You are currently viewing Sacha Inci Bangkit Sebagai Tanaman Berpotensi Untuk Meningkatkan Pendapatan Penduduk Tanaman Industri

Sacha Inci Bangkit Sebagai Tanaman Berpotensi Untuk Meningkatkan Pendapatan Penduduk Tanaman Industri

Sacha inci (Plukenetia volubilis Linneo) sejenis tanaman kekacang dan herba yang berasal dari Peru, Amerika Selatan. Khasiat terkandung di dalam biji benih tanaman ini kaya dengan omega – 3 (48%), omega – 6 (35%) dan omega – 9 (9%) selain kahsiat lain menjadikannya dipilih sebagai salah satu ‘superfood” di dunia pada tahun 2016. Walaupun ia baru dikenali orang, namun penggunaannya di kalangan rakyat Peru sudah bermula sejak 3,000 tahun lalu. Antara fungsi rawatan yang ada pada Sacha inci ialah merawat masalah jantung, ketumbuh dalam badan (tumour), otot dan lutut, obesiti, pernafasan, tumbesaran bayi dalam badan ibu, diabetik, masalah kulit dan lain – lain lagi.

Kini tanaman ini dipupuk di kalangan penduduk RISDA di Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis melalui penyampaian 10 pokok untuk setiap keluarga bagi menanam di halaman rumah masing – masing. Anak benih ini dimport dari Thailand berjumlah RM300,000. Pokok sacha inci dijangka akan mengeluarkan hasil selepas 8 bulan ditanam dan mampu hidup selama 20 tahun. Penyaluran anak benih percuma ini dijangka akan diteruskan apabila penduduk bejaya melaksanakan projek perintis ini. Dijangka selepas pengeluaran hasil Sacha inci, pendapatan penduduk RISDA akan bertambah sebanyak beberapa ratus ringgit sebulan.


Menurut laporan, permintaan terhadap minyak Sacha inci di peringkat antarabangsa sangat tinggi terutama di negara China yang telah membangunkan industri perahan minyak tanaman ini. Menurut laporan, negara China kini mempunyai kawasan seluas lebih 50,000 ekar menanam tanaman ini terutama di daerah Yunnan. Sejak tahun 2009, negara China sudah mula menanam Sacha inci. Kacang Sacha inci hendaklah diproses melalui kaedah “cold press” bagi menghasilkan minyak berkualiti tinggi.

Kelebihan minyak Sacha inci ialah ia boleh dimakan terus atau digunakan terus pada makanan bagi menambah khasiat dan juga selera. Kini ia juga diproses menjadi produk kesihatan dan kosmetik. Memandangkan potensi pasaran yang amat besar, negara seperti Thailand, Vietnam dan Cambodia telah menanam tananam ini secara komersial.


Sacha inci boleh hidup di kawasan tropika yang mempunyai taburan hujan tahunan melebihi 1,000mm. Oleh itu, taburan hujan di Malaysia amat sesuai untuk tanaman ini. pH tanah dalam lingkungan 5.5 – 7.5 serta jenis tanah merah paling sesuai untuk pertumbuhann Sacha inci. Tanaman ini merupakan sejenis tanaman berjalar seperti lada hitam, oleh itu cara kultur bagi tanaman ini memerlukan tiang penyokong untuk membolehkann ia tumbuh ke atas bersandar pada tiang yang disediakan di tepi. Justeru itu, Sacha inci boleh ditanam mengikut kultur tanaman menjalar yang lain. Di antara kelebihan tanaman ini ialah pengeluaran hasil seawal 8 bulan selepas ditanam serta hayat ekonomi yang panjang sehingga 20 tahun.

 

Hantar blog ini kepada :