![](https://www.infopertanian.com/wp-content/uploads/2024/06/Ad-Union-Harvest-240618-gif-c.gif)
Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com
Hasil kajian menunjukkan penyiraman paclobutrazol pada tempoh masa 17 minggu dan 15 minggu sebelum pembungaan semula jadi pokok telah memupuk pembungaan itu lebih awal 23 hari dan 32 hari. Kesan ini telah menurun jika penyiraman dijalankan sebelum 13, 11 dan 9 minggu dari masa pembungaan semula jadi pokok. Dengan kata lain, tempoh masa penyiraman bahan ini sekiranya kurang daripada 2 bulan dari masa pembungaan semula jadi pokok, maka kesannya menjadi tidak signifikan atau tidak ketara.
Dengan kata lain, masa paling sesuai untuk menggunakan paclobutrazol adalah sebelum 2 – 3 bulan pembungaan semula jadi pokok berlaku. Namun begitu, hasil kajian itu juga menunjukkan corak pengembangan bunga adalah tidak sama walaupun didapati penyira- man 15 minggu sebelum pembungaan semula jadi pokok menyebabkan bunga mengembang dengan paling cepat.
Salah satu hasil kajian itu juga menyatakan tempoh buah masak tidak dipengaruhi oleh penggunaan paclobutrazol, paclobutrazol, iaitu tempoh tersebut tidak disingkatkan melalui penggunaan bahan itu. Walau bagaimanapun, Chandraparnik et al (1992b) pernah membuat laporan mengenai penggunaan paclobutrazol telah menyebabkan buah masak lebih lewat selama 2 minggu berbanding plot yang tidak menggunakan paclobutrazol. Oleh itu, dengan jelas bahawa paclobutrazol tidak mampu menyingkatkan tempoh masa buah masak tetapi hanya berupaya memupuk pembungaan pokok durian datang dengan lebih awal.
Sebagai kesimpulan, paclobutrazol jika digunakan seawal 15 minggu sebelum pembungaan semula jadi pokok akan memberi kesan optimum dengan penghasilan buah yang paling banyak sehingga 60 biji/pokok berbanding pengeluaran hasil buah yang hanya 21 biji/pokok di plot yang tidak menggunakan paclobutrazol. Namun begitu, saiz buah dan kualiti buah kelihatan tidak dipengaruhi oleh penggunaan paclobutrazol.
Nota pengarang:
Paclobutrazol ialah sejenis penyekat pertumbuhan vegetatif pokok. Penggunaan secara menyiram ke atas permukaan tanah akan meninggalkan sisa di dalam tanah. Sekiranya sisa itu kekal terlalu lama di dalam tanah, ia mungkin akan terus menyekat tumbesaran pokok sehingga mempengaruhi prestasi pokok. Oleh yang demikian, ada pihak yang menggunakan paclobutrazol dengan cara menyembur pada daun dan bukannya menyiram di permukaan tanah untuk mengurangkan kesan negatif. Walau bagaimanapun, sebelum menggunakan bahan ini terhadap “pokok emas” (pokok durian), ada baiknya mendapat khidmat nasihat daripada pakar.
Sumber :
W.Z. Rushidah and S. Abd. Razak, “Effects of Paclobutrazol on Durian”, 2001.
Kimagri Corporation Sdn Bhd
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com