You are currently viewing Menanam Pokok Pisang Mas Dengan Bahan Tanaman Tisu Didik Mampu Memperolehi Hasil Lebih Tinggi

Menanam Pokok Pisang Mas Dengan Bahan Tanaman Tisu Didik Mampu Memperolehi Hasil Lebih Tinggi

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Palm King Marketing Sdn Bhd
No 40, Jalan Hasta 1, Kawasan Perusahaan Batu 12, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd

Website: www.klspalmking.com

Pisang adalah tanaman buah-buahan kedua terbesar di Malaysia. Pada tahun 2017, ia mencatatkan keluasan 28,247 hektar iaitu hanya di belakang tanaman durian pada keluasan 66,104 hektar. Jumlah pengeluaran pisang pada tahun yang sama ialah 334,268 tan bernilai lebih daripada RM 600 juta. Pada tahun 2016, Malaysia mengeksport RM 21.2 juta pisang. Keadaan ini menyatakan buah pisang berdaya maju baik dari segi permintaan domestik ataupun permintaan global.

Pisang Mas adalah antara kultivar pisang yang digemari oleh penanam kerana tempoh kematangan yang lebih singkat berbanding kultivar lain. Namun, bekalan bahan tanaman sering menjadi masalah dan justeru itu pisang tisu didik telah diperkenalkan bagi mengisi ruangan tersebut. Teknik tisu didik juga dapat membekal anak benih dengan jumlah yang lebih banyak berbanding sulur pedang. Menurut kajian MARDI sebelum ini, satu sulur dapat menghasilkan 500 2,000 anak pokok tisu didik dalam masa satu tahun.

Pokok pisang Mas dari peringkat berjantung ke peringkat buah matang mengambil masa kira-kira 7 bulan. Dalam kajian yang dijalankan, penaburan bahan organik seperti tahi ayam, POME dengan kadar 10kg/rumpun/tahun serta bahan buangan pokok pisang lama seperti daun dan batang yang dicincang di antara baris pisang Mas telah meningkat kesuburan tanah dan selanjutnya mempertingkatkan hasil pada ratun pertama. Keadaan ini dapat dibuktikan melalui ukur lilit batang pokok pisang Mas pada 61.9 cm berbanding 58.3 cm pada pokok tanpa bahan organik.

Pada masa yang sama, pokok tisu didik yang diberikan bahan organik juga memperolehi ukur lilit batang 63.8 cm berbanding 59.9 cm bagi pokok dari sulr pedang. Penggunaan bahan buangan pokok pisang tua pada pokok tisu didik menghasilkan berat tandan 8.7kg setandan berbanding pokok dari sulur pedang pada 8.4kg setandan. Beratnya meningkat jika POME digunakan dan menghasilkan 9.1kg setandan jika dibandingkan dengan pokok dari sulur pada 8.2kg setandan. Penggunaan sekali gus tahi ayam dan POME membawa kepada berat tandan 9.4 kg setandan bagi pokok tisu didik berbanding pokok dari sulur pedang pada 8.1 kg setandan.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Begitu juga ratun ketiga turut mendapat manfaat besar daripada penaburan bahan organik dan bahan buangan pokok pisang tua mencatatkan 7.8 kg setandan berbanding pokok sulur pedang pada 6.4 kg setandan. Pengeluaran hasil ratun kedua tidak diambil kerana ladang kajian mengalami ribut sehingga banyak pokok tumbang. Bahan buangan pokok pisang tua mengandungi 34g nitrogen, 9g fosforus, 140 g kalium, 41g kalsium dan 10g magnesium. Oleh itu, penyerakan bahan buangan ini di antara baris pokok pisang selanjutnya meningkatkan kesuburan tanah dan pokok. Bahan buangan ini juga dapat mengekalkan kelembapan tanah dan seterusnya menambah kadar karbon nitrogen yang dapat menghasilkan berat tandan yang lebih baik. Begitu juga dengan tahi ayam dan POME yang turut mengandungi pelbagai nutrien tambahan untuk melestarikan pengeluaran hasil.

Bagi pokok ratun 1, berat tandan pokok tisu didik bertambah 16% berbanding dengan berat tandan pokok sulur pedang. Bagi ratun 3, berat tersebut meningkatkan kepada 21% lebih tinggi daripada pokok sulur pedang. Para penyelidik bagi kultivar pisang lain seperti Cavendish bertambah 28.6% jika pokok tisu didik digunakan. Dengan kata lain, hasil yang dikeluarkan oleh pisang tisu didik secara umumnya lebih tinggi daripada pokok sulur pedang. Keadaan ini disebabkan oleh pokok tisu didik tumbuh dengan lebih cergas serta bebas penyakit jika bahan tanaman untuk tisu didik berasal daripada induk yang betul-betul bebas penyakit.

Sumber maklumat :

M. Zabedah, “Prestasi pisang mas menggunakan bahan tanaman tisu didik dengan penggunaan bahan organik”, Teknologi Buah-buahan, jilid 10, 1994, MARDI.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com

Website: www.allcosmos.com

Sila kongsi kepada kawan :