Samudra SMS Sdn Bhd
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com
Website : www.chanhockseng.com
Arus perdana tanaman durian bertiup kencang di bidang tersebut tetapi bukan semua pengusaha tanaman berminat menceburi ke situ. Salah satu sebab utama ialah khuatir akan masa hadapannya apabila sudah terlalu ramai menanam durian dalam negara yang mungkin akan meruntuhkan harga pasaran. Sebab kedua ialah kos penanaman durian yang tinggi serta kecerewetan tanaman ini dalam pengurusan. Justeru itu, apabila berita mengenai varieti nangka terbaru J41 diumumkan kelmarin, terdapat segolongan pekebun menampil ke depan Encik Si Hock Huat bertanya mengenai teknik menanam varieti baru ini.
Si Hock Huat adalah pendaftar varieti nangka terbaru J41 di Jabatan Pertanian Malaysia dan selepas berjaya pendaftaran, varieti ini diberikan kod rasmi J41. J41 sudah didaftarkan pada tahun 2019, namun ia hanya menjadi topik perbualan di kalangan petani apabila imej varieti baru ini muncul dalam expo pertanian di dalam dan di luar negara.
Demi mengetahui lebih lanjut mengenai varieti nangka terbaru J41 ini, kami dari INFO PERTANIAN telah menemui Si Hock Huat dan anaknya Si Yui Loon di kebun beliau yang terletak di Sungai Lui, Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan untuk mendapatkan butir lanjut. Si Hock Huat adalah pengasas dua buah syarikat iaitu Sungai Lui Fruit Enterprise Sdn Bhd dan SHH Plantation Sdn Bhd. Anaknya Si Yui Loon pula menjawat jawatan pengurus Besar kedua-dua syarikat tersebut.
Si Hock Huat berkata semasa di temu ramah bahawa ada pekebun yang cuba menanam nangka kerana mereka dapati potensi tanaman ini adalah cerah khasnya berikutan kelulusan mengeksport nangka segar dari Malaysia ke China mulai 1 April 2023. kelulusan ini diberikan oleh pihak GACC dari negara China iaitu agensi tertinggi yang meluluskan segala permohonan pengeksportan buah-buahan dan sayur-sayuran ke negara China.
Menurutnya, berita ini wujud sebagai perangsang yang memberi motivasi tinggi kepada pekebun yang menampil ke depannya. Selain bertanya mengenai teknik menanam varieti terbaru ini, mereka juga ingin membeli anak benih utnuk ditanam di kebun masing-masing. Buat masa ini, nangka J33 (Tekam Yellow) merupakan varieti yang menguasai pasaran dengan merangkumi lebih kurang 70% jumlah keluaan tanaman nangka di Malaysia. Varieti lain seperti J34, J35 dan J41 merangkumi baki 30%.
Daerah Lanchang di Pahang merupakan kawasan paling giat mengusahakan tanaman nangka. Di situ, Encik Si juga ada 20 ekar ditanami nangka J41. Di Sungai Lui serta kawasan lain ada lagi 50 ekar yang menanam nangka, serta 50 ekar lagi di kawasan lain yang sama-sama akan mengeluarkan hasil nangka J41 tidak lama lagi. Dengan kata lain, mereka memiliki keseluruhan keluasan 120 ekar nangka, kebanyakan adalah J41 yang hasilnya akan masuk ke pasaran dalam masa terdekat.
Satu petua penanaman yang cukup baik telah disampaikan oleh Encik Si sekiranya sesiapa ingin berjaya di bidang penanaman nangka. Petua ini ialah pekebun perlu mengurus kebun mereka sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa atau sekurang-kurangnya melibatkan diri dalam operasi harian kebun masing-masing. Ini kerana pengurusan tanaman ini perlu ketelitian serta kesungguhan. Seseorang pekebun yang melibatkan diri dalam urusan kebunnya dapat memantau pekerja dalam memilih dan membalut putik membalut putik buah serta menjalankan rawatan racun, menabur baja serta tuaian hasil.
Andai kata putik buah tidak dibalut pada masa yang tepat, ataupun buah yang dibalut itu tidak menepati standard, maka apabila buah matang nanti, buah itu mungkin tidak akan mencapai kualiti seperti yang diingini, misalnya buah yang kecil, atau berbentuk cacat malahan diserangi penyakit. Oleh yang demikian, peringkat pemilihan putik buah untuk dibalut sangat penting dalam penanaman nangka. Pekebun juga perlu berani menjalankan penjarangan buah supaya setiap pokok hanya mengekal jumlah buah mengikut kapasiti pokok bagi menjamin kualiti buah yang matang nanti.

PPP Agricare Sdn Bhd
Tel : +6 012 237 6790 & +6 012 720 3301
E-mail :pppagricare@gmail.com
Website: www.pppagrotech.com
Petua kedua yang disampaikan oleh Encik Si ialah jika ingin mendapat keuntungan dari penanaman nangka, maka 90% buah sepokok hendaklah buah gred A. Jika sepohon pokok hanya menghasilkan 30% buah gred A, maka kemungkinan besar pekebun itu akan mengalami kerugian. Dalam keadaan sedemikian, maka jelaslah kenapa langkah memilih dan membalut putih buah adalah penting di bidang penanaman ini.
“Sama seperti buah durian, harga buah A dan B berbeza besar. Buah nangka dalam kategori gred A hendaklah 10 kg ke atas serta berbentuk canggih. Mengikut kiraan Encik Si, dalam seekar tanah yang ditanami 60 pokok nangka, jika 800 – 1,000kg dapat diperolehi setiap bulan, maka pekebun itu boleh dikatakan akan mendapat keuntungan. Begitu keadaan sebaliknya. Maka itu, jika hasil buah adalah rendah, atau buah banyak tergolong sebagai gred B atau C, pekebun itu kemungkinan besar akan mengalami kerugian.
Menyebut tentang kelebihan nangka J41, beliau membandingkan varieti ini dengan J33 yang umum ditanami pekebun. Buah J33 berperisa manis dan terpendam dengan perisa masam, manakala J41 adalah manis serta mengandungi kemasaman amat sedikit berbanding J33. Justeru, orang yang makan J41 tidak akan menghadapi masalah angin dalam perut berbanding J33 yang amnya menimbulkan masalah ini selepas memakannya. Tambahan penyakit isi berkarat lebih banyak berlaku pada J33, manakala kadar serangan penyakit ini pada J41 adalah 50% lebih rendah daripada J33. Selain itu, J41 banyak berbunga dan berhasil tinggi serta tiada masalah reput empulur dalam buah.
Pada hakikat, J41 sama dengan varieti nangka lain, merupakan buah banyak fungsi. Isi nangka boleh dimakan segar, biji nangka pula boleh direbus atau diproses menjadi makanan lain, kulit buah pula boleh difermentasi dan dijadikan baja.
Teknik menanam J41 tidak jauh berbeza dengan varieti lain termasuk tempoh kutipan hasil pun sama. Apabila J41 berumur 3 tahun selepas tanam, ia akan mula berbunga dan berbuah. Di peringkat umur 5 – 10 tahun, inilah peringkat pengeluaran hasil genting bagi tanaman nangka ini. kualiti buah juga stabil. Selepas pendebungaan putik buah disempurnakan dengan berpandukan bintik-bintik hitam halus wujud di seluruh permukaan kulitnya, putik buah itu boleh dibalut segera. Dari tarikh membalut putik buah sehingga 100 hari kemudian, buah akan matang dan boleh dituai. Inilah amalan Encik Si menuai hasil buah matang tepat pada masanya. Buah yang hasilnya dikutip pada masa tepat membawa kemanisan lebih optimum berbanding buah yang dituai pada masa kurang tepat.
Corak pertumbuhan J41 agak aktif, justeru pokok perlu dipangkas supaya kadar pengudaraan dan kemasukan cahaya matahari adalah optimum. Pokok berumur 1 tahun boleh mula dipangkas. Kawalan ketinggian pokok hendaklah dilakukan supaya tidak merumitkan kutipan hasil pada masa hadapan. Pokok J41 berbuah sepanjang tahun, oleh yang demikian, pembajaan secara bulanan adalah wajib dengan menggunakan baja sebatian yang mengandungi sulphate of potash (SOP) bagi meningkatkan cita rasa buah. Selain itu, baja foliar yang mengandungi baja surih juga disemburi pada pokok pada kekerapan yang sama bagi memperkasakan tumbesaran pokok.
Kini selain menjalankan penanaman nangka khasnya J41 di kebun beliau, Encik Si juga mengumpul buah nangka dari pekebun lain kemudian digred dan dijual kepada pemborong. Buat masa ini, mereka belum bersedia menjalankan eksport nangka ke negara China kerana hasil yang dikumpul belum cukup banyak. Mereka juga menceburi ke industri hiliran nangka dengan membangunkan kemudahan pemprosesan buah nangka di premis kebun mereka.