You are currently viewing Sik Disasarkan Sebagai Hab Tanaman Padi Huma

Sik Disasarkan Sebagai Hab Tanaman Padi Huma

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Yi Nong (M) Sdn. Bhd.
No 102, Jalan Kampung Raja, 39010 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Tel: +605-4981333
Fax: +605-4983199
Email: yinong.sdn.bhd@hotmail.com

17/4/2024 : Daerah Sik disasar menjadi hab tanaman padi huma di negeri ini sebagai langkah alternatif menambah bekalan beras putih tempatan, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Beliau berkata Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah melaksanakan inisiatif menanam padi huma dengan memberi tumpuan kepada kawasan tanah terbiar di daerah itu.

“Padi huma atau padi bukit ini rasanya enak, harganya mahal sedikit… kita harap daerah Sik akan jadi hab padi huma untuk negeri Kedah bagi mempertingkatkan hasil padi dari negeri Jelapang Padi. “Selain padi di kawasan MADA (Lembaga Kemajuan Pertanian Muda) dan luar kawasan MADA, kita juga mengusahakan padi atas darat (padi huma),” katanya selepas merasmikan Benih Padi Huma di Kampung Radik dekat sini semalam.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif LZNK Datuk Zakaria Othman dan Mufti Kedah Datuk Fadzil Awang.

Menurut Muhammad Sanusi padi huma mempunyai pasaran dan permintaan tinggi dengan harganya mencecah antara RM40 hingga RM45 sekilogram.

“Saya difahamkan di Kuala Lumpur harganya mencecah RM50 sekilogram… permintaan tinggi terhadap padi huma di sana,” katanya.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Samudra SMS Sdn Bhd
RM22 & 23, Jalan Rembia Hub Utama, Taman IKS Rembia Hub, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia.
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
    016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com

Website : www.chanhockseng.com

Beliau berkata penanaman padi huma di Lembah Radik dibuat secara tradisional dan kawasan lereng bukit juga sesuai dijadikan kawasan penanaman.

“Kita mempelawa penduduk Sik yang ada tanah terbiar… mungkin di celah-celah dusun durian yang baru ditanam, juga boleh diusahakan tanaman padi huma… benih boleh berhubung dengan LZNK,” katanya.

Difahamkan, projek permulaan oleh LZNK itu membabitkan kawasan seluas setengah hektar dan akan diperluas kepada enam hektar bermula Jun ini.

Sumber maklumat :

BERNAMA

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Fertiliser Sdn Bhd
Lot 115, Johor Port Authority Area, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-251 2801/2802/2803
Fax : +607-251 1810
E-mail : fertmarketing@fgvholdings.com

Website: www.fgvfertiliser.com.my