You are currently viewing Hidroponik Dan masa Depan Bercucuk Tanam

Hidroponik Dan masa Depan Bercucuk Tanam

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


PPP Agricare Sdn Bhd
01-09, Block B, Permas City, Jalan Permas Utara, Kws. Perdagangan Permas Utara, Permas Jaya, 81750 Masai, Johor, Malaysia.
Tel : +6 012 237 6790 & +6 012 720 3301
E-mail :pppagricare@gmail.com

Website: www.pppagrotech.com

“Bagaimanakah kita boleh menjana makanan yang cukup untuk menampung populasi manusia yang semakin meningkat? Bercucuk tanam tanpa tanah boleh jadi adalah jawapan kepada persoalan ini

Berikutan populasi manusia manusia sedunia menghampiri 7.5 bilion serta desakan daripada kemajuan masayarakat untuk mendapatkan sumber makanan lebih intensif, maka ternyata produktiviti pengeluaran hasil tanaman dan ternakan hendaklah diperkasakan di masa depan.

Salah satu pendekatan untuk menangani permintaan makanan yang semakin meningkat, bercucuk tanam dengan kaedah hidroponik iaitu kaedah tanpa menggunakan medium tanah serta pembekalan nutrien dan air melalui penyaluran ke sistem akar tanaman adalah cara yang didapati berkesan. Penanaman secara hidroponik bukanlah isu yang baru. Pada hakikat, di abad ke-13, Marco Polo telah melihat tanaman dikultur di atas kawasan perairan menyatakan konsep hidroponik telah lama direalisasikan oleh manusia untuk menghasilkan makanan. Yang berbeza ialah sistem hidroponik pada masa kini adalah jauh lebih maju daripada kaedah serupa di zaman silam.

Penanaman secara hidroponik sekiranya dapat dijalankan di dalam rumah hijau ataupun di dalam bangunan, ia akan menjana suasana terkawal untuk mengelakkan kemasukan serangga perosak malah kulat dan selanjutnya mengelakkan penggunaan racun kimia. Bagaimanapun, gabungan ini lebih dikenali sebagai Pertanian Kawalan Suasana Sekitaran (controlled-environment agriculture) yang dianggap lebih maju serta tentu memerlukan pelaburan yang lebih tinggi.

Kaedah penanaman hidroponik di dalam suasana terkawal membawa banyak kebaikan seperti berikut :

• Peningkatan hasil tanaman melalui pembekalan nutrien dan air secukupnya. la membolehkan tanaman berhasil lebih cepat dan banyak serta dapat diusahakan sepanjang tahun.

• Penjimatan air kerana air boleh dikitar semula. Ladang hidroponik yang paling efisyen hanya menggunakan 10% bekalan air berbanding penanaman di tanah. Lagipun, disebabkan ia adalah sistem tertutup, maka nutrien tidak akan meresap keluar daripada kawasan penanaman. Keadaan ini membolehkan penggunaan baja sekadar 5% daripada keperluan pembajaan di kawasan penanaman konvesional di tanah. Perosak tanah juga tidak wujud dalam sistem hidroponik. Kos kawalan perosak dan kulat justeru itu dapat dijimatkan.

• Boleh diusahakan di kawasan yang tidak sesuai bertanam secara kaedah konvesional seperti di kawasan bandar dan tempat bercuaca kering kini boleh digunakan untuk bertanam.

• Menjimat ruang bertanam kerana tanaman dalam sistem hidroponik boleh dijalankan secara bertingkat. Kaedah ini akan menggandaan hasil tanaman per unit kawasan.

• Mengurangkan kos pengangkutan hasil pertanian dari kawasan luar bandar kerana sistem penanaman hidroponik boleh dijalankan di kawasan berdekatan dengan penduduk.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
No. 11, Jalan Teknologi 3/6, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my

Website: www.aarsb.com.my

• Tidak memerlukan penananam secara giliran kerana masalah ketandusan satu-satu nutrien ekoran penanaman satu-satu tanaman tidak wujud dalam sistem hidroponik. Justeru itu, tanaman tunggal yang mempunyai harga pasaran yang baik boleh diusahakan berterus-terusan.

Walaupun secara teori sistem hidroponik boleh digunakan untuk menanam pelbagai jenis tanaman, tetapi ia umumnya dikendalikan dengan tanaman kontan seperti sayuran, herba, timun, tomato, lada serta tanaman panjat yang lain.

Sungguhpun buat masa ini kebanyakan petani masih bergantung kepada tanah untuk bercucuk tanam, namun penerapan sistem hidroponik telah meningkat saban tahun. Di daerah Kent, UK, sebuah komplek rumah hijau terbesar di negara itu yang dikenali Thanet Earth telah mengunakaan sistem Pertanian Kawalan Suasana Sekitaran termasuk hidroponik dalam rumah hijau terkawal telah berjaya menghasilkan 225 juta biji tomato, 16 juta biji lada dan 13 juta biji timun setahun. Hasil pertanian ini masing-masing merangkumi 12%, 11% dan 8% jumlah pengeluaran hasil pertanian tersebut di seluruh negaranya. Syarikat tersebut kini memiliki 4 buah rumah hijau seumpama itu dan bercadang untuk membuka 3 buah rumah hijau lagi untuk bertanam. Dari sini, jelas kelihatan bahawa sistem hidroponik dalam rumah hijau ataupun suasana terkawal merupakan satu pengusahaan berdaya maju dan berpotensi tinggi untuk menjana pendapatan lumayan kepada pengusahanya.

Secara global, industri pertanian hidroponik dianggarkan bernilai USD 21.4 bilion pada tahun 2015 serta dijangka akan meningkat 7% setiap tahun. Inilah arus perdana di arena pertanian moden yang harus dieksploitasikan kerana menunjukkan masa hadapan yang cerah. Perkara ini harus dilihat dalam konteks penambahan populasi manusia sedunia yang akan bertambah 3 bilion orang menjalang tahun 2050 serta lebih 80% penduduk adalah bermastautin di kawasan bandar. Pengurangan tanah bercucuk tanam akan bertambah kritikal, oleh itu, kawasan baru khususnya berdekatan dengan kawasan bandar ataupun kawasan yang tidak sesuai untuk bertanam secara konvesional hendaklah dicari untuk menampung permintaan makanan yang semakin tinggi.

Sehubungan dengan aspek ini, kaedah bertanam secara vertikel di kawasan bandar (verticle urban farming) iaitu bertanam di dalam bangunan biasa ataupun bangunan tinggi secara hidroponik dengan menggunakan struktur bertingkat-tingkat telah mendapat perhatian berat serta telah diceburi oleh pihak-pihak berkepentingan dalam rantaian pembekalan hasil pertanian. Hasil pertanian yang dihasilkan boleh terus dibekalkan kepada penduduk berdekatan. Di Singapura dan USA (Michigan), kaedah ini telah diterapkan dengan jayanya.

Arus perkembangan ini semoga dapat menyedarkan pihak-pihak berkenaan untuk menceburi ke bidang tersebut. Ini kerana cuaca Malaysia amat sesuai untuk bercucuk tanam. Tambahan terdapat banyak bangunan khususnya di bahagian bumbung bangunan boleh diubah suai untuk dijadikan taman bertanam secara hidroponik terkawal. Pancaran cahaya matahari yang mencukupi ini dapat menjimat tenaga elektrik berbanding penanaman di dalam bangunan secara hidroponik.

 

Bahan rujukan :

Big Picture – Hydroponics And The Future Of Farming-internet

 

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Samudra SMS Sdn Bhd
RM22 & 23, Jalan Rembia Hub Utama, Taman IKS Rembia Hub, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia.
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
    016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com

Website : www.chanhockseng.com

Sila kongsi kepada kawan :