You are currently viewing Ceri Terengganu: Buah Merah Yang Berfungsi Perubatan

Ceri Terengganu: Buah Merah Yang Berfungsi Perubatan


All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com
Website: www.allcosmos.com

Pokok ceri Terengganu (Lepisanthes fruticosa (Roxb.) Leenh.) menghasilkan buah yang kecil dan tumbuh bergugus pada tangkai yang panjang dari dahan-dahan pokok. Ketika masak, buah menukar ke warna merah serta berkilau. Menurut kajian saintifik oleh MARDI ke atas kandungan buahnya didapati ia mempunyai unsur antioksidan berupa fenolik yang lebih tinggi daripada buah-buahan komersial lain yang diuji bersama.

Kulit buah ceri terengganu berwarna merah itu pula mengandungi antioksidan lain dikenali sebagai antosianin, iaitu sejenis pigmen merah semula jadi yang memerahkan bahagian-bahagian pokok seperti daun, akar, batang, bunga dan buah. Antosianin berfungsi perubatan dari segi antiradang, barah, antidiabetik, merintang jangkitan penyakit dan sebagainya.

Di samping itu, keupayaannya menjaga kesihatan kulit, antitua malah mengurang berat badan telah menunjukkan potensi tambahan untuk dijadikan bahan kosmetik. Kajian dari segi ini telah dijalankan oleh pihak pengeluar komestik Jepun dengan kerjasama syarikat Thailand.


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com
Website: www.kimagri.com

Pokok ceri terengganu berasal dari Asia Tenggara dan bertaburan di Malaysia termasuk Negeri Terengganu dan Johor sebagai tanaman hiasan di sekitar rumah, sekolah, taman dan lain-lain tempat kerana struktur pokok yang sederhana serta dapat memberi teduhan. Daun muda dan bunganya berwarna ungu muda menambah nilai estetiknya. Buahnya juga digelar buah gegelek, mungkin disebabkan oleh sifat buah yang perlu digelek untuk melembutkan kulit dan isinya sebelum dimakan segar. Buah masak ceri terengganu adalah manis tetapi berisi nipis serta mempunyai biji yang besar.

 

Rujukan :

Mirfat Ahmad Hassan Salahuddin dan Dr. Salma Idris, “Awet muda dengan ceri terengganu”, Agromedia, Bil. 35, 2/2011, MARDI.


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com