You are currently viewing Buah Ajaib : Sejauh Manakah Keajaibannya ?

Buah Ajaib : Sejauh Manakah Keajaibannya ?

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Pokok buah ajaib (Synsepalum dulcificum/Sideroxylon dulcificum), sejenis tumbuhan dari famili Sapotaceae, berasal dari Afrikan Barat mempunyai buah berwarna hijau semasa muda kemudian bertukar ke warna merah ceri apabila masak. Isi buahnya berwarna putih dan berperisa masam manis bagaikan buah strawberi. Buah ajaib merupakan salah satu sumber pemakanan orang Afrika Barat sejak tahun 1725 lagi dengan cara mengunyahnya secara segar. la diberi pelbagai gelaran, antaranya termasuk nama ‘miracle fruit’.

Buah ajaib menunjukkan keajaibannya melalui kandungan kemanisan yang luar biasa sehingga makanan masam akan menjadi manis setelah ditambah kandungannya. Begitu juga dengan makanan pahit atau pedas, akan turut mengubah perisanya selepas dicampuri dengan bahan daripada buah ini. Ajaib ? Maka itu, buah ajaib ini juga diberi nama ‘ pokok seribu manis’ !

Pada hakikat, kemanisan buah ajaib sebenarnya berasal daripada sejenis protein di dalam buah yang merangsang deria lidah sehingga menimbulkan perasaan manis! Padahal, protein ini sendiri tidak mengandungi kemanisan dan juga tidak mengubah kandungan zat dalam makanan asal. Protein yang dapat merangsang lidah kita sehingga menimbulkan rasa manis ini dikenali sebagai ‘miraculin’.

Sesiapa sahaja yang mengunyah buah ajaib di dalam mulut buat selama 2 – 3 minit akan menjerumuskan keseluruhan lidah dan mulut ke kancah kemanisan buat selama setengah hingga 1 jam. Bagi menghilangkan rasa kemanisan pula, bolehlah minum segelas air panas atau kunyah daunnya yang kelat, rasa manis tersebut akan hilang dalam masa yang singkat.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Hal sedemikian menjadikan buah ajaib sebagai bahan yang bermanfaat kepada pesakit diabetik serta mereka yang sedang menjalankan program baik pulih kesihatan badan termasuk pengurangan berat badan, kolestrol, merawat buasir, demam, malaria dan batuk. Selain buahnya, daun pokok ajaib yang telah direbus dengan air dikatakan dapat merawat masalah kencing manis, resdung dan darah tinggi setelah diminum. Daunnya ditumbuk lumat boleh dijadikan bahan sapuan pada kulit bagi merawat gigitan serangga, penyakit kulit dan jerawat.

Pokok buah ajaib bukan sahaja boleh ditanam atas tanah sehingga ketinggian 3m, malahan boleh dikultur dalam pasu, kedua-dua kaedah ini sama-sama menjadikannya tanaman hiasan yang mempunyai keunikan tersendiri dengan kadar pertumbuhan yang lambat. Kultur melalui biji benih akan menghasilkan pokok setinggi 30 cm selepas 2 – 3 tahun iaitu masa permulaan pengeluaran buah.

Sumber Maklumat :

Dr. Chua Hun Pin, “Menerokai keajaiban buah ajaib”, Agromedia, Bil. 33, 3/2010, MARDI.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


TK Tani Enterprise Sdn Bhd
No. 6, Jalan SS2/39, 47300 Petaling Jaya, Selangor. Malaysia.
Tel : +603-7877 7366 / +603-7877 7466
    +6019-337 5570 / +6017-640 8982
Email : tktuntan@gmail.com
          inaiutamasb@gmail.com

Sila kongsi kepada kawan :