All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com
Website: www.allcosmos.com
Sehingga kini, sebanyak 199 klon durian telah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian mulai tahun 1934. Di antara klon – klon ini, sebahagian dipercayai telah luput dari ingatan orang ramai kerana kurang didapati atau kurang dikenali!
Salah satu ciri perbezaan antara klon – klon ini adalah rupa luaran buah serta isinya yang mana ia memudahkan pembezaan antara satu sama lain. Di bawah ini diturunkan beberapa klon yang unik baik dari segi rupa bentuk buah atau isinya yang menarik.
• Buah Durian Botak (Klon D172)
Klon ini didaftarkan pada 17 Jun 1989. Durian botak iaitu nama biasa bagi klon ini berasal dari rupa buah yang tidak berduri menyerupai buah sukun. Buah durian botak adalah seberat 1 – 2kg/biji dan berisi warna krim serta nipis halus dan manis. Klon ini berasal dari Tangkak, Johor.
• Buah Durian Katak (Klon D152)
Buah durian katak lebih besar saiz di antara 2 3kg/biji. Rupa luaran buah yang bulat seakan sama katak barangkali adalah asal – usulnya bagi nama yang diberikan kepada klon ini. Isi buah berwarna kuning dan manis, tebal dan juga bertekstur halus. Klon ini berasal dari Jitra, Kedah dan didaftarkan pada 14 Julai 1986. Ciri utama durian katak adalah pada biji yang kesep, ulas besar dan buah dempak di hujung.
• Buah Durian Labu/Horlor (Klon D163)
Dari rupa luaran, klon ini berbentuk seperti labu dan merupakan baka dari Balik Pulau, Pulau Pinang dan didaftarkan pada 30 Jun 1987. Sehingga kini, baka ini masih mengekalkan popularitinya. Seperti durian yang lain, ia mempunyai isi kuning dan manis lemak tetapi kurang beraroma. Isinya juga tebal dan pejal serta pejal serta bertekstur halus. Buahnya sederhana besar seberat 1 – 2kg/biji.
• Buah Durian Udang Merah/Ang Hae (Klon D175)
Perkataan “Anga Hae” adalah sebutan dialek bahasa Cina bermaksud udang merah. Sejak didaftarkan pada 4 Jun 1990, klon ini telah menjadi buah durian yang laku di pasaran dan sering dicari – carikan oleh para penggemar. Susunan isi yang melengkung sedikit dalam ulas serta berkedut dan berbayangan warna merah bagaikan seekor udang merah dipercayai adalah punca kepada pemberian nama biasa ini.
Sebagai klon yang juga berasal dari Balik Pulau, Pulau Pinang, ia mewarisi keistimewaan rasa isi buah yang berwarna kuning serta tebal. Tekstur isi buah adalah halus tetapi lembik dan membawa rasa manis lemak serta sedikit pahit. Buah durian ini bersaiz sederhana di antara 1 – 2kg/biji.
• Buah Durian Klon D24
Buah durian ini dikenali dengan nama pendaftarannya sahaja. Pada 30 November 1937, klon berasal dari Bukit Merah, Perak ini didaftarkan dengan Jabatan Pertanian. Sehingga kini, klon ini masih popular di pasaran dan dipercayai taburan tanaman ini agak meluas dalam negara.
Buah durian D24 mempunyai duri yang tajam serta berbiji besar. Hujung buah mudah merekah dan isi juga masak tidak serata. Klon ini beraroma kuat, berasa lemak manis di samping sedikit pahit. Isinya juga tebal dan bertekstur halus. Saiz buah adalah sederhana di antara 1 – 2kg/biji.
Sumber Maklumat :
Zawawi Jawahir dan Zulkiflee Mohd Kasiran. Klom Durian Terpipih Malaysia, Penerbit UPM, 2008.
Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350