You are currently viewing Tempoh Pembungaan Dan Pembuahan Pokok Durian Di Tanah Tinggi Berlaku Lebih Perlahan

Tempoh Pembungaan Dan Pembuahan Pokok Durian Di Tanah Tinggi Berlaku Lebih Perlahan

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Perubahan cuaca sering mengakibatkan penghasilan buah durian tidak menentu. Keadaan ini wujud di Malaysia, Thailand, Filipina, Indonesia serta kawasan pengeluar yang lain. Umpamanya di Indonesia, pengeluaran hasil durian untuk tahun 2009 ialah 900,000 tan. Namun pada tahun berikutnya, jumlah hasil merosot 22.2% menyebabkan negaranya terpaksa mengimport 27,149 tan dari Thailand untuk memenuhi permintaan domestik. Kerugian wang asing USD sebanyak berpuluh-puluh juta sudah tidak dapat dielakkan.

Bagi menangani masalah ini, pihak berkenaan Indonesia telah menjalankan kajian agornomi bagi memperbaiki keadaan ini. Misalnya pembajaan, pembangunan anak benih bermutu tinggi, kaedah penanaman di tanah masam malah kaedah pendebungaan yang lebih baik. Dari segi faktor cuaca, pihak penyelidik mengadakan kajian ke atas faktor topografi dan tempoh pembungaan serta pembuahan kerana aspek ini dianggap penting tetapi sering diabaikan.

Kajian tersebut berlangsung di Jawa Timur di antara tahun 2011 – 2012. Tidak seperti sawit, aspek pembungaan dan pembuahan durian hanya memerlukan tempoh kajian yang pendek bagi mendapatkan hasil kajian. 3 Aspek yang dikaji ialah : 1. Jangka masa pembungaan; 2. Tempoh di antara pengembangan bunga sehingga pembentukan putik buah; 3. Tempoh kutipan hasil. Kesemua aspek ini diperolehi daripada 3 ketinggian topografi berlainan iaitu 0-300m, 300-600m dan >600m.

Hasil kajian tersebut menunjukkan, taburan hujan tidak memberi kesan ketara terhadap tempoh pembentukan bunga dan tempoh kutipan hasil. Bilangan hari bercuaca kering pula sebaliknya mendatangkan kesan yang lebih ketara. Daripada sini, maka boleh dikatakan tempoh pembentukan bunga lebih banyak dipengaruhi oleh bilangan hari bercuaca kering manakala taburan hujan bukanlah faktor penting di sini. Suhu pagi dan tengah hari masing-masing dikumpul untuk digunakan dalam kajian. Suhu pagi mencatatkan aras paling sejuk dan suhu tengah hari paling tinggi. Apabila topografi semakin tinggi, suhu semakin sejuk dan fenomena ini kelihatan telah memperlahankan tempoh pembentukan bunga dan tempoh kutipan hasil. Suhu di antara ketiga-tiga aras ketinggian itu agak berbeza. Tanaman durian lebih peka terhadap perubahan cuaca termasuk suhu. Keadaan dapat dilihat dalam kajian ini iaitu semakin tinggi topografi maka semakin perlahan tempoh pembentukan bunga serta tempoh kutipan hasil juga lebih panjang. Hal ini dipercayai berlaku atas sebab pengaruh suhu udara terhadap mekanisme pengeluaran hasil termasuk pembungaan kemudian pembuahan.

Rajah 1 menunjukkan semakin tinggi topografi maka bertambahlah hari pembentukan bunga sehingga ke aras ketinggian 800m. Rajah 2 pula menunjukkan hubungan di antara ketinggian kawasan penanaman dan tempoh kutipan hasil yang menyatakan semakin tinggi pokok durian ditanam, tempoh kutipan hasil juga semakin memanjang sehingga ke aras ketinggian 800m. Kedua-dua aspek ini menunjukkan corak yang sama. Perlu diingatkan bahawa pemanjangan tempoh pembentukan bunga dan tempoh kutipan hasil tidak bermakna hasil buah telah meningkat, tetapi menyatakan proses tersebut menjadi semakin perlahan.

 

Sumber maklumat :

Didik Hariyano, “The study of climate and its influence on the flowering period and the plant’s age on harvest time of durian plantation (Durio zibethinus Murr.) on different level of altitude area”, J. Agric. Food Tech, 3(4) 7-12, 2013.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Palm King Marketing Sdn Bhd
No 40, Jalan Hasta 1, Kawasan Perusahaan Batu 12, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd

Website: www.klspalmking.com

Sila kongsi kepada kawan :