You are currently viewing Kesan GML dan Kieserite – Satu Perbandingan Di Ladang Sawit

Kesan GML dan Kieserite – Satu Perbandingan Di Ladang Sawit

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
No. 11, Jalan Teknologi 3/6, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my

Website: www.aarsb.com.my

Di Semenanjung Malaysia, Magnesium didapati hanya memberi kesan tindak balas di antara 0-12% dan kebanyakan hanya 5% sahaja (Chan & Rajaratnam, 1977). Ini bermakna penaburan magnesium hanya akan memberi kesan memulihkan pengeluaran hasil sawit ke tahap normal jika kawasan itu mengalami kekurangan magnesium ketara. Kekurangan nutrien ini boleh menyebabkan hasil menurun sebanyak 23%. Oleh itu kawasan penanaman sawit yang menghadapi kekurangan nutrien magnesium hendaklah ditokok tambah dengan nutrien ini.

Magnesium penting dalam proses fotosintesis dan kehadirannya turut bermanfaat terhadap penyerapan nitrogen dan kalium oleh tanaman sawit. Kedua-dua fakta ini selanjutnya menyatakan magnesium adalah satu unsur yang wajib dalam kesemua nutrien yang diperlukan oleh tanaman sawit. Oleh yang demikian, kebanyakan rumusan baja telah dilengkapi dengan nutrien ini.

Sumber magnesium dalam bentuk baja tunggal datang dari ground magnesium limestone (GML) dan kieserite. Perbezaan kedua-dua sumber magnesium ini dapat dilihat dari segi kadar larutnya di dalam air serta kadar keupayaan meneutralkan tanah. Kieserite boleh larut dengan kadar yang lebih tinggi berbanding GML tetapi daya meneutralkan tanah pula adalah lebih rendah serta harganya lebih mahal daripada GML. GML sebaliknya mengandungi kalsium di dalam selanjutnya boleh menyekat pengambilan magnesium oleh pokok. Kelebihan yang songsang ini menjadikan penanam ada kala sukar untuk membuat pilihan.

Kandungan magnesium di dalam GML juga berbeza mengikut sumber. Jika mengikut SIRIM, piawai yang diterima ialah ia harus mengandungi 15% MgO. Namun begitu, ia juga mengandungi CaO sebanyak 30%. Butiran GML yang lebih kecil (0.25mm ke bawah) memberi kesan pembajaan yang lebih baik kerana keluasan sentuhan tanah yang lebih tinggi berbanding butiran yang lebih besar (0.84mm).

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Samudra SMS Sdn Bhd
RM22 & 23, Jalan Rembia Hub Utama, Taman IKS Rembia Hub, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia.
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
    016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com

Website : www.chanhockseng.com

Satu kajian ke atas tanaman sawit di tanah berpasir selama 5 tahun (1977-1981) menunjukkan penggunaan GML secara berterusan telah meningkatkan nilai pH dari 4.28 kepada 4.68. Sungguhpun begitu, disebabkan oleh kadar larutnya yang rendah, walaupun ia ditaburkan dengan kuantiti yang banyak ke atas tanah, sebahagian besar kandungan magnesium di dalam tetap berada dalam keadaan tidak larut. Keadaan ini menerangkan kenapa kesan penaburannya adalah lebih lambat berbanding kieserite. GML juga dikatakan boleh membawa kesan negatif terhadap MOP, tetapi keadaan ini didapati hanya akan berlaku jika kedua-dua nutrien ini ditaburkan secara berlebihan.

Pendek kata, kesan GML ke atas pengeluaran hasil sawit hanya bersamaan 83% penaburan kieserite iaitu kesan lebih rendah daripada kieserite. Dilihat dari segi harga kedua-dua nutrien ini di pasaran, harga GML yang lebih murah daripada kieserite telah meningkatkan kesan ekonominya sehingga 2.5 kali ganda berbanding kieserite (mengikut analisis tahun 1998). Dengan kata lain, harga GML yang lebih murah menjadi satu kelebihan baginya dipilih sebagai sumber magnesium.

 

Sumber maklumat :

Goh, K.J, Chew, P.S and Teoh, K.C, “Ground Magnesium Limestone As A Source of Magnesium For Mature Oil Palm on Sandy Soil in Malaysia”, Proceedings 1998 International Oil Palm Conference, IOPRI and GAPKI, 1998, page 347-362.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Yi Nong (M) Sdn. Bhd.
No 102, Jalan Kampung Raja, 39010 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Tel: +605-4981333
Fax: +605-4983199
Email: yinong.sdn.bhd@hotmail.com

Sila kongsi kepada kawan :