All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com
Website: www.allcosmos.com
26/6/2024 : Media Xin Hua melaporkan, Indonesia, antara pengeluar dan pengeksport durian terkemuka dunia, menyasarkan untuk meningkatkan penanaman duriannya di seluruh kepulauan, khususnya untuk pasaran China. Demi mencapai matlamat ini, negara itu merancang untuk menjalankan penyelidikan lanjut mengenai “raja buah-buahan” ini dan mengembangkan ladangnya, lapor Xinhua.
Baru-baru ini, Luhut Binsar Pandjaitan, penyelaras kerjasama Indonesia dengan China dan menteri penyelaras hal ehwal maritim dan pelaburan, melawat China untuk mendalami perdagangan dua hala.
Luhut menekankan potensi nilai eksport durian ke China yang boleh berjumlah AS$8 bilion di akaun media sosial rasminya pada Selasa.
Di tengah-tengah permintaan yang semakin meningkat untuk buah eksotik ini di pasaran China, kerajaan Indonesia telah membuat pengaturan melibatkan Institut Genomics Beijing untuk menjalankan kajian bagi memastikan durian berkualiti tinggi untuk dieksport sebagai salah satu langkah untuk mencapai sasaran itu.
Luhut juga berkata kerajaan Indonesia sudah membangunkan kira-kira 100 hektar ladang durian yang terletak di wilayah Sumatera Utara dan Papua Barat, dan merancang untuk membangunkan lebih banyak lagi di wilayah lain, termasuk di Sulawesi Tengah.
Lokasi tersebut, beliau percaya boleh menanam pokok durian yang boleh menghasilkan durian yang dituntut oleh pasaran China.
Menurut data Statistik Indonesia, kepulauan itu tahun lalu menghasilkan sehingga 1.85 juta tan durian dan lebih 50 peratus daripada jumlah pengeluaran datang dari pulau Jawa. Wilayah Jawa Timur dilaporkan sebagai pengeluar durian terbesar di negara ini dengan pengeluaran berjumlah lebih 480,000 tan tahun lalu.
Sementara itu, Kementerian Perdagangan negara itu telah melaporkan bahawa pada 2022, Indonesia mengeksport durian ke China dengan nilai berjumlah AS$4.5 bilion dan pada 2023, nilainya meningkat kepada AS$6.7 bilion.
Memandangkan selera China terhadap durian terus meningkat, nilai eksport berkemungkinan meningkat kepada anggaran sekitar AS$7 bilion, kata ketua pengarah Pembangunan Eksport Negara kementerian itu, Didi Sumedi, pada awal April.
Sejak beberapa tahun lalu, kerajaan Indonesia menyeru petani di negara itu untuk menanam pokok durian memandangkan buah itu menjadi komoditi yang bernilai.
Lima tahun lalu, Presiden Joko Widodo telah menyeru penanam pokok kelapa sawit di seluruh negara untuk mempelbagaikan perniagaan mereka dan menanam pokok durian kerana beliau percaya durian mempunyai prospek yang lebih baik di pasaran antarabangsa berbanding minyak sawit mentah.
Indonesia adalah pengeluar minyak sawit terbesar di dunia dan nasihat itu diberikan oleh presiden di tengah-tengah permintaan yang rendah dan penurunan harga minyak sawit mentah di pasaran global.
Beliau berkata China mempunyai permintaan durian yang tinggi, namun kebanyakan bekalannya tidak diperoleh dari Indonesia.   
       
Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com