You are currently viewing Pokok Nadir Keriang Dot Makin Sukar Untuk Ditemui

Pokok Nadir Keriang Dot Makin Sukar Untuk Ditemui

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


TK Tani Enterprise Sdn Bhd
No. 6, Jalan SS2/39, 47300 Petaling Jaya, Selangor. Malaysia.
Tel : +603-7877 7366 / +603-7877 7466
    +6019-337 5570 / +6017-640 8982
Email : tktuntan@gmail.com
          inaiutamasb@gmail.com

Pokok keriang dot atau juga dikenali jambu arang atau jambu hitam sejenis pokok saka berkayu yang tumbuh tinggi. Namun ia dapat dibiak dengan kaedah tut bagi menghasilkan pokok yang lebih rendah. Nama botani bagi pokok ini ialah Euginia claviflora. Ia berbeza dengan keriang kecil yang dikenali Euginia cuminii yang buahnya berbentuk bulat. Buah keriang dot berbentuk bujur dan saiznya lebih besar.

Buah keriang dot sangat berair dan berwarna ungu gelap. Jika terkena baju, ia akan meninggalkan kesan. Inilah antara buah nadir yang semakin sukar ditemui di Malaysia biarpun sebelum itu ia boleh terdapat di daerah Utara Malaysia.

Keriang dot mempunyai bunga yang berwarna merah jambu atau merah. Buahnya pula berwarna merah atau ungu seakan sama dengan buah anggur.


Pokok keriang dot hanya berbuah sekali sahaja dalam setahun, biasanya bulan Mei hingga Jun adalah musim pembuahan. Aapabila buah benar-benar masak, ia menjadi warna ungu dan meninggalkan kesan berwarna hitam di lidah. Walaupun buahnya berasa kelat sedikit namun apabila benar-benar masak ia berasa manis serta kaya dengan khasiat.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com

Website: www.allcosmos.com

Antara fungsi perubatannya ialah ia dapat mengurangkan kadar gula dalam kencing manis dan bijinya boleh dikeringkan, ditumbuk dan dibancuh dengan air panas untuk diminum. Khasiat lain buah ini termasuk mengatasi masalah cacing kerawit dengan cara memakan bijinya sekali sebab kekelatan pada bijinya akan membawa cacing dalam perut keluar dengan sendiri.


Selain itu, buahnya dikatakan dapat membantu mengempiskan perut yang buncit serta dapat juga menyuburkan kesuburan pada lelaki serta menguatkan tenaga batin. Begitu juga dengan daun pokok keriang dot berfungsi merawat demam panas dengan cara meramas daun di dalam air panas hingga hancur kemudian ambil adunan itu untuk diletakkan di dahi dan kepala.

Buah Keriang dot seakan sama dengan buah acai berry yang tumbuh dari sejenis pokok palma tetapi buah acai berry sudah diharamkan untuk dimakan kerana mengandungi sejenis toksik yang membahayakan kesihatan badan.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Sila kongsi kepada kawan :