You are currently viewing Petai : Lauk Tradisional Berkhasiat Tinggi Turut Meningkatkan Permintaan Pasaran

Petai : Lauk Tradisional Berkhasiat Tinggi Turut Meningkatkan Permintaan Pasaran

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
No.5, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350

Website: www.behnmeyer.com

Petai (Parkia speciosa), sejenis tumbuh-tumbuhan berasal dari Negara-negara di Asia Tenggara kini mendapat sambutan baik di kalangan pengguna yang terdari daripada pelbagai kaum termasuk Melayu, China dan juga India. Pada satu ketika lalu, petai hanya digemari oleh kaum Melayu yang digunakan sebagai ulam-ulaman. Berikutan khasiatnya yang semakin dikenali ramai, petai menjadi semakin popular dalam resipi masakan justeru meningkatkan pasarannya di setiap lapisan masyarakat. Petai kaya dengan khasiat dan perkara ini telah banyak dikaji oleh ramai penyelidik. Kajian mendapati ia berfungsi dalam rawatan darah tinggi, radikal bebas dalam badan, anti bengkak, anti barah, anti kuman dan sebagainya.

Petai tumbuh liar di hutan. Kini terdapat penanam yang berminat untuk menanam secara komersial. Dalam suasana semula jadi, tanaman petai tumbuh sehingga ketinggian 30 meter. Buah petai tumbuh secara berjuntai di hujung ranting. Memandangkan buah ini mempunyai permintaan, ia sering diburu oleh orang asli serta penduduk tempatan untuk dijual di tepi jalan atau di pekan. Risiko tetap wujud di kalangan mereka ini yang memburu petai di aras yang tinggi sehingga terjatuh dan mati. Berita seumpama ini kerap kali terdengar.

Untuk menanam petai, maka pokok hendaklah dipangkas pada ketinggian 10 meter iaitu satu paras ketinggian yang masih tidak menyukarkan kutipan hasil nanti. Amnya pokok petai akan mengeluarkan hasil selepas 4 tahun ditanam. Hayat ekonomi pokok ini kononnya 15 tahun. Apabila pokok telah membesar, setiap pokok akan mengeluarkan hasil berjumlah RM200 – RM500/tahun bergantung kepada umur pokok. Secara umum, setiap pokok dewasa petai boleh mengeluarkan hasil minimum 6kg/tahun. Hasil ini akan meningkat apabila umur pokok semakin meningkat. Pembajaan jika diberikan, maka ia akan menggalak pengeluaran hasil yang lebih tinggi. Walaupun pokok ini mengeluarkan hasil sepanjang tahun, tetapi ia masih mempunyai musim puncak yang biasannya jatuh pada bulan Ogos Januari setiap tahun.

Pokok petai boleh dibiak melalui biji benih cukup matang dan tua ataupun melalui kaedah cantuman. Bagi pembiakan biji benih, maka tapak semaian perlu disediakan. Apabila anak benih berumur 7 bulan, ia sesuai dipindah tanam di ladang. Benih cantuman pula memiliki struktur pokok yang lebih katek serta mengeluarkan hasil lebih cepat. Anak benih petai boleh dibeli dari tapak semaian di seluruh negara. Selain spesies Parkia speciosa, penanam juga boleh menggunakan spesies Parkia intermedia untuk ditanam kerana mudah hidup dan mudah diurus.

Pokok petai yang tumbuh di alam semula jadi jarang-jarang menggunakan baja. Keadaan ini menyebabkan hasilnya rendah. Untuk kultur yang lebih perinci malah komersial, baja perlu digunakan untuk meningkatkan produktiviti. Pembajaan pada tahun pertama menggunakan rumusan baja sebatian 15/15/15 pada kadar 600g/tahun dipecahkan kepada 4 pusingan membaja. Pada masa yang sama, pokok juga perlu ditaburi baja organik 10 – 20kg/tahun. Pada tahun kedua dan ketiga pula, pembajaan tetap menggunakan baja sebatian dan baja organik yang sama tetapi dengan kadar yang lebih tinggi. Ini kerana pokok semakin membesar dan memerlukan dos baja yang lebih. Masuk ke tahun keempat, pokok petai akan mula mengeluarkan hasil. Pada masa ini, bekalan baja yang lebih tinggi kandungan kalium diperlukan.

Pokok petai boleh ditanam mengikut corak segi empat berukuran 12m x 12m yang akan memuatkan 69 pokok/ha. Jika pokok cantuman digunakan, maka jarak 10m x 10m sudah dianggap cukup untuk menampungnya. Buah petai selain dipetik oleh manusia, ia juga digemari oleh monyet dan tupai. Makhluk-makhluk ini boleh dikawal melalui tembakan ataupun memasang umpan pisang di satu lokasi khas untuk mengenyangkan mereka supaya tidak mengacau buah petai. Pokok petai juga boleh dipasang kepingan zink sepanjang melebihi 3 kaki pada batang pokok untuk mengawal tupai panjat pokok. Dari segi serangga perosak pula, ulat korek batang dan buah merupakan perosak utama. Bagaimanapun, serangga perosak ini dipercayai mudah dikawal dengan racun serangga yang boleh dibeli daripada kedai racun dan baja.

 

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 0082
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Sila kongsi kepada kawan :