You are currently viewing Integrasi Pisang Berangan Dan Sawit Dalam Sistem Tanaman Dua Baris Kembar

Integrasi Pisang Berangan Dan Sawit Dalam Sistem Tanaman Dua Baris Kembar

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Palm King Marketing Sdn Bhd
No 40, Jalan Hasta 1, Kawasan Perusahaan Batu 12, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd

Website: www.klspalmking.com

Dalam sistem penanaman sawit secara konvensional iaitu corak penanaman segi tiga, ruang di antara baris sawit belum matang boleh digunakan untuk integrasi tanaman jangka pendek selama 1.5 – 2.0 tahun. Tanaman integrasi kemudian perlu dihentikan selepas itu untuk pembesaran tanaman sawit. Dalam sistem tanaman sawit secara dua baris kembar, tanaman jangka pendek boleh diusahakan secara jangka masa panjang kerana ada satu ruang yang cukup lebar (15.2m) di antara setiap dua baris sawit telah disediakan untuk penanaman. Jumlah pokok sawit kekal 136 pokok sehektar tanpa sebarang perubahan daripada sistem konvensional. Cuma berbeza ialah jarak sawit dalam baris (6.1m) dan antara baris (9.1m) yang telah diubah untuk menyesuaikan dengan kaedah penanaman baru ini.

Jumlah pokok pisang berangan yang boleh diintegrasikan dengan sawit adalah terpulang kepada teknik penyediaan tanah sawit sama ada teknik sifar bakar atau pembersihan sepenuhnya. Jika teknik sifar bakar digunakan, maka 5 baris pisang boleh ditanami dalam ruang lebar 15.2m itu sementara jarak dalam baris dan jarak antara baris tanaman pisang adalah sama iaitu 2.4m. Keadaan ini membolehkan 880 pokok pisang berangan ditanam dalam keluasan satu hektar. Jika teknik pembersihan tanah sepenuhnya digunakan, maka kesemua 7 baris pisang berangan boleh ditanam dan menampung 1,060 pokok pisang dalam keluasan satu hektar. Jumlah pokok sawit tetap sama iaitu 136 pokok/hektar dalam kaedah integrasi ini.

Pada kebiasaan, hanya satu sulur disimpan mengikut jarak umur 5 – 6 bulan berbanding pokok induk. Sulur berlebihan dipotong rata ke tanah. Apabila umur pokok pisang melebihi 4 bulan, kawalan rumpai dengan racun kimia boleh digunakan. Sebelum itu rumpai hanya dikawal secara manual.


Tandan pisang yang berumur 2 – 3 minggu kemudian dibalut dengan beg plastik serta menyingkirkan jantung tandan. 9 – 12 bulan selepas ditanam, pisang berangan akan matang untuk dikutip. 5 – 6 bulan selepas kutipan hasil pertama, kutipan hasil kedua boleh dijalankan. Selepas kutipan hasil kedua, semua sulur dibersihkan untuk menjalankan penanaman kali kedua. Kaedah yang sama digunakan iaitu menanam anak pokok di lubang tanaman baru iaitu lubang baru digali di antara lubang tanaman lama dalam barisan yang sama. Pada masa ini, kesemua dua baris pokok pisang yang masing – masing terletak di pinggir sawit hendaklah disingkirkan untuk pembesaran sawit. Maka itu jumlah pokok pisang kini hanya tinggal 530 pokok. Begitu juga jumlah pokok pisang dalam plot pembersihan tanah sepenuhnya juga mengalami pengurangan dua baris ekoran memberi ruang kepada tanaman sawit untuk membesar.

Beberapa kelebihan integrasi pisang berangan dengan sawit ialah:
1. Menyahut kepada seruan kerajaan untuk meningkatkan makanan tanpa menambah keluasan tanaman.
2. Meningkatkan pendapatan pekebun pada sebidang tanah yang sama.
3. Kanopi pokok pisang dapat memelihara kelembapan tanah serta mengurangkan kos merumput.
4. Biojisim pokok pisang seperti daun dipangkas, batang pokok semasa tanam semula boleh dikitar semula nutriennya ke dalam tanah untuk pengambilan pokok sawit.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Samudra SMS Sdn Bhd
RM22 & 23, Jalan Rembia Hub Utama, Taman IKS Rembia Hub, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia.
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
    016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com

Website : www.chanhockseng.com

Analisis Ekonomi

Dalam kutipan hasil pertama, satu tandan pisang berangan di tanah pedalaman adalah seberat 13.0kg manakala kutipan hasil kedua menurun kepada 9.5kg. Jumlah kos dalam dua kutipan hasil untuk teknik sifar bakar ialah RM6653/hektar manakala teknik pembersihan tanah sepenuhnya ialah RM8360. Andai kata 90% pisang berangan yang dihasilkan itu boleh dipasarkan, maka pendapatan bersih untuk plot sifar bakar ialah RM8395 manakala bagi teknik pembersihan tanah sepenuhnya ialah RM9765. Dengan kata lain, setiap ringgit yang dilaburkan akan mendapat pulangan RM2.26 untuk plot sifar bakar dan RM2.16 untuk plot pembersihan tanah sepenuhnya.

Jika dilihat mengikut penanaman di tanah pesisir pantai, tanah yang amnya lebih subur memberi hasil tandan yang lebih berat iaitu 14.5kg untuk hasil pertama dan 11.0kg untuk hasil kedua. Justeru itu, pendapatan bersih juga meningkat kepada RM10,400 bagi plot sifar bakar dan RM12,182 untuk plot pembersihan tanah sepenuhnya yang masing – masing memberi pulangan setiap ringgit kepada RM2.56 dan RM2.46. Oleh yang demikian, integrasi pisang berangan dengan sawit boleh diusahakan kerana berdaya maju.

 

Sumber maklumat :

Suboh Ismail and Roslan Arshad, “Integration of banana (berangan variety) with oil palm planted in double avenue planting system”, MPOB Information Series, MPOB TT. No. 224.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
No.5, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350

Website: www.behnmeyer.com

Sila kongsi kepada kawan :