You are currently viewing Eksploitasi Sepenuhnya Potensi Biojisim Sabah

Eksploitasi Sepenuhnya Potensi Biojisim Sabah

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


TK Tani Enterprise Sdn Bhd
No. 6, Jalan SS2/39, 47300 Petaling Jaya, Selangor. Malaysia.
Tel : +603-7877 7366 / +603-7877 7466
    +6019-337 5570 / +6017-640 8982
Email : tktuntan@gmail.com
          inaiutamasb@gmail.com

PETALING JAYA 10/3/2024 : Strategi pengurusan biojisim yang lebih baik boleh membantu Sabah menjamin masa depan yang lebih hijau dirangkumi oleh sumber tenaga boleh diperbaharui, kata seorang pakar perubahan iklim.

Gary William Theseira berkata kerajaan negeri perlu mempercepatkan pembangunan kecekapan sumber tenaga dan perundangan pemuliharaan sebagai sebahagian daripada strategi pengurusan biojisim komprehensif yang bertujuan memaksimumkan kecekapan penggunaan biojisim di negeri ini.

Theseira, Pengarah Tadbir Urus Iklim Malaysia, berkata biojisim boleh menjana elektrik melalui pembakaran serpihan kayu, habuk papan, dan sisa minyak sawit.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong sebelum ini berkata Sabah mempunyai potensi besar dalam pembangunan industri minyak sawit hiliran, biojisim dan biogas memandangkan negeri itu merupakan wilayah pengeluar minyak sawit terbesar di Malaysia.

Theseira mencadangkan agar Sabah menangani ketidakcekapan utama dalam penggunaan biojisim di kilang sawit sedia ada untuk memastikan bekalan biojisim yang mencukupi.

Beliau juga menegaskan bahawa Kabinet Sabah baru-baru ini meluluskan dasar industri biojisim kelapa sawit dan memutuskan untuk mengenakan cukai jualan negeri ke atas eksport biojisim sementara menunggu pelaksanaan dasar itu, semuanya bertujuan untuk mengawal selia industri dan mengawal eksport biojisim sawit ke negara seperti Jepun dan Korea Selatan.

Campuran penjanaan sumber tenaga Sabah kini terdiri daripada gas asli (86%), diesel dan minyak bahan api sederhana (6.7%), hidroelektrik (4.6%), biojisim dan biogas (1.5%) dan solar (1.2%)

September lalu, Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor melancarkan Pelan Hala Tuju dan Pelan Induk Sumber Tenaga Sabah 2040, antara salah satu matlamat ialah meningkatkan bahagian sumber tenaga boleh diperbaharui negeri dalam campuran penjanaan daripada 7% kepada 35% menjelang 2035.

Pakar kelestarian dan perubahan iklim Renard Siew berkata pada masa ini terdapat beberapa peluang utama untuk pemain sektor swasta yang ingin membantu Sabah mencapai sasaran sumber tenaga boleh diperbaharuinya.

Siew berkata industri pertanian dan perhutanan Sabah cenderung menjana sejumlah besar sisa organik yang boleh digunakan dengan mudah untuk pengeluaran biojisim dan biogas, dan pelaburan dalam kawasan ini boleh meningkatkan kapasiti dan ketersediaan sumber tenaga boleh diperbaharui di Sabah.

Beliau berkata syarikat swasta boleh meneroka perkongsian awam-swasta dengan entiti kerajaan atau malah mempertimbangkan pembiayaan inovatif dalam bentuk geran, pinjaman, dana pelaburan kepada masyarakat tempatan untuk membangun dan melaksanakan projek tenaga boleh diperbaharui.

Sumber :

FMT

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Samudra SMS Sdn Bhd
RM22 & 23, Jalan Rembia Hub Utama, Taman IKS Rembia Hub, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia.
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
    016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com

Website : www.chanhockseng.com

Sila kongsi kepada kawan :